0

Wednesday, April 24, 2013

Kakadu Plum - Vitamin C Mega No. 1 Dunia !!!

Pohon Kakadu Plum
Kakadu Plum. Nama botani: Terminalia ferdinandiana, genus Terminalia, dari kerabat pohon berbunga Combretaceae.‎

Nama lain ialah Billy Goat Plum, Green Plum, Salty Plum, Wild Plum, Kimberley Plum, Murunga, Marnybi, Manmohpan, Kullari Plum, Gurumal, Gubinge dan berbagai nama lagi.

Pohon Kakadu banyak tumbuh meliar di daerah Utara-Barat sehingga ke Timur Australia. Sebahagian besar kawasan tersebut didiami oleh beberapa kaum asli Australia.

Pohon Kakadu tidak begitu merimbun. Tinggi sederhana, boleh mencecah sehingga 32 meter. Kulit ‎dahan dan batang pokok berwarna krim-coklat. Daunnya agak lebar berwarna hijau ‎muda, mula berguguran bulan Julai-Ogos. Mula berbunga bulan September-Disember. ‎Bunga-bunganya agak kecil, putih, dan harum. ‎

Buah Kakadu, sewaktu muda berwarna hijau, semakin matang menjadi semakin kuning. Saiz tidak besar, cuma lebih kurang 2-3 sm panjang, 2 sm lebar, ‎bentuk seperti buah almond. Isi buah sangat tinggi kandungan vitamin C. ‎Di dalam isinya, terdapat biji yang agak keras dan besar. Buah Kakadu mula matang bulan March-Julai.‎ ‎

Tidak seperti buah-buahan lain, buah Kakadu tidak lekang tangkainya, tidak tanggal dari pohon, meskipun sudah masak ‎ranum. Ia kekal di pohon, sebagai penyimpan zat-zat makanan untuk pohonnya sendiri. ‎Seandainya berlaku perubahan iklim atau cuaca yang mencabar, pokok Kakadu akan terus hidup ‎menggunakan zat-zat yang tersimpan pada buah-buahnya, manakala pohon-pohon lain ‎menghadapi kematian. ‎



Pohon dan buah Kakadu sangat sinonim dengan orang-orang asli Australia. Kakadu di anggap sebagai warisan nenek-moyang. Kakadu sangat istimewa pada kehidupan mereka. Buahnya sebagai ‎makanan, terutama ketika berpergian memburu untuk jangkamasa lama, dan sebagai ubat tradisional kepada beberapa penyakit. Kulit pohon ‎Kakadu digunakan untuk merawat berbagai penyakit dan masalah kulit; seperti kurap, kusta, kecederaan, luka, kelecuran, juga sebagai "balm" melegakan sengal-‎sengal otot dan sakit sendi. ‎

Nutrien Kakadu Plum

Kakadu Plum mula terkenal di seluruh dunia, bersama dengan kaum-kaum asli Australia, apabila tersebar luas lapuran dari "Food Standards Australia and New Zealand" tentang kepadatan vitamin C sebanyak 2,907 mg/100gm, berbanding buah-buahan lain di dunia. Lapuran tersebut telah meletakkan Kakadu Plum No.1 Kepadatan Vitamin C, Rekod Dunia !!!

Beberapa kajian dan lapuran disiarkan seterusnya, dari "The Australian Government Rural Industries Research and ‎Development Corporation", beberapa organisasi bebas dan universiti. Sungguhpun terdapat perbedaan tentang kepadatan vitamin C, namun Kakadu Plum masih di ranking no.1 dunia. Perbedaan tersebut disebabkan tanah-tanih dan iklim yang sedikit berbeda antara satu dengan yang lain. Kakadu Plum yang matang mempunyai lebih nutrien dari yang yang muda. Kakadu Plum dari pohon liar juga mengandungi lebih vitamin C dan lain-lain nutrien dari yang tumbuh dari tanaman ladang.

Satu lapuran terkini, dari “Australian Government's Rural Industries Research and Development ‎Corporation” selanjutnya menunjukkan bahawa Kakadu Plum (kering) mengandungi 7,000 mg/100 gm ‎‎ vitamin C– menjadikan ia unggul ‎sebagai "superfruit" !!!

Kakadu Plum juga mengandungi vitamin-vitamin, zat-zat gizi dan phyto yang bermanfaat pada kesihatan.

Kakadu Plum kaya dengan vitamin B; seperti B1. B2, B3 dan B9 (folate), dan juga E. Juga zat-zat gizi; seperti  kalsium, tembaga, besi, magnesium, phosphorus, potassium, sodium, dan zinc.  Juga zat-zat phyto (zat makan yang diperdapat dari pokok-pokok dan sayur-sayuran); seperti asid gallik dan asid ellagik. Asid gallik memiliki nilai anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat. Manakala asid ellagik dipercayai memiliki nilai anti-kanser. 

Manfaat Kesihatan 

Kakadu Plum sangat padat vitamin C. Vitamin C memang sudah terkenal kemampuannya mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. Bukan sekadar ‎itu, bahkan sangat diperlukan kerana terlibat dalam berbagai fungsi tubuh.

Secara ringkas, antara sebab-sebab tubuh memerlukan vitamin C: ‎
  • penghasilan dan kesihatan collagen
  • nilai anti-oksidan bagi membasmi radikal bebas ‎
  • nilai anti-kanser, membantu menghalang kanser ‎
  • nilai anti-penuaan dan kesihatan kulit
  • nilai penyembuhan kepada seluruh sel-sel tubuh
  • kelancaran sistem pengaliran darah, memperbaiki saluran arteri ‎
  • perlindungan jantung, menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan tekanan darah tinggi
  • nilai anti-keradangan, meng-nyah toksin (anasir beracun) dari tubuh
  • mengeluarkan logam merbahaya seperti raksa (mercury) dan timah (lead) dari tubuh. ‎
  • kesuburan usus, menyubur bakteria bermanfaat dalam usus
  • nilai anti-bakteria, kulat, virus, parasit dan toksin ‎
  • nilai anti-stres, mengurangkan tekanan perasaan dan keresahan ‎
  • nilai anti-impoten, kesuburan lelaki dan perempuan, menambah syahwat ‎
  • kesihatan mata, menghalang penyakit rabun dan cataracts
  • perlindungan organ-organ tubuh seperti ginjal dll. ‎

Manfaat vitamin C pada kesihatan tubuh hanya dinikmati apabila tubuh dibekalkan secukupnya melalui ‎permakanan dan supplemen. ‎Namun, malang sekali kebanyakan tubuh kita tidak mendapat bekalan yang secukupnya ‎untuk memperoleh manfaat sepenuhnya dari vitamin C.

Justru, Kakadu Plum adalah buah dari alam semulajadi, kaya dengan vitamin C dan zat-zat makanan bio-aktif yang diperlukan untuk memelihara kesihatan dan kecantikan tubuh. Belum ada buah yang setanding dengannya dewasa ini. 

Kakadu Plum sangat masam dan perih. Memakannya secara mentah membuat mulut rasa terik ‎kekeringan. Namun, oleh kerana kandungan vitamin C yang begitu tinggi, menjadikan ia dikehendaki. Berbagai olahan dilakukan, dalam berbagai resepi menarik, agar berselera di makan. Para pengeluar produk ‎menghasilkannya dalam bentuk jem, sos, perasa, kuih tart, ais cream, dan jus yang di adun ‎dengan buah-buahan lain. Ia kini terdapat di restoran-restoran, cafe-cafe dan juga ‎hotel.‎

Kakadu Plum juga menjadi bahan utama kepada produk kosmetik. Kini semakin ‎memasuki pasaran baru dalam dunia kesihatan, dalam bentuk supplemen ‎serbuk/bubuk dan jus minuman. Tambah pula, Autralia mengenakan peraturan yang ketat agar apa jua produk-produk yang dikeluarkan adalah bermutu dan diperakui oleh "Australian Certified Organic."

Potensi Ladang Komersial

Kebanyakan Kakadu Plum di Australia, di pungut dari pohon-pohon liar di perdalaman dan kawasan ‎yang didiami oleh beberapa kaum asli Australia. Sebahagian kecil adalah dari hasil perladangan. Kaum-kaum ‎asli Australia banyak terlibat dan bergiat bagi memenuhi permintaan antarabangsa yang semakin ‎meningkat.

Kakadu Plum telah di eksport ke Eropah sejak 1997 lagi. Dan kini ke serata dunia. ‎ Hari ini, Kakadu Plum sangat dikehendaki. Permintaan antarabangsa semakin meningkat melebihi pengeluaran.‎ ‎Harganya juga semakin meningkat!!!‎

Memandangkan faktor-faktor permintaan dan pengeluaran yang tidak seimbang, potensi perlandangan komersial amat menggalakkan. Kakadu Plum perlu diladangkan. ‎Kajian perlu dijalankan oleh pihak-pihak berwajib seperti MARDI, samada pohon jenis ini boleh ‎tumbuh hidup dan berbuah di Malaysia. Agar Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan ekonomi pertanian di peringkat antarabangsa!!! ‎

Sekian, muga bermanfaat!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...