0

Tuesday, April 30, 2013

Dilema Dos Mega Vitamin C

Kenapa Perlu Vitamin C ?

Vitamin C adalah vitamin anti-skurvi!

Vitamin C memperkasa sistem kekebalan tubuh. ‎Sistem kekebalan dikatakan utuh apabila tubuh memiliki dayatahan dari jangkitan kuman (virus, bakteria, kulat, parasit) dan juga ‎kecemaran toksin. Bukan sekadar ‎menjadi sistem perisai tubuh, bahkan mampu menyerang, menghapus dan meng-nyah anasir-anasir yang menurut sistem tubuh akan memudharatkan mana-mana bahagian tubuh.‎

Menurut kajian sains dan klinikal, vitamin C diperlukan untuk berbagai fungsi di dalam tubuh, antaranya:
  • ‎terlibat secara lansung dalam penghasilan collagen, dan menyihatkan collagen; ‎collagen sihat bererti komponen-komponen otot dan sendi menjadi kuat, ‎keseluruhan struktur tubuh mantap;
  • ‎memiliki sifat anti-oksidan yang berkesan, membasmi radikal bebas ‎yang sentiasa mengancam ‎mana-mana bahagian tubuh, radikal bebas adalah sisa beracun yang perlu di sirna sebanyak mungkin dari tubuh; ‎
  • memiliki sifat anti-kanser, membantu menghalang risiko dan rebakan kanser; ‎
  • menyembuh, merawat dan menyihatkan seluruh sel-sel, tisu, dan kulit; memiliki nilai anti-penuaan;‎
  • memiliki sifat anti-kuman (bakteria, kulat, virus, dan parasit); ‎penyirna toksin dari bakteria mudharat, hama ‎merbahaya dan kecemaran udara; meng-nyah toksin dari ‎logam merbahaya seperti raksa dan timah;‎
  • menyihatkan usus dengan cara menyuburkan bakteria bermanfaat dalam usus penghadaman;‎
  • memiliki sifat anti-keradangan, menghalang risiko arthritis dll;‎
  • melancarkan sistem pengaliran darah, menghakis tompokan “plaque” dalam arteri yang menyebabkan arteri menjadi ‎keras dan tidak anjal, mengurangkan risiko penyakit saluran darah dan serangan jantung; ‎
  • menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan tekanan darah tinggi, justru perlindungan ‎pada organ jantung;‎
  • menyihatkan gusi dan gigi, menghalang gingivitis dan periodontitis; ‎
  • menyihatkan fungsi otak; memiliki nilai anti-stres, mengurangkan tekanan perasaan dan ‎keresahan; ‎ ‎
  • memiliki sifat anti-impoten, kesuburan lelaki dan perempuan, menambah syahwat; ‎
  • menyihatkan organ mata, menghalang penyakit rabun dan cataracts;
  • merawat selsema dan sakit kerongkong/tenggorokan; dan berbagai lagi.
Manfaat vitamin C hanya boleh dinikmati ‎apabila tubuh dibekalkan vitamin C ‎secukupnya setiap hari melalui ‎permakanan dan supplemen. ‎Masih ramai orang yang gagal mencapai dos harian yang mencukupi. Akibatnya, ramai orang mudah mengalami atau dijangkiti beberapa penyakit, ringan mahu pun kronik. ‎

Krisis Dos Vitamin C, ‎Berapa Dos Mencukupi  ?‎

Dos Saranan vitamin C, menurut USA (RDA “Recommended Daily Allowance”) adalah sebanyak 90‎ mg/hari. Dos ‎ini bersesuaian dengan warga barat, khususnya Amerika Syarikat. Menurut RNI Malaysia ‎‎(“Recommended Nutrient ‎Intakes for Malaysia”) adalah sebanyak 70 mg/hari. Dos ini bersesuaian ‎dengan warga timur khususnya Malaysia, dan amnya warga Asia Tenggara. Persoalannya, apakah dos ‎sebanyak ini mencukupi bagi memelihara kesihatan ‎seluruh tubuh? ‎

Kehidupan di dunia yang semakin meningkat kemodenan adalah mencabar. Gaya hidup kian berubah; kurang tidur, ‎‎banyak merokok, banyak meminum air soda, banyak makanan dari pembuatan industri, makanan yang ‎sentiasa bercampur ‎dengan bahan-bahan mudharat seperti gula pasir (sukros), corn syrup, kimia, GMOs, makanan merapu (junk foods), kecemaran racun serangga, ‎kecemaran alam sekitar dll. ‎Masalah hidup juga semakin membeban; stres, tekanan jiwa, ‎hutang, keresahan, kerisauan, trauma, ‎serangan penyakit, kecederaan dll. ‎Semua ini memberi impak kepada kesihatan. Tubuh ‎dengan cepat menggunakan vitamin C.Bukan perkara aneh jika setiap hari tubuh kehabisan atau lapar vitamin C. Padahal vitamin ‎C ini ‎sangat diperlukan oleh seluruh sel-sel hidup agar dapat terus berfungsi dengan baik, agar dapat bertahan dengan masalah harian.

Jumlah dos ‎saranan RNI ini mungkin mencukupi bagi orang normal, sihat dan tidak banyak ‎menghadapi masalah dalam kehidupan. Tapi bagi kebanyakan orang yang menjalani kehidupan di alaf baru ini, mungkin memerlukan lebih dari itu. Jumlah saranan RNI mungkin hanya mampu untuk tubuh terus hidup.

Bila kekurangan vitamin C berlarutan, ‎gejala-‎gejala akan beransur timbul. ‎Rasa malas nak bergerak atau beraktiviti. Badan lemah selalu tak bermaya, selalu mengantuk, nafas singkat, sesak nafas. ‎Sengal-‎sengal sendi dan tulang sana sini juga terasa, perlu di picit, perlu di urut bagi melegakan buat sementara. Kulit pula menjadi semakin kering, kasar, tidak mulus, tompok-‎tompok dan gatal-gatal timbul terutama pada bahagian paha ‎dan betis. Kulit tipis, sedikit garu mudah tercalar. ‎Wajah agak pucat dan semakin cengkung tak berseri, proses penuaan. ‎Perasaan selalu tertekan, sikit hal mudah ‎melenting. Masalah gusi membengkak, mudah berdarah, gigi longgar. ‎Sebarang calar, luka atau kecederaan ‎lambat sembuh. Mulut dan mata kering. Rambut kusai. "Medical check-up" menunjukkan kolesterol tinggi, tekanan darah juga tinggi, tanda-tanda tompokan plaque dalam ‎‎arteri. Dan seringkali di serang selsema, tenggorokan/sakit kerongkong dll.

Keadaan berlarutan menjadi semakin parah. Apabla luka selalu bernanah. ‎Gigi sakit, goyang dan mahu tanggal, terpaksa di cabut. Jantung bermasaalah. Bahagian-bahagian tertentu pada tubuh kekadang membengkak. Air kencing pekat, ‎kekuningan dan hancing. Sistem saraf mula terganggu, kekejangan, dan tanda-tanda penyakit ‎kuning. ‎Inilah ‎gejala-gejala atau rentetan-rentetan (subclinical scurvy state atau ‎hypoascorbemia) menuju kepada penyakit skurvi. Penyakit yang berkait rapat dengan beri-beri. Punca rentetan ini ialah kekurangan berlarutan vitamin C !
 ‎
Kalau dos harian RNI pun belum tercapai, memang manasabah tubuh menjadi tidak sihat. Tetapi, jika dos harian RNI sudah dicapai, dan masih timbul tanda-tanda dan rentetan-rentetan tersebut, bererti dos ‎yang sedia ada tidak mencukupi. Seseorang individu itu memerlukan dos yang lebih tinggi dari dos saranan RNI, istilahnya perlu ‎‎dos mega ! ‎

Kenapa Dos Mega Sebenarnya Tidak Tinggi  ?

Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C. Manusia memerlukan bahan makanan ‎harian ‎bagi membekalkan vitamin C yang mencukupi kepada tubuh. ‎Tidak ada sukatan yang pasti tentang berapa banyak dos sebenar yang tubuh perlukan. Dengan jenis makanan harian harini, agak sulit bagi kebanyakan orang untuk memenuhi ‎keperluan tubuhnya terhadap vitamin C. ‎Manusia berbeza dari kebanyakan binatang; di ‎mana kebanyakan binatang mampu, melalui organ hati atau ginjal mereka, menghasilkan vitamin C ‎sendiri dari glukos. Adalah menjadi perkara biasa binatang mampu menghasilkan sehingga 10 kali ‎ganda ‎dari tahap normal tatkala mengalami serangan penyakit, jangkitan kecederaan, keracunan atau stres. Ini tidak lansung di ‎anggap sebagai dos mega apabila binatang giat menghasilkan bagi ‎memenuhi tuntutan dharurat dari badannya ‎sendiri.

Kenapa manusia tidak mampu menghasilkan vitamin C sendiri?‎

Empat (4) jenis enzim diperlukan untuk menukar glukos menjadi asid askorbik. Manusia hanya ‎memiliki 3 dari 4 ‎jenis enzim di dalam organ hati. Manusia tidak mempunyai enzim yang ke-4, iaitu L-‎gulonolactone oxidase. ‎Ketiadaan enzim yang ke-4 inilah yang menghalang organ hati manusia dari ‎menghasilkan vitamin C sendiri. Mutasi gene, generasi ‎demi generasi, telah berlaku sejak beribu-ribu ‎tahun dahulu, sejak Nabi Adam AS, sehingga akhirnya gene yang ‎menghasilkan enzim gulonolactone ‎oxidase lansung lenyap atau tidak mampu berfungsi. Kebanyakan binatang mempunyai L-gulonolactone oxidase, justru mampu ‎menghasilkan asid ‎askorbik dalam jumlah yang bersesuaian bagi menanggani keadaan yang mereka hadapi. 

Oleh kerana kelemahan manusia tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C, ‎maka ‎manusia perlu mendapatkannya dari bahan makanan, terutama ketika mengalami penyakit. Justru, supplemen dos mega vitamin C adalah perlu bagi manusia mengatasi kelemahan ini. ‎

Kebanyakan kita percaya dan beranggapan bahawa dos saranan RNI sudah mencukupi untuk ‎memelihara kesihatan ‎seluruh tubuh dan penyakit segalanya. Lalu kita bimbang kepada dos mega, iaitu apabila melebihi dos ‎saranan harian RNI tersebut. ‎Hakikatnya, dos mega tidak patut di sebut mega, atau di anggap negatif.‎

Berapa Dos Sebenar Yang Diperlukan  ?

Persoalannya berapa banyakkah dos harian vitamin C yang diperlukan oleh seseorang individu? ‎

Keperluan tubuh seseorang kepada vitamin C adalah berbeza dengan yang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi dos keperluan. Dos ketika sihat normal berbeza dengan dos ketika ‎dharurat (ketika menghadapi ‎jangkitan penyakit atau kecederaan dan sebagainya). Jenis makanan yang sering di makan, peringkat ‎umur, tahap stres harian yang dilalui, keadaan kesihatan ‎seluruh tubuh, kadar dedahan kepada kecemaran alam ‎dan berbagai lagi mempengaruhi dos yang ‎diperlukan oleh seseorang.

Menurut Dr Linus Pauling, ‎Pemenang Nobel Prize dalam bidang Kimia, 1967, Pengkaji terkenal vitamin C, juga di gelar Bapa Vitamin C, dalam interview terakhirnya dengan ‎Dr Lam, sebelum meninggal dunia pada usia 93 tahun, beliau menyarankan -  dos orang dewasa sepatutnya 2 gm/hari. Banyak manfaat kesihatan dari 2 gm/hari, dan sudah tentu 4-6 gm/hari adalah lebih baik. Semakin seseorang itu meningkat usia, perlu semakin ‎tinggi pengambilan dos vitamin C. Pengambilan supplemen sebaiknya 3 kali dalam ‎sehari. ‎(Dr Linus Pauling, telah menghabiskan usianya selama 25 tahun ‎mengkaji tentang Vitamin C, dan mengambil supplemen vitamin C 18 gm/hari secara berterusan selama 18 ‎tahun).

Pengkumuhan vitamin C adalah cara yang "natural" dan selamat bagi menentukan had dos yang diperlukan oleh tubuh. Cirit-birit berlaku ‎apabila tubuh mula mengeluarkan lebihan vitamin C, bererti tahap keperluan tubuh ‎kepada vitamin C sudah ‎melebihi had. Seandainya dos vitamin C ingin di tambah dari 2 gm/hari dan seterusnya, perhatikan dos yang menyebabkan cirit-birit, kerana dos yang menyebabkan cirit-birit adalah dos berlebihan. Justru, dos keperluan tubuh adalah dos sebelum berlaku cirit-birit. Sebaik sahaja berhenti mengambil pada had ‎berlebihan, cirit-‎birit akan berhenti dan terawat sendiri sebagai tindak-balas semulajadi dari tubuh.

Menurut Dr Linus Pauling lagi, vitamin C tidak lansung ada kesan ‎‎sampingan keracunan sepertimana sering warwarkan. Vitamin C selamat walaupun ‎pada dos yang tinggi. Bukan perkara aneh apabila setiap ‎bulan, penerimaan dos akan ‎meningkat, seiring dengan kecepatan daya sembuh tubuh, ‎sistem kekebalan tubuh juga semakin utuh!

Kesan Sampingan Vitamin C, Sejauh Mana Kebenarannya  ?

Banyak kontroversi tentang kesan sampingan vitamin C. Sehingga kini masih dan sering di perdebatkan di antara pihak-pihak pengkaji, universiti-universiti, pengamal-pengamal perubatan, badan-badan dan pertubuhan yang terlibat dalam sains perubatan dan permakanan. ‎Namun, belum ada ‎keputusan muktamad. Masing-masing dengan hujah kepakaran dan pengkajian sendiri.

‎Antara kontroversi yang sering diperdebatkan ialah: ‎

*Batu karang dalam ginjal. Terbina batu karang dalam ginjal kerana dos mega ‎vitamin C sering diperdebatkan. Satu kajian dari Karolinska Institute in Sweden, disiarkan dalam majalah sains ‎JAMA Internal ‎Medicine telah menimbulkan berbagai kebimbangan. Kajian tersebut menyatakan ‎sesiapa yang mengambil ‎supplemen vitamin C 1,000 mg tablet setiap hari berkemungkinan 2 kali ‎ganda terbina batu karang dalam ‎ginjalnya jika dibandingkan dengan lelaki yang tidak mengambil apa-apa ‎supplemen. Kajian ini mengecualikan 2 kategori; (1) kaum wanita, kerana kaum wanita ‎lebih sukar mendapat batu karang ginjal, dan (2) orang yang mengambil vitamin C melalui permakanan ‎‎alam semulajadi (disebabkan terdapat bersama nutrien lain ‎yang mempengaruhi metabolisma). ‎

Kajian ini bertentangan dengan pengkajian dari Dr. Linus Pauling, yang di gelar Bapa Vitamin C. Kajian ini juga telah mendapat ‎reaksi dari para ‎pengkaji lain, yang mempertikaikannya. ‎Mereka mempertahankan bahawa dos mega vitamin C adalah sangat baik untuk kesihatan. Tidak ada bukti jelas dan muktmad tentang ‎terbinanya batu karang dalam ‎ginjal. Hujah-hujah juga menyatakan bahawa batu karang dalam ginjal terbina dari sebab-sebab lain. Sebaliknya, banyak kajian mendapati dos asid askorbik ‎yang tinggi sebenarnya menghalang ‎terbinanya batu karang dalam ginjal. Dos mega vitamin C tetap selamat dan tidak ‎mendatangkan mudarat kesihatan. ‎

*Mengambil dos mega vitamin C kemudian berhenti tiba-tiba akan menyebabkan muncul skurvi. ‎ Ada pendapat menyatakan tubuh dapat menyesuaikan dengan dos mega vitamin C, apabila di makan ‎dalam ‎jangkamasa yang panjang. Dengan penyesuaian ini tubuh menggunakan vitamin lebih cepat dari ‎biasa. Maka ‎apabila berlaku kekurangan atau pengambilan vitamin C dihentikan secara tiba-tiba, akibatnya tubuh akan merasa kekurangan dan skurvi akan muncul.   ‎

Beberapa kajian telah dibuat, jawaban muktamad tentang perkara ini belum ditemui. Apa yang sering berlaku adalah rungutan dan kebimbangan yang tidak berdasarkan kepada kajian sains dan klinikal. Bahkan ada kajian yang cuba membuktikan muncul skurvi dengan dos mega, akan tetapi tidak pernah berlaku.

Seperkara lagi, kalau ingin mengurangkan dos mega, adalah lebih baik dikurangkan dengan secara berperingkat dari cara mengejut, agar tubuh dapat menyesuaikan dengan dos yang dikurangkan. 

*Dos mega vitamin C akan menyebabkan sakit kepala, pening, kelesuan, dan merasa melayang.‎ ‎Tentang ini ada kebenarannya. Tetapi ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa vitamin C sedang menyingkap sesuatu ‎masalah ‎di dalam tubuh, dan bukan sebagai penyebab. Ini sebagai tanda nyah-toksin sedang berlaku di dalam ‎tubuh. Dan bukan semua ‎orang mengalaminya. ‎

*Dos mega vitamin C boleh menyebabkan banyak keluar angin dan cirit-birit. ‎ Ini memang benar dan ‎sepatutnya berlaku. Apabila tubuh menerima lebihan vitamin C yang melampaui ‎keperluan tubuh, ‎sistem pengkumuhan tubuh akan mengeluarkan lebihan vitamin C melalui usus. Cirit-birit akan ‎berlaku. Angin selalunya yang keluar dahulu bagi menandakan bahawa tubuh sudah hampir ‎‎kepada tahap maxima yang boleh di terima. Kesan sampingan vitamin C ini sebagai batu pengukur ‎berapa banyak kadar vitamin C yang boleh di terima oleh tubuh sendiri. ‎

Di Mana Mendapatkan Supplemen Vitamin C Yang Terbaik  ? ‎

‎Mengapa perlu memilih supplemen vitamin C yang terbaik? Tidakkah semuanya sama? Sebenarnya, ‎tidak ‎sama!!!. ‎

‎Ramai orang yang berhasrat memelihara atau memperbaiki kesihatan, aoabila   mengetahui manfaat vitamin ‎C, lalu ingin membeli supplemen vitamin C. Mereka ke kedai farmasi atau ubat-ubatan. ‎Setelah melihat label vitamin C dan agak menarik, kena pula dengan harganya, lansung membelinya. Tapi ramai ‎tidak menyedari yang di makan adalah vitamin C yang di campur dengan bahan ‎tambahan yang tidak ‎teruji selamat oleh mana-mana badan atau pertubuhan yang diperakui sah. ‎Apabila ‎mengambil dos-dos yang di kira perlu bagi mendapat manfaat vitamin C, tanpa diketahui telah memakan ‎bersama ‎bahan-bahan yang masih menjadi tanda-tanya? Lebih malang lagi vitamin C tersebut di buat dari ‎bahan GMOs!!!

GMO."Genetically modified organisms", organisma yang dirubah gene atau DNA-nya mengikut teknik bio-teknologi moden. Mikro-organisma yang di suntik seperti gene dari pohon, binatang, serangga, virus, atau bakteria, mengakibatkan suatu benda asing berada di dalam sesuatu makanan yang dirubah gene atau DNA-nya. GMOs adalah bahan makanan yang telah di rubah gene-nya. Perubahan gene ini menjadikan bahan makanan GMOs tersebut ciptaan yang sangat asing kepada kejadian alam semulajadi. 

Kajian menunjukkan terdapat kaitan GMOs ‎ini dengan keracunan, allergi, kemandulan, keguguran, kecelaruan sistem kekebalan tubuh, terencat tumbesaran, cepat penuaan, dan kematian. Belum diketahui sejauh mana bahaya atau malapetaka yang bakal menimpa ke atas manusia.

Kebanyakan pembuat vitamin tahu bahawa orang awam curiga dengan bahan GMOs ini. Mereka ‎secara diam-diam ‎menambahnya dalam supplemen. Justru, waspadalah. Sekiranya tidak dinyatakan secara nyata ‎bahawa sesuatu produk itu ‎bebas-GMO (GMO-free), maka lebih selamat menganggapnya adalah ‎sebahagian dari GMOs. Ini termasuk produk ‎vitamin C atau vitamin lain-lain yang melabelkan GMO produk ‎sebagai sumber ‘Natural’, disahkan mengikut peraturan Amerika Syarikat. ‎

Bagi mereka yang mengutamakan kesihatan, elak dari produk makanan, supplemen vitamin dan zat gizi, yang terhasil dari bahan GMOs. Carilah produk ‎bebas-GMOs. ‎Malangnya, agak sulit mendapatkannya. Banyak negara-negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, menjadi destinasi lambakan yang telaris dan leluasa bahan-bahan makanan GMOs ini. Kebanyakan supplemen vitamin C di buat dari jangung ‎GMOs, dan akhir-‎akhir ini dari ubi bit GMOs. ‎Brand produk-produk supplemen vitamin dan zat gizi terkenal di Malaysia seperti 21st Century, Blackmores, Kordel's dan banyak lagi tidak menyatakan bebas-GMO (GMO-free) dan sangat samar sumber bahannya.   

Sebagai garis panduan untuk mengelaki dari membeli bahan GMOs, lihat label “100% organic” atau dilabelkan oleh pihak ke3 sebagai projek "non-GMO", hanya ini label yang memastikan produk atau makanan tersebut 100% bebas-GMO. Untuk membeli supplemen vitamin C bebas-GMO dan jagung layari "Vitamin C Foundation", agak mahal tetapi terjamin. Atau layari ‎"PureBulk.com", produk mereka tidak di buat dari ‎jagung-GMO dan tulen. Jangan lupa vitamin C dari Kakadu Plum, Camu-Camu dan Acerola yang sememangnya “100% organic.”

Supplemen Vitamin C selalunya berasid. ‎Setengah individu yang ususnya sensitif, ‎menjadi agak tidak selesa. "Buffered Vitamin C" selalunya ‎disertai dengan sodium, magnesium, kalsium, atau ‎potassium ascorbate, lebih mesra kepada tubuh dan mengelak dari sakit perut, dan kesan berpanjangan. 

Produk-Produk yang bebas-GMOs, antaranya:

Serbuk Kakadu Plum,
Australia
Serbuk Camu Camu,
Brazil, Peru
Serbuk Acerola,
 Amerika Selatan dan USA
Tablet Vit C
USA
Jus Kakadu Plum,
Australia
Serbuk Vit C,
Vitamin C Fondation
Coklat Vit C Kanak-Kanak
USA

Kapsul Vit C
USA

[Perhatian - *Artikel ini adalah hasil penganalisaan dan rumusan peribadi, bukan bertujuan sebagai garis panduan dalam permakanan atau menggantikan sebarang rawatan atau preskripsi yang telah ditetapkan oleh doktor profesional]. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...