0

Sunday, May 19, 2013

YES to Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi !!!


Kerajaan sudah berlemah lembut, beramah mesra, bertoleransi, berkasih sayang dan berharmoni antara kaum. Sudah terlalu lama di pupuk, melalui media massa, tv dan sebagainya.

Perkara 10 Perlembangaan bukan peruntukan asing pada Kerajaan; menjamin hak bersuara mengeluarkan pendapat dan ideologi, berhimpun dan berpesatuan. Banyak sudah perhimpunan-perhimpunan dilakukan, banyak sudah laungan dan jeritan yang menggugat keharmonian masyarakat, banyak sudah cubaan-cubaan yang mencabar toleransi kaum, bahkan mencabar kedaulatan undang-undang. Sudah banyak kali berlaku dan masih berlarutan. Apakah jaminan-jaminan Perkara 10 perlu leluasa tiada batasannya?  

Sistem pendidikan Malaysia telah membuka ruang kepada pendidikan cina dalam ‎sistem pendidikan kebangsaan. Demi mengambilkira aspirasi, kehendak dan kepentingan masyarakat majmuk di Malaysia. ‎ Namun, apa yang terjadi jurang perkauman semakin mendalam. Paling jelas, cina semakin kecinaan, bahasa Melayu di kalangan kaum cina tidak diendahkan; buka saja saluran TV untuk kaum cina, seolah-olah Malaysia digambarkan sebagai berpenduduk Cina semata-mata, terlalu sedikit unsur Malaysia yang bermasyarakat majmuk digambarkan. Tak boleh dipaksa, itu kehendak mereka. Tetapi, apakah ini yang dimahukan bagi memupuk keharmonian masyarakat majmuk Malaysia ?

Sekarang, percaturan dan perebutan kuasa semakin jelas berapi dan sangat dipengaruhi oleh faktor perkauman. Fakta undi PRU-13 jelas sebagai bukti. Tsunami pengundi cina memang berlaku. MCA semakin tidak relevan lagi. Kerana apa? Jawaban mudah...kerana sekarang kaum cina mahukan kuasa pemerintahan, disamping sudah punya kuasa perniagaan. Sekarang mahu semua. Melayu ada apa ? Bagaimana agaknya akan terjadi pada kaum Melayu apabila kaum majoriti cina yang memerintah Malaysia ? Mungkin CEO Air Asia X pun tak perlu orang Melayu lagi. Tak perlu jadi Professor untuk menyedari hakikat ini.

Pembangkang, tak kira kaum melayu atau cina, kini sengaja menyemai benih kebencian dalam hati rakyat bagi mencabar sistem pilihanraya yang telah sekian lama diamalkan.Enggan menerima kekalahan. Inilah kelompok warganegara yang tidak ada kesetiaan kepada negara sendiri, tidak tahu bersyukur dengan kemakmuran yang sedia ada, perosak dan pemusnah kestabilan Malaysia. Sepertimana kata Senator Ezam Mohd. Noor bahawa kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah tepat dan wajar !!!
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memang tidak patut masuk campur urusan kementerian lain. Beliau sebagai Menteri paling junior seharusnya mencari pengalaman agar lebih layak sebagai Menteri penuh. Tidak perlu menunjuk pandai di gelangang orang lain. Sepatutnya lebih fokus pada kementerian sendiri, banyak tugas yang perlu dilaksanakan untuk sukan negara !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...