19

Monday, January 30, 2012

Jom Tanam Pohon Goji Berry !!!

Pohon Goji adalah tumbuhan asli Selatan dan Timur Eropah, dan negara-negara Asia. Terdapat 2 varieti yang hampir sama, spesis Lycium barbarum dan L. chinense. Dan kira-kira 90 sub-spesis yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika.

Buah Goji Lonjong Kecil
 Kira-kira berapa usia? mungkin 70 + tahun....
Pohon Goji tumbuh meninggi sekitar 1-3 meter. Spesis L. chinense  lebih rendah dari L. barbarum. Bunganya berbentuk seperti loceng selebar 9–14 mm, berwarna lavender atau jingga muda. Secara amnya, buahnya kecil bujur lonjong (*buah gharqad bulat) melingkari sekitar 1–2 cm, manis dan sedikit masam. Di dalam buah Gojiberry, terdapat sebanyak 10–60 biji-biji kecil berwarna kuning. 

Gojiberry adalah nama komersial yang diberikan oleh negara Barat. China mengenalinya 'gǒuqǐ' dan 'pinyin.' Dikenali juga sebagai Goji Tibet, Goji Himalaya. Ramai orang, termasuk warga Barat masih terkeliru mengenalinya sebagai 'Wolfberry' yang juga merujuk kepada 'Gharqad.' Sebenarnya goji bukan gharqad, hanya spesis-spesis dibawah kerabat Lycium, sepertimana spesis-spesis gharqad. 

Gojiberry sangat di sanjung oleh para sami Tibet sehingga diadakan upacara meraikannya selama 2 minggu pada setiap akhir tahun.

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).

Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan ‎mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun. 

"Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, ‎Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!".

Baginda amat terkejut dan ‎bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu ‎menjawab: ‎"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. ‎Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji ‎dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. ‎Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari."


Kegunaan

Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket. China adalah pengeluar terbesar ke seluruh dunia.

Masakan. Secara tradisional, goji berry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan; seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam/lalap. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.

Perubatan Tradisional. Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatan herba China, Tibet dan India; bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkat tenaga batin dan sistem kesuburan, memperkuat kaki dan tulang, memperteguh sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah, dan melanjutkan usia. Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam minuman arak.

Komersial. Buah Gojiberry boleh di makan, samada mentah atau kering. Harini, Gojiberry di buat jus minuman, di campur atau tanpa di campur dengan buah-buahan lain. Masyarakat Asia, terutamanya orang-orang Cina, mencampurkan goji berry sebagai bahan rempah dalam masakan daging, ikan, dan juga mengadunkan dengan nasi. Juga di adun dalam pembuatan roti sepertimana kismis. Terdapat juga Gojiberry sebagai salah satu bahan sabun, yogurt, dan minyak essential.

Nutrien dan Khasiat Gojiberry 

Menurut analisa yang dilakukan oleh "Beijing Nutrition Research Institute", China:

" Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan "carotenoids" yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C daripada oren apabila di ukur sama berat,(bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu)."


Menurut kajian tersebut, gojiberry juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis zat gizi, tinggi kandungan vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6 dan vitamin E. Lebih kurang 11mg/100g zat besi, di samping "betasisterol, sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone - bahan anti-kulat), tetraterpenoids dan betaine untuk pencernaan. Gojiberry juga mengandungi "polysaccharides" yang menyumbang kepada sistem kekebalan tubuh. Gojiberry juga kaya dengan asid lemak, zat-zat omega yang menyihatkan tubuh, yang diperlukan untuk menghasilkan hormon, mempertingkat daya fikiran dan fungsi sistem saraf. Kandungan asid linoleic juga tinggi. 

Dan menurut satu artikel lain yang dikeluarkan oleh "The National Library of Medicine", Bethesda, Maryland, Gojiberry mengandungi:
  • ‎19 asid amino termasuk 8 jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh. 
  • ‎21 unsur zat galian/gizi, termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang ‎ditemui dalam makanan. ‎
  • 13% protein (lebih tinggi berbanding dengan gandum).
  • Rangkaian lengkap anti-oksidan Karotenoid, termasuk beta-karotin (jauh lebih baik dari lobak merah/wortel).
  • Zeaxanthin dan Lutine (melindungi mata dan memperbaiki penglihatan).
  • Vitamin C yang tinggi melebihi kadar yang terkandung di dalam oren.
  • Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin E , jarang ditemui dalam buah-buahan, hanya terdapat dalam ‎bijiran.
  • Beta-Sitosterol, agen anti-keradangan, juga menurunkan kadar ‎kolestrol, selalu digunakan untuk merawat masalah seksual, mati pucuk, dan masalah ‎prostat. 
  • Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon, ‎dan melancarkan fungsi otak dan sistem saraf.
  • Cyperone, berfaedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, ‎melegakan ketidak-selesaan ketika haid, dan juga digunakan dalam rawatan kanser servik/rahim.
  • ‎Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang berkesan.
  • Physalin, sebatian alami yang aktif mencegah jenis-jenis leukemia dan ‎kanser, digunakan untuk merawat hepatitis B. 
  • Betaine, sebatian yang digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, berkesan ‎mententeramkan ketegangan urat-saraf, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pertumbuhan otot, ‎dan melindungi penyakit hati berlemak. Betaine juga menyediakan ‎kumpulan methyl dalam tindak-balas tenaga di dalam tubuh, dan membantu mengurangkan paras ‎homocysteine, iaitu penyebab risiko utama kepada penyakit jantung. Ianya juga melindungi ‎DNA.
Ringkasnya, berdasarkan kepada analisa di atas, Gojiberry memiliki khasiat yang istimewa untuk kesihatan !!!

Banyak analisa, dari masa kesemasa, dilakukan mengenai kandungan nutrien Gojiberry. Hasil kajian juga berbeda; mungkin disebabkan berbezaan varieti Gojiberry, tanah ia tumbuh, dan juga faktor iklim. Beberapa kajian lanjutan juga masih dijalankan untuk kesahihan kandungan nutrien Gojiberry.

Hasil kajian di atas meletakkan Gojiberry no. 3 ranking dunia, di kalangan buah-buahan yang diketahui, terkaya dengan Vitamin C:

Foto BuahNama Buah
/Nama Sains
Mg/100gmKedudukanCatatan
#1
Kakadu Plum, Gubinge, Murunga, Billygoat Plum
(Terminalia ferdinandiana)
‎2,300-3,150‎luarbiasaPohon asli dari daerah pendalaman Australia; juga dibuat bahan kosmetik.
Sesuai tumbuh subur di Malaysia dan Indonesia. *berpotensi agro-business.
#2
Camu Camu‎, Cacari
(Myrciaria dubia)
‎2,700luarbiasaPohon asli dari belantara Amazon, terutama Peru dan Brazil. Iras Gowok/Kupa/Kepa Indonesia, tapi bukan dong!!! Sesuai tumbuh subur di Malaysia dan Indonesia. *berpotensi agro-business.
#3
Goji Berry, Wolfberry, Murali
(Lycium barbarum)
‎2,500luarbiasaBanyak di China, Tibet, Himalaya, India dan Arab. Pohon ini sinonim dengan Yahudi, yahudi suka tanam pohon ini. Sesuai tumbuh subur di Malaysia dan Indonesia. *berpotensi agro-business.

#4
Jenis Jenis Buah Mawar(Rose)
1,150-‎2,500‎luarbiasaRamai belum tahu ada spesis mawar (rose) mengeluarkan buah. Bunga ros jadi perhatian, dipetik untuk "rose, rose, i love you" lansung buahnya yang kaya vitamin C tak pernah terkesan.   
#5
Barbados Cherry,
(Malpighia glabra)
‎ 1,678‎ luarbiasaAsli Mexico, banyak tumbuh di Amerika Tengah & Selatan, India. Tumbuh subur di Malaysia, Indonesia; sudah banyak di Malaysia, sekadar tanaman hiasan. Isinya lebih masam kental dari Acerola. *berpotensi agro-business.
#6
Acerola,
(Malpighia glabra)
‎ 1,678‎ luarbiasaSpesis sama dengan Barbados, sama tempat asalnya. Mudah tumbuh subur di Malaysia, Indonesia; sudah banyak tumbuh di Malaysia, sekadar tanaman hiasan. Isinya masam lembut seperti jambu air. *berpotensi agro-business.

Jom Tanam Pohon Gojiberry !!!

Pertama, saya ingin mengucap berbanyak terima kasih kepada Abang Ngah melalui blognya - http://gojimore.blogspot.com, yang telah membuka minda saya untuk cuba menyemai biji Gojiberry. Hasilnya seperti di duga, pohon Gojiberry mudah diperkembangkan di Malaysia. Hasil siasatan menunjukkan bahawa pohon ini sudah banyak tumbuh di Malaysia, terutama di Pulau Pinang, sejak era kehadiran Inggeris dahulu lagi. Namun pohon ini tidak mendapat perhatian kerana banyak orang tidak tahu atau sedar tentang manfaatnya untuk kesihatan. Maka pohon ini menjadi asing terpinggir menghadapai kepupusan/langka.

Seperti diperkatakan oleh Abang Ngah, pohon Gojiberry mengambil masa sekitar 4 tahun untuk mula mengeluarkan ‎buahnya yang berwarna merah. Sekiranya ada yang berminat, lebih baik mula dari sekarang !!!

‎Dipermudahkan, bahan penting yang diperlukan untuk semaian ialah:

1) "peat soil"; tanah kompos sabut kelapa yang telah di adun, ada di jual di Nursery Anak-Anak Pokok;
2) Pasu bunga plastik, memadai yang kecil; dan
3) 2 biji buah Gojiberry yang kering.

Cara-Cara Penyediaan:

1     Penyediaan Biji-Biji Semaian. 2 biji Gojiberry tersebut di remdam dalam air terlebih dahulu selama lebih kurang 3-5 jam. Apabila buah-buah kering tersebut mengembang, maka pecahkan untuk di ambil biji-biji di dalamnya sebagai benih. 1 biji buah Gojiberry mengandungi lebuh kurang 10–60 biji untuk benih semaian. Basuh biji-biji benih tersebut dengan teliti.

2     Semaian. Kemudian taburkan rata-rata biji-biji benih tersebut ke dalam pasu bunga plastik yang telah diisikan dengan peat soil. Selesai, taburkan sedikit peat soil lagi ke atas biji-biji benih tersebut (lebih kurang 0.5cm) sekadar menutupi.

3     Siraman. Kemudian, siram (spray) dengan air sekadar melembabkan peat soil. Siraman (spray) terus dilakukan 2 kali sehari. Dilakukan dengan teliti agar, apabila tunas-tunas baru mula tumbuh bercambah, tidak mudah musnah.

4    Tunas Baru. Dalamasa 1-2 minggu kemudian, tunas-tunas baru anak pokok akan mula tumbuh membesar.

5    Menukar Wadah. Dalamasa 1-2 bulan, pohon-pohon kecil akan membesar. Pilih yang sihat dan sebanyak mana yang dikehendaki untuk dijadikan tanaman di rumah sendiri. Alihkan ke dalam pasu/polibag yang lebih besar untuk setiap satu pohon. Pohon-pohon hendaklah diawasi dari sebarang serangan serangga atau kulat. Sekiranya terdapt serangan, minta nasihat dari penjual pokok dimana-mana nursery berdekatan tentang racun apa yang baik untuk menangganinya.


Sekian, selamat mencuba dan muga berjaya !!!

19 comments:

  1. salam..
    boleh saya tanya?
    kalau benar pokok yang tuan ceritakan ini bantu kaum yahudi yang menyorok,kenapa mesti ditanam?anda mahu tolong yahudi?

    ReplyDelete
  2. Ada yang bertanya; tidakkah dengan menanam pohon ini boleh diistilahkan sebagai membantu kaum yahudi untuk berlindung disebaliknya?

    Kaum yahudi adalah kaum yang dilaknat Tuhan. harini jelas dilihat kaum yahudi, bersekutu dengan kaum2 dari agama lain, memusuhi islam dalam berbagai cara. menurut kepercayaan islam, perang diakhir zaman menggambarkan nasib malang kaum yahudi begitu parah sekali, sehingga tiada lagi tempat perlindungan bagi mereka melainkan disebalik pohon gharqad ini.

    sedangkan Tuhan mencipta pohon ini dengan keistimewaan disegi kesihatan. tidak pula ditegah atau diharamkan menanamnya.

    pada pendapat saya, Tuhan memberi sahsiah mudah pada kaum islam; guna perangkap tikus untuk menangkap tikus, tanam gharqad untuk memerangi yahudi. dan lagi, bukanlah sukar sangat untuk mengenal pohon gharqad. andai berlaku perang diakhir zaman, orang islam tak perlu tanya pohon gharqad lagi, kerana sudah diberitau didalam hadis yang mudah difahami bahawa akan ada yahudi disebaliknya.

    yang pasti, dinegara China dan Tibet paling banyak kaum yahudi yang akan berlindung, kerana banyak sangat pohon ini disana!!!


    ReplyDelete
  3. Assalam tuan,
    Terima kasih atas artikel dan pandangan yang bernas.....pada pendapat kak mungkin Allah SWT mahukan kita menanam sebanyak-banyaknya pepohon ini bagi memudahkan kita memusnahkan kaum Yahudi pada akhir zaman kerana diakhir zaman ramai manusia yang akan menipu lebih2 lagi Yahudi yang ingin melepaskan diri mereka dari sangkarulmaut.....oleh yang demikian sekiranya ada manusia berlindung disebalik pepohon ini maka sudah pasti ia Yahudi wallahuallam.....

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum,
    Mana nak dapat buah goji ni, kalau nak ditanam.

    ReplyDelete
  5. wa'alaikum salam, buah goji boleh diperdapat dlm bentuk kering. boleh dibeli dikedai jual ubat cina. rendam semalaman dahulu. kemudian, dlm buah goji byk biji-biji kecil. semai dlm peatsoil (peatsoil adalah tanah gambut ada dijual dikedai plant nursery).

    ReplyDelete
  6. Buah Goji bukan Buah 'Gharqad'(pokok Yahudi)
    http://chulax12.blogspot.com/2013/06/buah-goji-bukan-buah-gharqadpokok-yahudi.html

    ReplyDelete
  7. This is a topic that is close to my heart...

    Cheers! Exactly where are your contact details though?


    My blog; Goji Berry Actives Review

    ReplyDelete
  8. Besnis produk kesihatan myherb2u
    Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
    http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
    https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
    Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
    Kursus motivasi besnis disediakan
    Stokis/pegedar diperlukan
    Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
    Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
    Kelas mengaji Al Quran disediakan
    Welcome to Health Builders (M) Sdn.
    www.healthbuilders.com.my
    Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna

    ReplyDelete
  9. Saya rasa Tuan salah faham...Gharqad is Gharqad...Goji is Goji...dalam satu family tapi lain...buah Gharqad buah dia bulat2 warna merah...tetapi Goji buah dia lonjong...nampak sam sebab warna merah tapi lain....sekian.Tq

    ReplyDelete
  10. saya mendapat pencerahan dari beberapa pengunjung blog sy tentang pohon goji dan gharqad. kata mereka gharqad berbeza dengan goji. setelah membuat sedikit kajian, sy mendapati memang ada kebenaran. goji adalah spesis lain dari gharqad, meskipun nampak sama dan dibawah kerabat pepohonan lycium. oleh itu, sy telahmembuat pembetulan dlm entri sy tentang goji berry. terima kasih....

    ReplyDelete
  11. Bang Sabarudin, terimakasih atas infonya tentang buah Goji ini, saya berniat menanam tanaman Goji ini dengan tujuan untuk menyembuhkan sahabat-sahabat muslim kita yang sakit kanker. Terutama sahabat muslim kita yang tidak memiliki dana berobat di dokter aau rumah sakit. Apakah Bang Sabar bisa memberikan info untuk Benih tanaman Goji tersebut. infokan di ariefiantojoego@gmail.com

    ReplyDelete
  12. infonya telah saya huraikan dalam "Jom Tanam Pohon Gojiberry !!!". kunyit juga anti-kanser yang sangat mujarab. amalan memakan ulam kunyit muda adalah juga disyorkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak saya minta no hp bapak apa bisa pengen konsul

      Delete
  13. nak tahu kat mana boleh dapatkan benih goji?terima kasih..

    ReplyDelete
  14. minta no telpon pak sahari apa bisa

    ReplyDelete
  15. +6018 9779 819 (saya menggunakan whatsaps

    ReplyDelete
  16. Laa.. Tak tau pulak buah goji boleh ditanam.. Boleh cuba nih...

    ReplyDelete
  17. maaf pak sy mau pesan pohon giberry

    ReplyDelete
  18. maaf pak sy mau pesan gojiberry

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...