0

Wednesday, May 8, 2013

PRU-13, Kenapa Tsunami Kaum Cina!!!

‘Tidak kenang jasa’. Ini pandangan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, setelah tewas dalam PRU-13, terhadap majoriti kaum Cina!!!

“Saya berani bertanding kerana kita mati dalam perjuangan. Bila orang tanya mengapa ambil risiko, saya cakap takkan orang Cina tidak mahu bagi undi kerana saya sudah membuat banyak benda untuk mereka.

“Kalau tak kenang 50 peratus, 20 pun jadi la. Tetapi, ini hanya satu atau dua peratus saja. Kenapa orang Cina tak bagi penghargaan kepada saya yang selama 13 tahun berkhidmat termasuk di Bukit Katil,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau menganggap sentimen kuat perkauman masyarakat Cina antara faktor utama kekalahannya kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang merampas kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini.

Menurut Mohd Ali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, sepanjang diberi mandat mentadbir, beliau sudah membuat sebaik mungkin untuk rakyat termasuk kaum Tionghua yang dilayan sama seperti orang Melayu. “Namun, kali ini saya pergi ke Parlimen, pengundi Cina tidak memberi undi kepada saya kerana mereka ingat kerajaan negeri boleh jatuh ke tangan DAP. Saya difahamkan, mereka mensasarkan sebanyak 19 DUN dan tiga Parlimen di negeri ini. “Orang Cina ni ikut angin. Kalau tengok DAP nak menang, semua pergi ke DAP dan tidak mengambil kira apa yang kita buat. Saya berasa amat kurang senang melihat cara mereka membuat keputusan yang tidak rasional,” katanya pada sidang media di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini, awal pagi semalam.

Keputusan kali ini dianggap paling mengejutkan dalam sejarah negeri ini apabila kerusi panas itu dimenangi Shamsul yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dengan majoriti sebanyak 5,447 undi.

Shamsul yang pernah tewas dalam dua pilihan raya umum sebelum ini memperoleh sebanyak 46,167 undian manakala Mohd Ali mendapat 40,720 undian. Mohd Ali dalam nada kesal berkata, keputusan itu turut disifatkan beliau lebih ke arah sentimen perkauman.

“Saya tengok mereka langsung tidak mengambil kira jasa kita kepada mereka. Mereka minta saya tolong sama ada pemaju, usahawan dan rakyat biasa untuk memberi mereka rezeki. “Tapi apabila semua dah kaya, lupa daratan. Saya bantu semua kaum tidak mengira parti apatah lagi mereka miskin atau sakit. Longkang dan jalan saya bersihkan, rumah binakan sejak saya jadi Ketua Menteri. “Kenapa mereka kata saya tidak berjasa? Ini perbuatan keji dan hina kerana tidak memberi penghormatan kepada orang yang bekerja,” katanya.

*Artikel ini disiarkan dalam Harian Metro pada : 2013/05/07

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...