Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang
datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu !
Tersentak ambo mendengar kata-kata yang keluar dari seorang yang di anggap ulamak besar, Mursyidul Am Pas. Kenapa sampai begini sekali kata-kata Nik Aziz ini? Kenapa acapkali celupar mulut ? Apakah ini gambaran pribadi seorang ulamak atau "alamak", pemimpin besar yang harus diikuti ? Kata-katanya yang tak pernah sunyi mengundang kontroversi, membuat ambo bertanya sendiri apakah orang ini merasakan dia seorang "wali besar", terasa sangat kata-kata yang datang dari hati yang ria dan angkuh seolah-olah orang lain hina di mata dan hatinya ! Ingatlah, kita hina orang lain, orang lain mungkin lebih lagi !
Apa yang keluar di mulut adalah tasdiq dari hati. Hati ambo ini semakin menjauh dari PAS, rasa pulak nak ludah PAS sekarang ni, kecewa amat menyaksikan gelagat seorang "alamak" berperibadi sebegini. Kalau bapa kencing berdiri, bagaimana pulak anak-anak ???
Di sisi Allah kita sama, wahai nik aziz, jangan terlalu merasa istimewa. Guna nama "nik" "tengku" "syed" atau apa-apa tu pun sudah merelakan diri di dalam kancah ria. Rasullulah SAW tak ada guna nama-nama berpangkat macam tu. Lain sangat dengan Rasulullah SAW, dia penghulu, tetapi bukan manusia biasa meskipun Baginda mengatakan "dia hanya manusia biasa". Demo cuma penghulu PAS, tak dok syafaat macam Baginda Rasulullah, dan bukan nabi pun ! Cukuplah, hari pun dah lewat isyak, tak lama lagi semua di dunia akan ditinggalkan, muhasabah pun perlu juga meskipun wali besar ???
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.
Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu. "UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya.
Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN.

No comments:
Post a Comment