2

Sunday, December 30, 2012

Doa Ismul A'zham Merawat Tubuh

[Ya Allah, aku memohon padaMu, wahai Yang Maha Mengetahui segala ketakutan! Wahai Zat Yang KudratNya teguh menguasai langit! Wahai Zat Yang KudratNya berlansung hanya dengan kata-kata kehendakNya dibumi! Wahai Zat Yang Cahaya KeagunganNya memancar menerangi matahari dan bulan! Wahai Yang Mengkabulkan kepada setiap diri yang suci! Wahai Yang Menghilangkan rasa ketakutan di kalangan manusia! Wahai Zat Yang Disisinya Menunaikan segala hajat para makhluk! Wahai Zat Yang Menyelamatkan Nabi Yusuf dari pengkelanaan! Wahai Zat yang tiada bagiNya perantara bagi mereka yang menyeruNya, dan bagiNya tiada memiliki kepalsuan, dan tiada pembantu menunaikannya, dan tiada Rabb yang lain selain Dia tempat berdoa, dan tiada melayani segala hajat melainkan dengan kemurahan dan kebaikanNya! Selawat keatas Muhammad dan ahli keluarganya, perkenankanlah permintaanku, sesungguhnya Engkau berkuasa keatas setiap sesuatunya, Wahai Yang Maha Hidup! Wahai Yang Berdiri Dengan Sendirinya! Wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!]
Ismul A'zham Merawat Tubuh

Doa tersebut di atas ini merupakan Ismul A'zham merawat tubuh bagi orang yang menderita dari penyakit, terutama penyakit-penyakit kronik. Ismul A'zham adalah nama-nama Allah yang agung, apabila seseorang berdoa dengan Ismul A'zham, doanya sangat dimakbulkan oleh Allah SWT. 

Dari inayah dari Syeikh Abdul Qadiir al Jilani, sumber cerita dari Saiyyidina Ali ra, bahawa ada seorang lelaki yang telah lama menderita lumpuh sebahagian tubuhnya. Ia bertemu dengan Saiyyidina Ali ra ketika sedang memohon kepada Allah SWT di sisi Baitullah. Lalu Saiyyidina Ali ra pun bertanya pada lelaki tersebut; 'mahukah aku ajarkan padamu doa yang aku dengar dari Rasulullah SAW?' Lelaki itu pun mahu diajarkan. Kata Saiyyidina Ali ra, Rasulullah SAW bersabda; "jika berdoa orang yang sedang berdukacita nescaya akan dihilangkan oleh Allah SWT akan dukacitanya." Seterusnya Saiyyidina Ali ra berkata, 'berteguhlah dengan doa ini, bahawasanya ia adalah perbendaharaan dari Arasyy'.

Maka berdoalah lelaki itu dengan doa tersebut di atas. Akhirnya, penyakitnya disembuhkan oleh Allah SWT. Kemudian di dalam tidurnya dia bertemu Rasulullah SAW. Dia pun bertanya tentang doa ini. Maka bersabda Rasulllah SAW bahawa doa tersebut ini adalah Ismul A'zham.

Wallohu 'aklam bissawaab!!!

2 comments:

  1. Mohon izin untuk diamalkan dan smpikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan, adab berdoa - mulakan dgn puja puji kpd Allah. ikuti dgn selawat. kemudian berdoa dgn doa ini. kemudian tutup doa dgn selawat. moga Allah kabulkan utk anda.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...