0

Sunday, October 13, 2013

Bawang Putih | Jangkitan Kurap ‎

Apakah Jangkitan Kurap    ?‎

Kurap (dermatophytosis) terdiri dari beberapa jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh ‎jangkitan kulat. Jangkitan boleh berlaku pada kulit manusia, dan juga binatang. Jangkitan kurap berbentuk bintik-bintik merah bulat melingkari seperti cincin atau ‘ring’, tetapi ia bukan ‎disebabkan cacing melainkan dari beberapa jenis kulat. ‎

Kurap sangat gatal dan sangat menganggu perasaan dan fikiran. Semakin di garu akan semakin ‎gatal. ‎

Kurap boleh berjangkit pada mana-mana bahagian tubuh. Kulat-kulat mudah dijangkiti apabila ‎sering berlaku sentuhan. Begitu juga dengan berkongsi pakaian, kasut, tempat tidur dsbnya. ‎

Jangkitan pada mana-mana bahagian kulit muncul semarak dan kian membiak. Kurap yang baru ‎akan mula muncul bersebelahan sebaik saja kurap yang lama mula hilang. Dan ia akan terus ‎menerus membiak, membesar, dan meluas. ‎

Apakah Punca Jangkitan Kurap    ?‎

Banyak spesis kulat yang menyebabkan kurap. Secara am, kulat yang menjadi penyebab kepada ‎jangkitan kulit di sebut Dermatophytes. seperti Epidermophyton floccosum, Trichophyton rubrum ‎atau Trichophyton mentagrophytes.

Dermatophytes ‎(kulat-kulat kurap) hidup dalam suasana kulit yang hangat dan lembab, di celah-celah dan lapisan kulit, ‎tetapi boleh hidup di pora-pora rambut. ‎Dermatophytes memakan keratin, iaitu bahan yang terdapat pada lapisan luar kulit, rambut dan kuku. Kulat-kulat tersebut menyerang beberapa bahagian tubuh:
  • Tinea faciei menjangkiti bahagian wajah ‎
  • Tinea pedis (athlete's foot) menjangkiti bahagian kaki ‎ 
  • Tinea unguium menjangkiti bahagian kuku jari tangan dan jari kaki ‎ 
  • Tinea corporis menjangkiti bahagian lengan, kaki dan badan ‎ 
  • Tinea cruris (jock itch) menjangkiti bahagian selangkangan ‎ 
  • Tinea manuum menjangkiti bahagian tangan dan telapak tangan ‎ 
  • Tinea barbae menjangkiti bahagian wajah yang tumbuh bulu
  • Tinea capitis menjangkiti bahagian kulit kepala 
Jenis Rawatan

Kurap perlu ditanggani, tidak boleh di biar dan berharap ia akan hilang sendiri. ‎

1    Ubat-ubatan. ‎ ‎

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan bagi merawat kurap; dalam bentuk cecair sapuan, atau krim. ‎ Bahan sapuan yang sering digunakan seperti: miconazole, terbinafine, clotrimazole, ketoconazole, atau ‎tolnaftate.

Di sapu 2 kali setiap hari sehingga kurap hilang, selalunya dalamasa 2 minggu akan hilang. Meskipun ‎kurap mula hilang, rawatan sapuan perlu diteruskan untuk 7 hari seterusnya bagi tujuan menghapus akar-akar kulat dan mencegah ‎kulat kurap muncul kembali.

Sapuan ubat jenis steroid akan menjadikan bentuk kurap berpecah-pecah, kulat yang menjadi penyebab ‎jangkitan kurap akan muncul di persekitaran tidak dalam bentuk bulat seperti cincin. ‎

2    Rawatan Alternatif ‎

Sejak berabad lamanya, manusia menggunakan bawang putih bagi membasmi berbagai jenis ‎jangkitan yang disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Bawang putih sudah dikenali sebagai pemampan sistem ‎kekebalan tubuh. Ia mengandungi asid amino, vitamin, zat gizi kelumit dan bahan-bahan belerang ‎organik. Antara bahan-bahan belerang organic yang sangat bermanfaat untuk kesihatan ialah ‎diallylthiosulfinate, lebih dikenali sebagai “allicin”, yang juga merupakan mercutanda bawang ‎putih, kerana allicin mengeluarkan bau yang unik. ‎ ‎

Allicin akan terhasil apabila lapisan tisu dan isi bawang dicederakan atau dipecah-pecahkan. Ia terhasil ‎dari tindakan enzim alliinase ke atas alliin. Cecair allicin yang jernih bening memiliki nilai-nilai ‎anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat, menurut University of Maryland Medical Center. Allicin ‎merupakan bahan perlindung bagi bawang putih dari di serang oleh serangga perosak. Allicin ‎bertindak mengoksidasi dan mengganggu metabolisma kulat dengan cara menghalang aktiviti ‎beberapa jenis enzim untuk metabolisma kulat seperti protease, phenoloxidase, amylase ‎dan cellulose. Dengan demikian, kulat tidak mampu membiak dan seterusnya terhapus. ‎ ‎

Jika bawang putih dipecah-pecahkan dan dilarutkan ke dalam minyak, allicin akan melalui reaksi ‎kimia dan menjadi "ajoene", yang juga bersifat anti-kulat yang berkesan. ‎ ‎

Allicin dan ajoene dari bawang putih adalah anti-kulat, didapati sangat berkesan. Pati bawang putih mampu menghapus hampir semua jenis kulat yang ‎menyebabkan kurap. ‎ ‎

Mentah atau Krim Sapuan. Cara paling mudah, bawang putih di potong-potong atau di hiris-hiris nipis. lLalu di tampal ‎pada bahagian yang dijangkiti kurap. Membalutinya dan dibiarkan sehingga semalaman. Dilakukan berterusan ‎untuk beberapa hari. Cara begini juga mampu merawat dan menghapus kurap. ‎ ‎

Jika cara seperti di atas boleh menyebabkan ‎berlaku keradangan pada kulit, maka cara lain ialah menggunakan krim sapuan dari pati bawang ‎putih. Menurut Medline ‎Plus, bagi menghapus jangkitan kurap, gel atau krim sapuan yang mengandungi 0.6 - 1 % ajoene selalunya sudah berkesan ‎sepertimana krim anti-kulat dari ubat-ubatan. ‎ ‎

Bawang putih, sejenis rempah alami dari alam semulajadi, selalu digunakan dalam masakan, juga memiliki nilai-nilai perubatan bagi ‎merawat beberapa jenis masalah kesihatan, termasuk kurap. ‎
________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...