0

Friday, March 15, 2013

Hikmah kalimah “BISMILLA HIRROHMA NIRROHIIM” !!! ‎


Kenapa perlu kalimah “Bismilla hirroHma nirroHiim” dilekapkan di ambang pintu rumah atau terpahat di dalam hati sanubari??? ‎

Petikan singkat di bawah ini adalah suatu riwayat tentang pertembungan Nabi Musa AS dan Fir’aun, dari Imam Fakhruddin ar-Razi, tercatit di dalam Kitab Madinatul-Asroor. Riwayat ini menggambarkan betapa besar hikmah kalimah “bismilla hirroHma nirroHiim" meskipun hanya terlekap di ambang pintu rumah!

Fir’aun (menurut kajian dipercayai Thutmose II (1494 SM – 1479 ‎SM), sebelum mengaku dirinya sebagai tuhan, dan sewaktu membina istananya, telah menitahkan kalimah ‎‎“bismilla hirroHma nirroHiim” dilekapkan di atas pintu utama keluar-masuk istana beliau, dengan ‎keyakinan bahawa istananya akan bebas dari segala bala bencana. ‎

Ketika Nabi Musa AS datang menemui beliau bagi tujuan menyatakan kerosulannya dan mengajak Fir’aun beriman pada Allah SWT, ‎Fir’aun masih tetap menolak. Akan tetapi, kalimah ‎‎“bismilla hirroHma nirroHiim” masih tetap dibiarkan terlekap di atas pintu utama keluar-masuk istana beliau, tanpa mempedulikannya.

Nabi Musa AS menjadi hairan, lalu bermunajat pada Allah SWT; “ya Rabbi, ‎mengapa Kau biarkan Fir’aun sedemikian, sedang hamba tidak tahu kebijaksanaan apa yang dia ‎miliki?”

Allah SWT menjawab; engkau melihat Fir’aun itu di segi kekafirannya, yang demikian engkau ingin ‎menghancurkannya. Sedang Aku melihat apa yang tertulis di atas pintu keluar-masuk istananya. Dengan demikian ‎dia aman dari kebinasaan selama dia berada di dalam istananya, meskipun dia seorang kafir. ‎Demikian juga orang yang mencantumkan kalimah “Bismilla hirroHma nirroHiim” di dalam hati ‎sanubarinya, dari bermula sampai akhir hayatnya nescaya aman dia dari sebarang kebinasaan di dunia.” ‎ 

Fir'aun kemudian mati tenggelam di Laut Merah ketika memburu Nabi Musa AS dan pengikutnya Bani Israel sewaktu mereka menyelamatkan diri menyeberangi Laut Merah yang airnya terbelah memberi laluan kepada Nabi Musa AS dan pengikutnya Bani Israel.

Wallohu “akhlam.‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...