0

Monday, November 26, 2012

Solat Witir

Solat Witir merupakan solat sunat terakhir di malam hari. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkan bersolat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Dilakukan secara bersendirian, atau dilaksanakan secara berjemaah. Berjamaah selalunya dilakukan di bulan Ramadhan sesudah Solat Tarawih, bersolat witir 3 rakaat, menjadi amalan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Solat Witir di bulan Ramadan, selepas 15 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut pada rakaat terakhir, setelah bangun dari ruku’.

Jumlah rakaat bagi solat witir ialah ganjil, bersesuaian dengan nama witir, iaitu ganjil. Paling sedikit 1 rakaat, atau 3, 5, 7, 9, 11 rakaat. Ada juga nas sehingga 13 rakaat. Afdalnya 11 rakaat.



Jika bersolat witir 3 rakaat, ada 2 cara mengikut syarak:
  1. Dilakukan 3 rakaat sekaligus dengan 1 tasyahhud. Berdasarkan hadith, dari Aishah katanya: "Rasulullah SAW berwitir 3 rakaat dan tidak duduk kecuali diakhirnya." (Diriwayatkan oleh al-Nasaii; al-Bayhaqi, Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk); atau
  2. Dilakukan 2 rakaat 1 salam pertama, dan 1 rakaat 1 salam kedua. Cara ini dilakukan oleh Ibn Umar, beliau mengasingkan antara al-syafa’ (solat 2 rakaat) dengan witir melalui salam. Pada solat witir 1 rakaat ini, selepas Al-Fatihah selalunya di baca Surah Al Ikhlas, An Nas dan Al Falaq. Berdasarkan hadith, dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
Niatnya:

[Sahaja aku bersolat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala]

[Sahaja aku bersolat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Taala]



Doa Solat Witir; banyak doa yang baik-baik boleh di baca setelah setelai selesai bersolat witir. Boleh juga di baca doa di bawah ini;

[Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung demi keredhaanMu dari kemurkaanMu, aku berlindung demi kemaafanMu dari balasanMu, dan aku berlindung denganMu dariMu kerana tidak mampu memujiMu sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri, maka segala puji hanya untukMu sehingga Engkau redha].


Wasallam, selamat berwitir!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...