0

Wednesday, May 8, 2013

PRU-13: Hancur Luluh Hati Anwar !!! Jiwanya Teramat Derita !!!

Hanya Allah saja yang tahu betapa hancur luluhnya hati anwar ibrahim menghadapi kekalahan pada PRU-13 ini. Usia semakin lanjut, hari pun dah petang, semakin maghrib, harapan nak jadi Perdana Menteri tak jadi jadi jugak. Kalau nak jugak, terpaksa bertungkus lumus lagi 5 tahun yang mendatang. Itu pun kalau menang. Kalau kalah lagi ??? Adui, tak letih ke ???

Sudahlah bang anuar, takkan nak jumpa Tuhan nanti rekod dunia sebagai Perdana Menteri Malaysia perlu ada. Lagi berat kalau jadi Perdana Menteri kot. Nak berjuang menggempur umno lagi 5 tahun, buang masa je no. Biaq pi lah umno dengan keletah mereka. Takkan habih. Bukan apa, takut tak sempat nak bersihkan mana-mana yang ternoda, tercela, atau apa-apalah. Tok guru nik aziz, hj hadi, haron din tak nasihat ke ? mat sabu tak boleh pakai. Duit banyak berjuta-juta yang ada tu pi lah beli/sewa condo kat mekah sana, menghening diri di sana... lebih baik gitu sebelum terlambat, mana tau anytime angel of death can come, karpal singh, kit siang tak daya nak tolong !!!      


..........................................................................

Monday, 6 May 2013

Anwar: PR Tak Terima Keputusan PRU-13 Sehingga SPR Jelaskan Dakwaan Penipuan PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan berlakunya penipuan di dalam proses pengundian.

Anwar, yang diapit oleh para pemimpin utama PR turut menunjukkan kepada para pemberita beberapa bukti dan insiden yang didakwanya sebagai satu bentuk penipuan termasuklah yang dirakamkan menerusi kamera.

Beliau juga turut menegaskan yang PR akan mencabar beberapa keputusan yang melibatkan majoriti sekitar 1,000 hingga 2,000 undi.

Ketika ditanya mengenai tindakannya yang menhantar kiriman ringkas menerusi laman tweeter nya yang mendakwa Pakatan telah menang dalam PRU-13, Anwar enggan menjawab pertanyaan itu melainkan berkata sebarang keputusan rasmi mestilah yang diumumkan oleh SPR.

Anwar turut meminta para penyokong PR supaya terus bersabar dan bertenang dengan keputusan ini. "Bagaimanapun kami mahu para penyokong kami menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan jelas dan kuat tanpa perlu menjejaskan kestabilan dan ketenteraman awam," ujarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...