0

Thursday, May 16, 2013

Penipuan Melalui Internet: Warga Afrika (Nigeria) !!!

Warga atau pelajar Afrika, terutama dari Nigeria, memang handal menipu melalui internet. Penipuan melalui internet oleh warga-warga ini sering terpampang dalam media massa tempatan. Tangkapan demi tangkapan juga telah seringkali dilakukan oleh pihak berkuasa polis. Namun, bangsa ini tidak pernah serik meskipun berhadapan dengan hukuman undang-undang yang berat, tetap tegar dan rakus, licik dan leluasa memerangkap mangsa dari kalangan warga tempatan.

Kebanyakan mereka datang ke Malaysia, kononnya untuk belajar di kolej-kolej swasta. Ada juga sebagai pelancung. Di sebalik semua ini, selalu saja berlaku berbagai bentuk onar penipuan terhadap warga-warga tempatan.   

Hampir seluruh penduduk Malaysia sudah maklum dengan sifat dan sikap mereka. Namun, masih ada segelintir warga tempatan yang kegersangan atau tenggelam dalam lamunan, mahu menaruh harapan bahawa ada di kalangan warga Afrika masih ada yang boleh di buat "soulmate."


Selasa, 14 Mei, 2013,  di dada akhbar tempatan melapurkan satu lagi kes penipuanmelalui internet. Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh,  pihak polis telah menahan 9 lelaki Nigeria berusia antara 20 - 30 tahun sehari sebelumnya. Mereka dipercayai pelajar-pelajar kolej, dan terlibat dalam sindiket 'African Scam' di sekitar Ampang serta Puchong.

Seorang guru wanita berusia 45 tahun menjadi mangsa, menanggung kerugian RM14,200. Pada bulan April lalu, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki, kononnya bekerja sebagai jurutera tinggal di Scotland, bernama Halim. mereka berkenalan melalui laman sosial. Mangsa tersebut telah diminta sejumlah wang bagi membolehkan Halim menghantar barang iaitu "hadiah istimewa" kepada mangsa.Wang tersebut sebagai bayaran kepada pihak kastam, kononnya bagi melepaskan hadiah istimewa tersebut dari di tahan di Kota Kinabalu.

Kerana angau yang membara, cinta punsudah bersemi, guru wanita tersebut pun percaya. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun tempatan, pemilik akaun tersebut adalah seorang wanita warga tempatan juga.

Hari demi hari di tunggu. Barang pos yang dijanjikan tidak kesampaian juga. Akhirnya kecewa, terpaksa membuat lapuran polis, kerana berasa dirinya tertipu.

Menurut Mohan Singh, pihaknya merampas 8 komputer riba dan 13 telefon bimbit pelbagai jenama dari 9 lelaki Nigeria tersebut. Kes itu di siasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksima 10 tahun dan sebatan.

- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...