0

Thursday, October 10, 2013

‎Bawang Putih | Penyakit Jantung ‎‎(Cardiovascular Disease) ‎

Apakah Penyakit Jantung (Cardiovascular Disease) ?‎‎

Cardiovascular disease, secara amnya di sebut Penyakit Jantung. Penyakit ini terdiri dari beberapa jenis penyakit yang ‎melibatkan jantung, dan saluran-saluran darah (arteri, vein, kapillari), atau keduanya. Penyakit-‎penyakit tersebut seperti angina pectoris, atherosclerosis, serangan jantung, strok dll. ‎

‎Punca penyakit jantung adalah berbagai dan sabit-bersabit. Agak sukar dipastikan penyebab ‎yang tepat. Akan tetapi, arteriosclerosis, tekanan darah tinggi, asid amino homocysteine, stress, ‎obesiti, alkohol, merokok, menopaus adalah antara beberapa faktor yang membawa akibat ‎penyakit jantung. Antara faktor utama yang sering menjadi punca kepada penyakit jantung ialah ‎Atherosclerosis dan Gumpalan Platelet. ‎‎

1     Atherosclerosis, Punca Penyakit Jantung‎

Arteriosclerosis ditakrifkan sebagai arteri dan/atau rangkaian arteriole yang hilang keanjalan, kelenturan dan keras. ‎Manakala atherosclerosis adalah penyakit di mana plaque (plak) terbina dalam arteri-arteri dan/atau rangkaian arteriole. Arteri-‎arteri adalah saluran-saluran darah yang tebal dindingnya yang menyalurkan darah yang sarat ‎oxygen, dari jantung ke saluran-saluran darah yang lebih kecil dinamakan ‘arteriole’. Individu yang ‎normal dan sihat memiliki arteri dan arteriole yang kukuh, lembut, anjal dan mudah lentur. ‎‎

Plaque merupakan ancaman kepada kesihatan arteri dan arteriole. Plaque terbina dari lemak, ‎kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan lain yang terdapat dalam darah. Plaque bermula dengan gumpalan yang kecil dan ‎lembut. Ia melekat ke dinding-dinding arteri, ‎lalu menyempitkan laluan darah. Arteri turut menjadi keras, tidak mudah lentur dan hilang ‎keanjalan.Keadaan ini di sebut ‎‎‘arteriosclerosis.’

Tanda atau gejala biasa yang menunjukkan arteriosclerosis seperti angina (sakit pada bahagian ‎dada), sesak nafas, kelesuan, arrhythmias (denyut jantung tidak menentu) dll. Pada kebanyakan ‎orang, tanda-tanda arteriosclerosis tidak muncul sehinggalah tiba-tiba serangan jantung berlaku. ‎‎

Lama kelamaan plaque membesar, menebal dan keras. Menandakan arteriosclerosis melarat menjadi atherosclerosis. Atherosclerosis boleh memberi ‎kesan buruk kepada arteri di bahagian tubuh yang lain. Termasuk arteri jantung, arteri otak, lengan, ‎kaki, pelvis, dan ginjal. Pengaliran darah menjadi bertambah sukar. Penghantaran oxygen ke ‎organ-organ penting dan bahagian-bahagian tubuh yang lain semakin terjejas. Masalah yang lebih serious boleh berlaku, seperti serangan jantung, strok, ‎atau kematian. ‎‎

Bawang putih telah diamalkan oleh beberapa tamadun manusia sejak abad berabad, dipercayai boleh membantu merawat arteriosclerosis dan juga atherosclerosis.

Bawang putih ‎dapat mengurang dan menghakis tompokan plaque. Ia mencuci arteri, ‎meruntuhkan plaque yang bertompok di dinding arteri. Bawang putih boleh membantu merawat ‎atau mencegah arteriosclerosis. ‎‎Ia telah lama digunakan untuk merawat atau mencegah salurah ‎darah arteri dari mengeras dan hilang keanjalan, menurut Dr. Alan R. Gaby, seorang doktor perubatan dan pengarang buku "The Natural Pharmacy." ‎‎

Bawang putih, samada di makan melalui permakakan harian atau sebagai supplemen, boleh mengurangkan ‎perkembangan penyakit jantung, menurut University of Maryland Medical Center. ‎‎

Akan tetapi, New York University's Langone Medical Center berpendapat, bukti-bukti bagi ‎menyokong kemujaraban bawang putih masih lemah.‎‎

i)‎ Tekanan Darah Tinggi. Tekanan darah tinggi bertanggunjawab memberi bebanan kepada ‎jantung. Jantung perlu bekerja lebih keras dari biasa untuk mengepam dan mengedar darah ‎keseluruh tubuh. Keadaan ini boleh menyebabkan luka pada dinding-dinding arteri. Bahagian yang luka akan menjadi tempat mula terbina tompokan plaque. Semakin plaque menebal di dinding-dinding arteri, maka arteri semakin sempit dan hilang keanjalan. Seterusnya, ‎atherosclerosis. ‎‎
Punca-punca kepada tekanan darah tinggi masih kompleks; seperti faktor genetik, gayahidup, ‎permakanan dan alam sekitar. ‎‎

The National Institutes of Health menyatakan bahawa bawang putih boleh mengurangkan ‎tekanan darah tinggi sehingga 7-8%, memelihara kadar kandungan gula, menghalang sel-sel ‎darah dari membeku, dan melancarkan pengaliran darah.‎‎

ii)‎ Hypercholesterolemia. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah di sebut ‎'hypercholesterolemia'. Hypercholesterolemia antara penyebab atherosclerosis. Hypercholesterolemia selalunya berkait-rapat dengan penyakit jantung, strok, kencing manis, dan berbagai jenis penyakit ‎merbahaya lain.‎‎

Kolesterol di ‎bawa oleh beberapa jenis lipoprotein ke seluruh darah. LDL (low-density lipoprotein) adalah ‎kolesterol mudharat, yang membawa kolesterol ke tisu-tisu, manakala HDL (high-density ‎lipoprotein) di anggap kolesterol manfaat kerana ia membantu menghakis kolesterol LDL. ‎Kolesterol mudharat (LDL) yang tinggi dalam darah menyebab terbina plaque dalam saluran ‎darah, lalu menyempitkan saluran darah, menyekat pengaliran darah, dan menyebabkan darah ‎membeku. ‎Dalam keadaan begini, jika terdapat faktor-faktor lain seperti genetik, permakanan yang tinggi lemak tepu dan 'trans', ‎usia emas, risiko mengalami penyakit jantung akan bertambah tinggi beberapa kali ganda.

Hypercholesterolemia selalunya di kawal melalui ubat dikenali sebagai ‘statin’. Ia berkesan, ‎tetapi jika digunakan pada jangkamasa lama berpotensi menyebabkan kerosakan pada organ ‎hati. Menurut Centers for Disease Control and Prevention, kira-kira ½ setengah para pesakitnya ‎yang telah berhenti mengambil ubat mengurangkan kadar kolesterol. ‎‎

MayoClinic.com mengenal-pasti rawatan alternatif yang boleh mengurangkan kolesterol tanpa ‎ada kesan sampingan yang di bawa oleh ubat statin iaitu Bawang Putih. Dengan menambah ‎bawang putih dalam diet seharian dapat mengurangkan kadar kolestrol LDL yang bermudharat, ‎juga kadar lemak triglyserida yang berkait-rapat dengan penyakit jantung. ‎‎

Bawang putih boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan juga kolesterol mudharat ‎‎(LDL), di masa yang sama meningkatkan kolesterol manfaat (HDL). HDL membantu tubuh ‎menghakis LDL. Dengan demikian, mengurangkan risiko bertompok dalam arteri, dan ‎mempertingkatkan kelancaran pengaliran darah di dalam tubuh. Demikian menurut lapuran dari ‎University of Maryland Medical Center (UMMC). ‎‎

Kajian-kajian tentang kemujaraban bawang putih ke atas kolesterol masih berbeza. Satu kajian disiarkan dalam jurnal Archives of Internal Medicine, 1998 mendapati serbuk ‎dan tablet bawang putih tidak berkesan menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Dan satu ‎kajian lain yang dikeluarkan dalam jurnal yang sama, 2007 telah mendapati bawang putih, ‎samada mentah atau supplemen, tidak lansung menurunkan kadar LDL yang tinggi kadar nya. ‎‎

Begitu juga dengan kajian klinikal yang dibiayai oleh National Institutes of Health (NIH), USA dan disiarkan ‎dalam Archives of Internal Medicine, 2007 mendapati bahawa pengambilan bawang putih ‎dalam apa jua bentuk tidak menurunkan kadar kolesterol (LDL, HDL) dan juga ‎triglyserida dalam darah pada orang sedang mengalami tahap kolesterol yang tinggi. ‎ ‎

Namun, satu kajian lain pada tahun 2008 oleh Russian Academy of Medical Sciences ‎mendapati supplemen bawang putih mengurangkan kadar LDL hampir 14% selepas 12 ‎minggu. Kadar HDL pula meningkat 11.5%. ‎

iii) Triglyserida. Triglyserida adalah lemak dalam darah yang terhasil dari kalori yang ‎berlebihan yang tidak digunakan sebagai tenaga. Tubuh menukar kalori berlebihan menjadi ‎lemak triglyserida, dan menyimpannya dalam sel-sel lemak. Hormon kemudian melepaskan ‎triglyserida sebagai tenaga apabila diperlukan untuk pelbagai antiviti fizikal. Namun, jika ‎pengambilan kalori yang sentiasa tinggi dan tidak terguna menjadi tenaga, akibatnya kadar ‎triglyserida dalam darah akan menjadi tinggi. The American Heart Association telah menyenaraikan kadar ‎lemak triglyserida yang tinggi dalam darah sebagai salah satu sebab atherosclerosis.‎‎

Bawang putih, dipercayai memberi kesan positif mengurangkan kadar triglyserida. Bukti yang ‎kukuh masih diperlukan bagi menyokong kepercayaan ini. Mengambil kira hanya kajian yang ‎berwibawa, rumusannya bawang putih belum terbukti dapat menurunkan kadar lemak ‎triglyserida dalam darah.‎‎

iv)‎ Hyperlipidemia. Hyperlipidemia adalah istilah yang menunjukkan kandungan berbagai ‎jenis lemak yang berlebihan dalam darah. Kandungan lemak yang berlebihan mungkin ‎disebabkan ketinggian kadar kolesterol, kolesterol ester, triglyserida atau phospholipid. Apabila ‎lebih dari satu jenis lemak dalam kadar yang tinggi, keadaan ini di sebut hyperlipidemia. Hyperlipidemia ‎juga antara sebab terbina gumpalan dan tompokan plaque pada dinding-dinding arteri, justru meningkat risiko penyakit jantung atau ‎strok. ‎‎

Hasil kajian tentang kemujaraban bawang putih terhadap hyperlipidemia, menunjukkan ‎keputusan yang bercanggah. Setengah kajian menunjukkan hasil positif bawang putih ‎mengurangkan lemak dalam darah, manakala hasil beberapa kajian lain mendapatinya berbeza. ‎

Kesan positif bawang putih mungkin tidak berlaku terhadap hyperlipidemia, tetapi kesan positif ‎bawang putih terhadap keadaan-keadaan lain yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung ‎tidak semestinya diketepikan. Serbuk bawang putih mungkin berkesan mengurangkan risiko artherosclerosis pada keseluruhannya. ‎

‎ ‎ ‎2     Platelet, Punca Penyakit Jantung ‎‎

Platelet adalah serpihan darah beku dari sel-sel darah. Ia seni (kecil), berbentuk tidak serata. Platelet ‎akan melekat, bergumpal dan membeku pada tempat yang cedera bagi tujuan menghentikan ‎pendarahan sewaktu mengalami luka atau kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh, samada ‎dalaman atau luaran pada kulit. Darah beku adalah cara sistem pertahanan tubuh bagi menyekat pendarahan ‎melampau akibat dari kecederaan atau luka. ‎‎

Platelet yang bergumpal dan membeku dalam arteri boleh merosotkan kesihatan, seterusnya membawa ke arah ‎serangan jantung. Platelet biasanya melekit pada saluran darah yang tercedera, membina darah beku ‎yang akan menutup luka, namun pada masa yang sama ia juga boleh menyempitkan saluran darah. Bila platelet semakin ‎banyak bergumpal dan bertompok, keadaan ini akan menyulitkan pengaliran darah. Platelet juga ‎ikut serta dalam saluran darah arteri yang membekalkan darah dan oxygen ke otak. Sekiranya ‎berlaku gumpalan demi gumpalan platelet pada arteri ke otak, strok boleh berlaku. ‎ ‎

Bawang putih menghalang platelet dari melekat, bergumpal dan menompok pada dinding-dinding arteri. Bawang putih menghalang thromboxane A2 (sejenis unsur bio-kimia yang melekatkan ‎platelet dan membekukan darah). ‎Bawang putih meleraikan gumpalan platelet, dan darah beku. Bawang putih hanya mencegah ‎platelet dari melekit dan bergumpal, dan meleraikan darah beku. 

Bawang putih, samada dalam bentuk mentah, serbuk, minyak, atau supplemen didapati berkesan mencegah darah dari membeku dan bertompok dalam arteri yang boleh ‎menyebabkan penyakit jantung atau strok. ‎

‎Artikel yang disiarkan dalam jurnal "International Journal of Clinical and Experimental Medicine," ‎‎2010 menyatakan bawang putih mentah atau supplemen boleh mengurangkan kadar kolesterol ‎dalam darah dan melerai darah beku dalam tubuh.

Memorial Sloan-Kettering Cancer Center pula ‎menyatakan di samping bertindak melerai darah beku, supplemen bawang putih juga bersifat anti-‎oksidan dan melindungi saluran darah dan jantung dari ancaman radikal bebas. ‎‎

________________________________________ ‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...