Spirulina: serbuk, kapsul & tablet |
Sejarah spirulina sebagai makanan, sudah lama. Masyarakat Afrika memakannya sejak abad ke-9 Empayar Kanem, di biak secara tradisional di dalam Tasek Chad (Republik Chad, Afrika Tengah). Kaum Aztecs (Mexico/Mesoamerica), membiaknya di dalam Tasek Texcoco hingga ke abad 16. Selalunya, spirulina dijadikan kepingan kering, di buat bubur dan sebagainya. Spirulina sudah sebati dengan kehidupan masyarakat Afrika, Timur Tengah dan Mesoamerika.
Sekitar 1940, seorang saintis Perancis menemui dan mula mengkaji pembiakan spirulina di Tasek Chad dan persekitaran. Natijahnya, pembiakan spirulina yang pertama dan terbesar terbina seawal 1970an, dikendalikan oleh Sosa Texcoco, sebuah syarikat Perancis. Di awal 1979, eksport berkembang ke negara Jepun and USA. Di awal 1990an spirulina menjadi sangat terkenal sebagai makanan kesihatan.
Spirulina kini di biak di serata dunia secara komersial, menjadi makanan kesihatan untuk warga dunia; dalam bentuk tablet, kepingan kering, serbuk berkapsul atau tanpa kapsul dan berbagai. Ia juga dijadikan makanan tambahan kepada ternakan air seperti ikan dan ternakan ayam, itek dan sebagainya. Rumpai seni spirulina warnanya hijau-kebiruan, terdiri dari berbagai jenis. Dua (2) spesis yang kini sering di biak secara komersial di merata dunia: Arthrospira platensis and Arthrospira maxima. Pengeluar terbesar adalah Amerika Syarikat seperti Earthrise Nutritionals California (USA), dan Cyanotech, Hawaii (USA); Parry Nutraceuticals (India); Boonsom Farm (Thailand); Hainan Island (China); Taiwan dan beberapa negara lagi.
Spirulina Padat Nutrien. Spirulina di sebut superfood kerana ia padat nutrien. Kandungan nutriennya berbagai, penuh khasiat untuk membina kesihatan tubuh.
Kandungan Nutrien Spirulina |
Kandungan proteinnya sangat tinggi, mengandungi asid amino yang sempurna, berbanding dengan makanan asli lain, termasuk daging binatang, ikan, susu tepung dan segar, kacang, telur, atau bijiran.
Ia juga padat dengan berbagai jenis vitamin dan zat gizi/galian. Kaya dengan beta-karotin, vitamin B-12 dan B kompleks, zat besi yang mudah diserap (10 kali lebih banyak dari kebanyakan makanan yang selalunya mengandungi zat besi). Spirulina juga padat kalsium.
Di samping kandungan vitamin dan zat gizi, ia kaya dengan pigmen, poli-sakkarida, dan jenis nutrien-nutrien lain yang berkhasiat untuk kesihatan. Tubuh manusia memerlukan asid lemak utama “EFA”. Spirulina mengadungi 4 - 7% lemak lipid, dan kebanyakannya adalah EFA. Dan banyak lagi khasiat-khasiat untuk kesihatan yang terdapat di dalam spirulina. Spirulina telah diperakui sah sebagai makanan di Eropah, Jepun dan kebanyakan negara di dunia. Pada tahun 1981 “United States Food and Drug Administration” telah memperakui bahawa spirulina adalah sumber protein, beberapa jenis vitamin dan zat gizi dan boleh di pasarkan sebagai supplemen makanan. Spirulina telah diberi status GRAS (Generally Recognized as Safe) iaitu "selamat untuk di makan".
* Protein. Spirulina kaya dengan protein, kira-kira 60% (51–71%) protein asli yang mudah di hadam.
Protein terdiri dari berbagai jenis asid amino. Terdapat 2 kelompok asid amino: asid amino perlu (essential) dan asid amino tak perlu (non-essential). Asid amino essential tidak mampu dihasilkan sendiri oleh tubuh, perlu dibekalkan kepada tubuh melalui bahan makanan. Bagi asid amino non-essential, tubuh mampu menghasilkannya sendiri, dengan syarat asid amino essential bertindak bersama nitrogen dari bahan makanan yang di makan. Sesuatu protein itu di anggap sempurna apabila mengandungi kesemua 18 atau lebih jenis asid amino (essential dan non-essential) . Dan kandungan protein di dalam spirulina adalah sempurna, yakni melebihi 18 jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh.
Tubuh memerlukan asid amino dalam kadar tertentu. Sekiranya kurang salah satu atau lebih jenis asid amino, tubuh tidak mampu menggunakan semua asid amino yang dibekalkan. oleh kerana spirulina mengandungi kesemua jenis asid amino (essential dan non-essential) yang diperlukan oleh tubuh, maka sangat baik apabila tubuh dapat dibekalkan sekali gus melalui satu bahan makanan. Dengan demikian, sel-sel tubuh dapat lansung menggunakanya bagi menghasilkan enzim, hormon, kimia otak, dan berbagai bagi memenuhi kehendak metabolisma tubuh.
Berikut adalah senarai asid amino yang terdapat di dalam beberapa jenama spirulina yang terkenal;
• asid aspartik - membekal karbohaidrat kepada sel-sel tubuh untuk dijadikan tenaga.
• asid glutamik - membekal glukos kepada sel-sel otak untuk dijadikan tenaga.
• alanine - memperteguh dinding-dinding sel tubuh.
• arginine - penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja belasan tahun, terutama untuk kesuburan lelaki (air mani mengandungi 80% arginine); juga bertindak me-nyah racun di dalam darah.
• cysteine & cystine - menyihat pancreas untuk menstabil kadar gula di dalam darah, dan terlibat dalam metabolisma karbohaidrat.
• ethionine - mencerna lemak dan lipid bagi menyihatkan organ hati, juga sebagai anti-stress menenangkan saraf. • glycine - membekal tenaga dan oxygen ke dalam sel-sel tubuh.
• histidine - penting untuk tumbesaran kanak-kanak, terutama memantapkan sistem saraf dan organ pendengaran. • isoleucine - perlu untuk tumbesaran tubuh yang saksama, menambah kebijaksanaan berfikir dan mengimbangi nitrogen di dalam tubuh.
• leucine - pemangkin kepada fungsi otak, menambah kemantapan otot.
• lysine - meng-utuh sistem kekebalan tubuh di dalam darah, melancar sistem pengaliran darah dan mengendali sel-sel agar berkembang secara normal.
• phenylalanine - perlu untuk kelenjer "thyroid" menghasilkan "thyroxine" bagi meransang kadar metabolisma tubuh. • proline - pemula kepada asid glutamik.
• serine - membina lapisan dinding berlemak di sekeliling serat saraf sebagai pelindung.
• taurine - memperteguh otot jantung, memperbaiki penglihatan, menghalang kemerosotan penglihatan; merupakan bahan utama pada cecair "bile" yang dihasilkan oleh hati untuk mencerna lemak.
• threonine - memperbaiki fungsi usus dalam pencernaan.
• tryptophane - mempertingkat penggunaan vitamin B, sebagai penenang emosi dan perawat saraf.
• tyrosine - melambatkan proses penuaan, kemerosotan sel-sel dan rambut beruban; melindungi kulit dari cepat berubah warna atau terik sinaran matahari (sunburn), dan mengurangkan rasa lapar.
• valine - mempertingkat kemampuan berfikir dan tindak-balas otot.
* Zat Gizi/Galian. Spirulina kaya dengan berbagai zat gizi/galian; yang terdiri dari gizi utama dan gizi kelumit (trace minerals). Perbedaan antara keduanya ialah jumlah yang diperlukan oleh tubuh; gizi utama banyak diperlukan oleh tubuh, manakala gizi kelumit memadai sedikit untuk keperluan tubuh. Tubuh tidak mampu menghasilkan zat galian, perlu diperdapat dari bahan makanan.
Kenapakah zat gizi penting? Zat gizi (utama dan kelumit) sangat penting untuk memelihara kesihatan, perkembangan mental dan fizikal tubuh secara keseluruhannya. Zat gizi menjadi komponen asas kepada hampir semua aspek dan fungsi tubuh - seperti enzim dan penghadaman; penghasilan hormon; pembinaan tulang, gigi, tisu-tisu lembut, otot, darah; sel-sel saraf, tulang dan tubuh; penghantaran maklumat melalui sistem saraf; pengaturan and pengaliran cecair tubuh dan tahap pH; tindak-balas otot dan pergerakan; kelahiran dan tumbesaran; penggunaan nutrien dan tenaga, dan sebagainya.
Zat gizi tidak membekalkan tenaga atau protein kepada tubuh, tetapi menjadi pemangkin kepada tindak-balas biologi tubuh, bilasaja tenaga dan protein hendak digunakan. Apa jua jumlah vitamin yang di makan setiap hari tidak akan bererti tanpa adanya zat gizi yang mencukupi untuk bertindak sebagai pemangkin. Justru, zat gizi sangat penting untuk tubuh terus kekal hidup secara normal.
7 zat gizi utama yang penting untuk tubuh manusia ialah: kalsium, phosphorus, potassium, magnesium, khlorida, sodium, dan belerang (sulphur). Sodium, potassium, dan khlorida juga dikenali sebagai electrolyte utama.
• kalsium - yang terbanyak diperlukan oleh tubuh; penting untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang dan gigi; juga terlibat dalam penghantaran maklumat dari otak ke otot-otot.
• phosphorus - kedua yang terbanyak diperlukan oleh tubuh; berada pada setiap sel-sel tubuh; bersama kalsium, ia membina ketumpatan tulang, membantu memecah karbohaidrat, penggunaan vitamin B3 (niacin) dan B2 (riboflavin).
• potassium - penting bagi memelihara kesaimbangan electrolyte di dalam tubuh; berada pada rambut, kuku dan kulit; kekurangan boleh menyebabkan jantung tiba-tiba berhenti berdenyut (cardiac arrest), darah tinggi, keresahan, dan kelesuan.
• magnesium - membantu percernaan dan penyerapan vitamin C, B dan protein; kekurangan boleh menimbulkan masalah kepada otot seperti kekejangan, dan denyut jantung tidak menentu.
• khlorida - berperanan penting di segi perkembangan tubuh; berada dalam seluruh cecair tubuh; mengatur pengaliran cecair dalam dan luar sel-sel; mengimbangi tahap asid dalam tubuh; menghantar maklumat dari sistem saraf.
• sodium - iaitu garam, mudah di perdapat dalam banyak makanan; mengatur kandungan darah, tekanan darah, kesaimbangan cecair tubuh, dan pH; memelihara otot-otot dan saraf untuk lancar berfungsi; berperanan penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh; tubuh memerlukan sedikit garam untuk berfungsi, terlalu banyak garam akan menambah tekanan darah tinggi (risiko serangan jantung, penyakit berkaitan saluran jantung, dan ginjal).
• belerang (sulfhur) - penting untuk semua sel-sel; sebagaimana potassium, ia berada di rambut, kuku dan kulit; selalunya berada bersama protein; amat berguna untuk me-nyah racun di dalam tubuh; meng-utuh sistem kekebalan tubuh; menghalang kesan penuaan, juga penyakit-penyakit yang berkaitan dengan penuaan seperti arthritis; perlu bagi menghasilkan collagen untuk kesegaran dan keanjalan kulit; penting pada penggunaan protein, biotin juga vitamin B1; menjadi sebahagian dari struktur kimia asid amino jenis methionine, cysteine, taurine and glutathione.
Terdapat banyak zat kelumit di dalam spirulina. Meskipun sangat sedikit zat kelumit yang diperlukan oleh tubuh, namun sangat bermakna untuk kehidupan. Tubuh manusia memerlukan beberapa dozen jenis zat kelumit untuk membolehkan sistem enzim berfungsi, dan beberapa fungsi lain di dalam tubuh. Terdapat setengah produk spirulina menyatakan ada mengandungi hampir 100 jenis zat kelumit.
Berikut adalah zat gizi kelumit yang terperdapat di dalam spirulina: Aluminium, Antimony, Arsenic, Barium, Beryllium, Bismuth, Boron, Cadmium, Caesium, Cerium, Chromium, Cobalt, Copper, Dysprosium, Erbium, Europium, Fluoride, Gadolinium, Gallium, Germanium, Gold, Hafnium, Holmium, Iridium, Iron, Iodine, Lanthanum, Lead, Lithium, Lutetium, Manganese, Mercury, Molybdenum, Neodymium, Nickel, Niobium, Osmium, Palladium, Platinum, Pluminium, Praseodymium, Rhenium, Rhodium, Rubidium, Ruthenium, Samarium, Scandium, Selenium, Silicon, Silver, Strontium, Tantalum, Tellurium, Terbium, Thallium, Thorium, Thulium, Tin, Titanium, Tungsten, Uranium, Vanadium, Ytterbium, Yttrium, Zinc, Zirconium.
Manfaat sebahagian darinya adalah seperti berikut:
• boron - menambah kemampuan tubuh menggunakan kalsium, magnesium dan vitamin D; menghalang kalsium dan magnesium dari terhakis keluar melalui air kencing; membantu fungsi otak dan pengamatan; membantu mengurangkan kesakitan waktu kedatangan haid dan gejala menopaus; memelihara kesihatan tulang dan mengurangkan gejala arthritis.
• kromium - perlu untuk metabolisma gula dan lemak; memelihara kestabilan kandungan gula; bersama dengan unsur-unsur lain, mengawal insulin dan enzim-enzim lain; berada di seluruh tubuh tetapi banyak terdapat di dalam hati, ginjal, spleen dan tulang; kekurangan akan menyebabkan “hyperglycemia” (tinggi kandungan gula di dalam plasma darah).
• kobalt - merupakan sebahagian dari molekeul vitamin B12; perlu bagi menghasilkan sel darah merah dan menghalang anemia (gejala pucat dan kekurangan darah).
• tembaga (copper) - perlu bagi menghasilkan hemoglobin, sel-sel darah merah dan tulang; membantu menghasilkan elastin dan collagen sebagai ejen penyembuhan; perlu bagi menghasilkan “noradrenaline” iaitu penghantar maklumat di dalam saraf; bila terlalu banyak tembaga, zinc dan vitamin C akan berkurangan, dan sebaliknya; kekurangan mengakibatkan lemak bertambah di dalam darah, memekatkan darah.
• fluorine - merupakan sebahagian dari komponen tulang dan gigi; bermanfaat menghalang kerosakan gigi. • iodine - perlu bagi kelenjar "thyroid" menghasilkan hormon (seperti thyroxine, thyroxin) untuk menukar lemak menjadi tenaga, untuk membina tulang, menyihat kulit, kuku, rambut dan gigi; menstabil berat badan dan mengawal tahap kolesterol; terdapat juga rujukan menyatakan iodine membantu menghalang kanser payudara dan rahim.
• besi - membantu penghasilan hemoglobin (pigmen pembawa oxygen di dalam sel-sel darah merah), kekurangan sering berlaku pada wanita hamil.
• manganese - bersama dengan zinc, mengaktifkan sistem enzim; mempertingkat aktiviti “acetylcholine” iaitu penghantar maklumat di dalam saraf; membantu menstabil kandungan gula dalam darah.
• molybdenum - merupakan komponen kepada 3 jenis enzim - sulfite oxidase, xanthine oxidase dan aldehyde oxidase. Sulfite oxidase ialah sejenis enzim yang memecah sulfite yang terdapat dalam protein makanan yang di proses kimia dan ubat-ubatan; sekiranya sulfite tidak dipecahkan, akan menyebabkan tompokan keracunan, mengakibatkan tubuh ber- allergi, pernafasan bermasalah dan asma. Xanthine oxidase dan aldehyde oxidase terlibat dalam penghasilan protein dan bahan genetik. Kekurangan pada orang dewasa selalu dikaitkan dengan mati pucuk “impoten”, dan masalah gigi dan gusi.
• selenium - memantabkan jantung; menghalang proses penuaan, radikal bebas, kesan keracunan “carcinogens”.
• silicon - juga disebut silica asli; jangan keliru, ia bukan silicone, kerana silicone ialah ciptaan manusia dari bahan industri polymer; mengutuh sistem kekebalan tubuh; mengekal kesihatan dan kekuatan tulang, cartilage, tendon dan dinding-dinding pembuluh darah arteri; bermanfaat untuk merawat allergi, panas dada dan tekak dan penyakit gusi; perlu untuk mengekal kesihatan kuku, rambut dan kulit; tahap silicon semakin berkurangan apabila semakin meningkat usia, justru silicon perlu sentiasa dibekalkan sebagai anti-penuaan.
• zinc - berperanan utama kepada tindak-balas 30 jenis lebih enzim, memberi kesan positif kepada kesihatan mental, kulit, fungsi prostat dan kesembuhan.
*Vitamin. Metabolisma tubuh memerlukan vitamin-vitamin. Spirulina mengandungi banyak jenis vitamin. Vitamin A (Pemula-Vitamin A seperti beta-karotin dan sebagainya), vitamin B-kompleks; vitamin B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (nicotinamide), B6 (pyridoxine), B8 (inositol), B9 (folic acid), vitamin C, vitamin D, vitamin E, dan vitamin K.
• Vitamin A - beta-carotene, iaitu pemula vitamin A, sangat banyak di dalam spirulina, melebihi 10 kali ganda dari "carrot"; perlu untuk pertumbuhan dan perawatan tisu-tisu tubuh; melindungi lapisan tisu lembab di dalam mulut, hidung, kerongkong dan paru-paru, mengurangkan jangkitan kuman; melindungi dari kecemaran melalui angin/udara; memelihara kulit agar anjal, segar, tidak mudah dijangkiti kuman; memperbaiki penglihatan yang kabur dan buta malam; membantu pembinaan tulang dan gigi.
• B1 (thiamine) - enzim gandingan bagi memecah karbohaidrat; mengawal kandungan glukos dalam darah; kekurangan menyebabkan tubuh lemah, saluran darah ke jantung mudah rosak, perut buncit/boroi; paling parah boleh menyebabkan kematian, critical toxemia (akibat gumpalan karbohaidrat yang tidak dapat dipecahkan menjadi tenaga).
• B2 (riboflavin) - kekurangan sering dialami oleh kebanyakan orang; penyebab kepada gejala cataract, kabur penglihatan, mata berair dan masalah kulit tak terkawal.
• B3 (niacin) - penting untuk kesihatan otak, berkesan mengurangkan kadar kolesterol.
• B5 (asid pantothenik) - perlu untuk kelenjar adrenal (berkaitan dengan ginjal); bertindak bersama kolesterol dan vitamin C, bagi menghasilkan "cortisone" and steroid lain bagi menanggani tekanan fizikal dan mental; kekurangan menyebabkan allergi, mudah jangkitan dan kemerosotan tubuh seperti arthritis and rheumatism.
• B6 (pyridoxine) - telibat dalam pemecahan dan pencernaan protein; melindungi kesihatan jantung, mengurangkan bengkak dan menstabilkan tahap hormon kaum wanita. Dr. Carl Pfeiffer - bahawa B6, bersama dengan zat galian zinc boleh merawat penyakit kekalutan otak/keperibadian "schizophrenia".
• B7 (biotin) - sejenis enzim yang membawa keluar gas beracun "carbon monoxide" sewaktu metabolisma karbohaidrat; berpenanan sebagai enzim gandingan dalam pencernaan vitamin B-kompleks.
• B 8 (inositol) - memelihara kesihatan hati dan membantu me-nyah-toksin “carcinogens” yang berlebihan terutama pada hormon kaum wanita; menstabil kadar kolesterol; bersama dengan choline, membantu hati menggunakan inositol bagi menghasil lecithin. Inositol adalah vitamin yang kedua terbanyak terdapat di dalam tubuh, selepas niacin. Kajian terkini menunjukkan inositol dengan biotin, mengurangkan keguguran rambut.
• B9 (asid folik) - penting untuk pembinaan hemoglobin dan sel-sel darah merah; kekurangan boleh mengakibatkan gejala anemia (kurang darah/pucat), lembab atau bantut tumbesaran, masalah kulit dan rambut cepat beruban.
• B12 (cobalamin) - sejenis vitamin yang paling sukar di perdapat dari sumber tumbuhan; penting untuk kesihatan sel-sel darah merah terutama kepada sumsum tulang, sistem saraf dan tisu; kekurangan mengakibatkan anemia, kemerosotan saraf, nyanyok, keletihan melampau dan kekalutan otak/keperibadian (seperti schizophrenia).
[Badan-badan dan pertubuhan seperti American Dietetic Association and Dietitians of Canada dan juga jurnal-jurnal perubatan masih berpendapat spirulina bukan sumber jitu B12, kebanyakan vitamin B12 di dalam spirulina adalah berjenis “analogue” iaitu unsur yang tidak aktif kepada tindak-balas biologi tubuh].
• Vitamin C - penting untuk kesihatan gigi, gusi dan tulang; membantu menyembuh luka dan kecederaan, parut tisu, dan retak tulang; menghalang kurap, jangkitan kuman, selsema; menguatkan pembuluh darah; memudahkan penyerapan zat besi; perlu bagi menghasilkan collagen, sebagai pelekap kepada pembinaan sel-sel atau penggabung tisu; antioksidan yang sangat berkesan; menghalang nitrate (dari asap rokok, sawang (smog), daging bakar) bertukar menjadi bahan penyebab kanser. Menurut Dr. Lines Pauling - vitamin C akan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
• Vitamin D - mempertingkat penyerapan dan kegunaan kalsium dan phosphorous yang diperlukan untuk pembinaan tulang dan gigi; memelihara sistem saraf yang stabil dan tindak kerja jantung yang normal.
• Vitamin E (tocopherol) - melindungi kesihatan jantung dan saluran-saluran darah ke jantung, mempertingkat kemampuan sel-sel menyerap oxygen, and melambat penuaan.
• Vitamin K - sangat penting untuk pembekuan darah sewaktu luka atau cedera; perlu bagi tubuh menggunakan kalsium untuk membina dan menumpatkan tulang.
*Asid Lemak. Asid lemak dalam spirulina adalah kira-kira 7% dari beratnya; sangat kaya dengan EFA; Omega-3 (ALA, SDA, EPA, dan DHA), dan Omega-6 (LA, GLA, dan AA).
Tubuh manusia menggunakan asid lemak dari bahan makanan untuk membina tisu-tisu dan untuk fungsi-fungsi tertentu di dalam tubuh. Spirulina juga mengandungi asid lemak yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Kumpulan utama asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh dikenali sebagai EFA (“essential” fatty acids) iaitu asid lemak poli tak tepu. Disebut "essential" kerana tubuh tidak mampu menghasilkannya, perlu dibekalkan melalui bahan makanan. EFA terdiri dari 2 keluarga asid lemak i.e. Omega-3 dan Omega-6. Asid lemak Omega-3 terdiri dari asid alpha-linolenik (ALA), asid stearidonik (SDA), asid eicosatetraenoik (ETA), asid eicosapentaenoik (EPA), asid docosahexaenoik (DHA). Omega-6 pula terdiri dari asid linoleik (LA), asid gamma-linolenik (GLA), asid dihomogamma-linolenik (DGLA), asid arachidonik (AA), asid docosapentaenoik (DPA).
EFA adalah lemak yang bermanfaat untuk penyembuhan. Tubuh manusia sangat memerlukannya untuk kesihatan jantung, sistem saraf, sistem kekebalan tubuh, dan untuk perkembangan otak (otak manusia mengandungi kira-kira 80% lemak).
EFA juga dikenali sebagai Vitamin F. Sebahagiannya digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan “prostaglandins”, sejenis hormon yang mengatur tekanan darah dan keanjalan pembuluh darah. EFA juga terlibat dalam pernafasan setiap sel-sel, dan sebagai ejen pengangkut oxygen. EFA memberi kesan pada rambut, kulit, kuku, dan memecah kolesterol dalam darah.
Salah seorang pengkaji, Dr. Horrobin menyatakan kekurangan EFA sering berlaku pada bio-kimia tubuh, merupakan faktor utama timbulnya banyak penyakit pada tubuh. Kekurangan EFA akan memberi kesan negatif pada sistem saraf, sistem kelenjar (endocrine), dan kekebalan tubuh. GLA umpamanya, terbukti berkesan merawat banyak penyakit parah seperti kekaburan mata, penyakit kulit dan kencing manis. Kajian perubatan menunjukkan bahawa dengan permakanan GLA yang mencukupi akan membantu penyakit arthritis, jantung, perut buncit/boroi, tekanan perasaan yang tak karuan, kesan penuaan, dan schizophrenia.
* Nutrien Phyto. Spirulina juga mengandungi banyak pigmen yang berwarna warni. Pigmen ini juga berkhasiat. Ia berguna bagi melaksanakan proses metabolisma pada keseluruhan tubuh. Tanpanya, tindakbalas enzim lembab sehingga boleh memudaratkan sel-sel tubuh.
Kira-kira setengah dari pigmen spirulina yang berwarna kuning/oren adalah karotenoid; iaitu zat phyto yang sangat penting bagi kesihatan. Karotenoid merupakan anti-oksidan yang sangat berkesan. Kelompok karotenoid, antaranya: Alpha-carotene, beta-carotene, zeaxanthin, chlorophyll-a, echinenone, Lutein, Licopene, Cryptoxanthin, Phycocyanin, Echinenone, Astaxanthin, xanthophyll myxoxanthophyll, canthaxanthin, diatoxanthin, 3'-hydroxyechinenone, beta-cryptoxanthin dan oscillaxanthin, phycobiliproteins c-phycocyanin dan allophycocyanin.
Banyak kajian menunjukkan bahawa nutrien phyto boleh mengurangkan risiko kanser. Zeaxanthin yang terdapat di dalam spirulina sangat baik bagi mempertingkat kesihatan mata dan otak, zeaxanthin ini banyak tekandung di dalam retina mata.
Chlorophyll pula kadangkala disebut “darah hijau. Strukturnya hampir sama dengan hemoglobin. Bezanya ia mempunyai ion magnesium sebagai paksi, manakala hemoglobin ion zat besi. Chlorophyll terkenal sebagai ejen pembersih dan me-nyah racun. Ia juga menghasilkan enzim yang diperlukan untuk metabolisma tubuh. Spirulina mempunyai 1% chlorophyll, salah satu yang terkaya yang dibekalkan oleh alam semulajadi, dan Chlorella pula mempunyai 2 - 3%.
* Karbohaidrat & Poli-sakkarida. Spirulina mengandungi 15 - 25% karbohaidrat dan gula. Poli-sakkarida adalah jenis karbohaidrat yang kompleks. Ia adalah polimer yang dibina-cantum oleh banyak mono-sakkarida. Karbohaidrat utama adalah "rhamnose" and "glycogen". 2 jenis poli-sakkarida yang mudah di serap oleh tubuh dengan hanya menggunakan sedikit insulin. Spirulina memberi tenaga segera, tanpa membebani organ pancreas.
Menurut kajian sains, poli-sakkarida di dalam spirulina yang dikenali sebagai “immunlina”, bertindak mengaktifkan T-cells “monocytes” dan “macrophages” iaitu ejen pembunuh kuman dan menghapus racun.
Bahaya Spirulina ialah apabila ia dihasilkan tanpa sepenuhnya mematuhi piawaian dan kawal-selia pembiakan yang diiktiraf oleh badan atau pertubuhan kesihatan dunia. Spirulina yang di biak dengan kawal-selia rapi dapat menjamin mutu nutrien tetap terpelihara dan tidak tercemar.
Keracunan. Terdapat berbagai spesis rumpai "algae cyanobacteria", melebihi 60 jenis yang berdaftar pada 2012. Sebahagian dari spesis ini menghasilkan toksin; seperti microcystins, BMAA, dan sebagainya. Toksin ini dihasilkan oleh spirulina beracun yang bercampur dan membiak dengan spirulina tidak beracun. Apabila pembiakan spirulina tanpa kawal-selia yang rapi, dikhuatiri akan tercampur dengan spirulina beracun, menjadikan produk spirulina tersebut tercemar.
Badan Piawaian Spirulina |
Kebimbangan lain ialah kecemaran logam beracun di dalam spirulina. Spirulina menyerap zat-zat gizi utama dan kelumit sewaktu membiak di dalam air. Zat-zat ini kemudiannya akan diserap oleh tubuh manusia. Apa juga zat gizi yang terkandung di dalam spirulina bergantung kepada di mana ianya di biak dan jenis air ia hidup membiak. Menurut suatu lapuran dari “Chinese State Food and Drug Administration”, supplemen sprulina yang dipasarkan di dalam negara China, menunjukkan kecemaran yang tinggi oleh racun "lead" dan "mercury".
Justru, adalah dinasihatkan agar para pengguna membeli spirulina dari pengeluar yang sudah diiktiraf "selamat untuk di makan" oleh badan antarabangsa!!!
Jenama-Jenama Spirulina Yang Diiktiraf Selamat. Terlalu banyak jenama-jenama spirulina yang berada di pasaran harini. Masing-masing dengan formula dan keunggulannya yang tersendiri. Banyak yang murah-murah, mudah di terima-beli. Dan ada yang agak mahal. Sebaiknya, pilihlah jenama spirulina keluaran syarikat pengeluar yang sudah diiktiraf oleh badan kesihatan antarabangsa menurut piawaian-piawaian tertentu, untuk mengelak dari sebarang bahaya kecemaran dan keracunan!!!
Food and Drug Administration telah menganugerahkan sijil GRAS (Generally Recognized As Safe), sijil yang selamat untuk di makan ke atas spirulina yang dihasilkan oleh;
1. syarikat-syarikat dari Amerika - Cyanotech, Earthrise, RFI; dan
2. syarikat dari India - Parry Pharmaceuticals.
Istilah spirulina “organic” dengan "all natural". Terdapat 2 label yang perlu difahami sebelum membeli apa jua jenama spirulina. Label yang dipamerkan oleh produk spirulina, samada perkataan “organic” atau "all natural".
Kebanyakan produk-produk spirulina dari Amerika, seperti syarikat Cyanotech Corp, Hawaii (dibawah label Nutrex dan lain-lain), produk ini tidak mempunyai label atau sijil "Organic" tetapi “All Natural". Bererti spirulina jenis ini tidak di biak secara organik. Pembiakannya "all natural" bergantung kepada baja kimia. Ianya tidak diperakui oleh piawaian “Organic”. Justru, ianya disebut sebagai “All Natural". Namun, jenama-jenama terkenal spirulina dari USA seperti Cyanotech's All Natural Raw Hawaiian Spirulina Pacifica, bebas GMO (genetically modified organism), di biak dalam suasana air tawar yang bersih dan air laut dalam yang mengandungi zat-zat asli. Pembiakannya sangat terkawal dari kecemaran, tidak menggunakan pembajaan beracun herba atau serangga, dan menggunakan teknologi proses dingin “cold processed” dan proses pengeringan Ocean Chill™ bagi membentuk tablet agar kandungan nutrien tidak musnah, tetap terpelihara di dalam pembotolan gelas yang ber-vacuum. Demikian juga dengan jenama dari Earthrise Nutritionals California.
Manakala label "Organic" bererti produk yang dihasilkan tidak lansung bergantung kepada baja kimia. Umpamanya, syarikat Parry Nutraceuticals berpusat di India selatan, yang menerima 4 sijil pengiktirafan piawaian organik utama - USDA NOP (National Organic Program) oleh IMO, (Institute of Marketecology) Switzerland, Naturland dari Germany, Ecocert and OCIA - USA. Juga mematuhi piawaian kesihatan USFDA, Jepun and Eropah. Disahkan di bawah piawaian program US Pharmacopeia dan pengesahan dari GRAS yang membolehkan syarikat tersebut melabelkan ke atas produk serbuk spirulina sebagai "USP Ingredient Verified Mark", bererti kualiti produk syarikat ini adalah kekal suci, dan bebas dari kecemaran, kimia, zat-zat galian dan baja fertilizer yang dihasilkan menurut paiwaian organik yang telah ditetapkan. Spirulina NOW Foods Organic Spirulina dan Swanson Brand of Organic Spirulina (tablet) adalah dari Parry Nutraceuticals. Banyak lagi syarikat-syarikat pengeluar yang mengambil spirulina dari Parry Nutraceuticals.
Samada “All Natural" atau "Organic", masing-masing mempunyai keistimewaannya!!!
No comments:
Post a Comment