Bacalah al-Qur’an kerana ia adalah kitab Allah, firman-firman Allah kepada manusia. Ia mengandungi: ilmu dan amalan kepada manusia, mengajar manusia tentang Allah Maha Penguasa dan Pencipta segala sesuatunya. MengenalNya, nama-namaNya, sifat-sifatNya, dan af'alNya. Tentang penciptaan dan ketauhidan, perihal dunia dan akhirat, ibadah, akhlak, suruhan dan larangan, iktibar dan pedoman, kisah dan teladan, garis panduan kehidupan tatkala di dunia menuju akhirat. Bahkan segala-galanya tentang alam semestaraya yang telah manusia ketahui atau belum ketahui terkandung di dalam al-Qur’an.
Bacalah, hayatilah al-Qur’an !!! pastinya amalan sedemikian menghasilkan banyak kebaikan untuk kehidupan di dunia mahu pun di akhirat. Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menerangkan berbagai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan al-Qur’an, antara intisarinya :
Bacalah al-Qur’an!!! kerana sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Qur'an, maka dia ibarat rumah yang kosong.
Bacalah al-Qur’an!!! kerana sebaik-baik manusia ialah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya.
Bacalah al-Qur’an!!! kerana orang yang membaca al-Qur’an dengan lunak, lancar dan mahir, dia disertai para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat ta’at. Sedang orang yang sukar, gagap atau tersekat-sekat dalam pembacaannya (tetapi selalu berusaha), maka untuknya 2 kali ganda ganjaran.
Bacalah al-Qur’an!!! kerana sesungguhnya al-Qur’an adalah hidangan dari Allah, maka hendaklah di terima hidangan Allah sebanyak mana yang mampu.
Bacalah al-Qur’an!!! kerana barangsiapa membaca al-Qur’an dan mengamalkan isinya, di hari kiamat kelak Allah akan memakaikan pada kedua orang tuanya suatu mahkota yang sinarannya lebih cemerlang dari sinaran matahari di rumah-rumah di dunia.
Bacalah al-Qur’an!!! kerana sesungguhnya hati manusia itu berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air, dengan memperbanyak mengingati mati dan membaca al-Qur’an, karat tersebut akan terhapus dan hati bersinar semula.
Bacalah al-Qur’an!!! kerana rumah yang di baca al-Qur’an oleh ahli di dalamnya, akan dikunjungi para malaikat dan dijauhi syaitan, kehidupan ahli rumah tersebut selesa, banyak kebaikan dan kurangnya kejahatan; dan ada pun rumah yang tidak di baca al-Qur’an di dalamnya dikunjungi para syaitan dan dijauhi para malaikat.
Bacalah al-Qur’an!!! kerana al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).
Bacalah al-Qur’an!!! kerana al-Qur’an akan didatangkan pada hari kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Qur’an iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Qur’an itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran; kedua-dua surah ini akan menjadi hujah untuk keselamatan orang yang memilikinya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).
Bacalah al-Qur’an!!! kerana Allah mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Qur’an ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjat kaum yang lain-lain dengan sebab al-Qur’an itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Qur’an itu).
Bacalah al-Qur’an!!! kerana 'nanti ketika memasuki syurga, akan dikatakan kepada orang yang memiliki al-Qur’an (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca secara lunak perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.“
Tetapkanlah membaca al-Qur’an!!! kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.
Bahkan banyak lagi kebaikan dan kelebihan yang diperolehi dengan membaca al-Qur’an, untuk kehidupan di dunia mahu pun di akhirat. wallohu ‘aklam bissawab!!!
Banyak Manakah al-Qur’an Perlu Di baca?
Al-Quran terdiri dari himpunan ayat-ayat yang terkandung di dalam 114 surah. Ayat-ayat di dalam surah-surah tersebut, semuanya adalah wahyu dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, diturunkan selama 23 tahun. Setiap surah berbeda panjang pendeknya, memiliki ciri-ciri tersendiri, dan kronologi peristiwa yang berbeda. Kebanyakan surah-surah mempunyai satu nama, namun ada yang lebih dari satu nama.
Tidak ada garis panduan yang muktamad tentang berapa banyak al-Qur’an perlu di baca. Ianya bergantung pada azam dan niat seseorang. Juga pada situasi kehidupan yang dijalani individu. Membaca untuk tujuan bertafakur, memikir dan mendalami pemahaman, maka al-Qur’an di baca dalamasa yang lebih panjang. Iman al-Ghazali pernah mendengar seseorang berkata “aku selesai membaca al-Quran kadangkala pada setiap hari Jumaat, kadangkala setiap bulan, kadangkala setiap tahun.” Dan pernah juga beliau terdengar dari seseorang, “aku telah cuba mengkhatam pembacaan al-Quran sejak 30 tahun yang berlalu, namun masih belum mampu.” (Ihya Ulumuddin)
Jarak masa mengkhatam pembacaan al Qur’an di kalangan para sahabat dan para pengikut juga berbeda antara satu dengan yang lain. Ada yang khatam dalamasa 30 hari, ada dalamasa 10 hari, ada pula dalamasa 7 hari, bahkan ada dalamasa sehari.
Bagi memudahkan pembacaan seseorang sehingga khatam, maka pembacaan al-Qur’an boleh dilakukan mengikut Juz’/Ajiza untuk jangkamasa 30 hari, atau mengikut Manazil untuk jangkamasa 7 hari khatam.
Pembacaan al-Quran mengikut 30 Juz’/Ajiza. Al-Qur’an dibahagikan kepada 30 bahagian yang saksama, disebut juz' (lebih dari satu: ajiza). Juz’-juz' ini tidak tertakluk kepada surah; kerapkali sesuatu juz’ terhenti di tengah atau mana-mana bahagian ayat di dalam sesuatu surah. Peng- juz’-an dilakukan untuk memudahkan skala pembacaan dalam masa 30 hari, pembacaan menjadi seimbang dan saksama setiap hari sehingga khatam dalamasa 30 hari.
Peng-juz’-an ini penting terutama pada bulan Ramadhan, bilamana setiap umat islam dianjurkan membaca al-Qur’an sehingga khatam dalam bulan tersebut.
*Sila lihat senarai pada Rajah sebelah; 30 Juz’/Ajiza al-Qur’an, serta tempat berhenti pada ayat dalam sesuatu surah.
Pembacaan al-Quran mengikut 7 Manazil/Hizb. Dari 114 surah-surah al-Qur’an tersebut, dibahagikan juga kepada 7 Manazil (satu, disebut manzil). Kekadang manazil juga di sebut Hizb. Pembahagian 7 manazil ini agak seimbang dan saksama. Tujuannya sama, iaitu bagi memudahkan pembacaan sehingga khatam al-Quran dalamasa 7 hari.
Di kalangan para sahabat, mereka membaca al-Qur’an mengikut 7 Manazil. Namun, masih terdapat perbedaan pada manazil mereka. Umpamannya, Saiyyidina Othman r.a. selalu membaca; bermula (1) Malam Sabtu - dari Surah al-Baqarah hingga al-Maidah, (2) Malam Ahad – dari Surah al An’am hingga Surah Hud, (3) Malam Isnin – dari Surah Yusuf hingga Surah Maryam, (4) Malam Selasa – dari Surah Tho-ha hingga Surah Tho–Sin-Meem, (5) Malam Rabu – dari Surah al-Ankabut hingga Surah Shood, (6) Malam Khamis - dari Surah az-Zumar hingga ar-Rohman, (7) Malam Jumaat – dari Surah al-Waqiah hingga tamat al-Qur’an.
Ibn Mas’ud pula, 7 manazilnya tidak seperti manazil Saiyyidina Othman r.a - yakni: (1) 3 Surah Pertama (al Fatihah tidak di kira), (2) 5 Surah berikutnya, (3) 7 Surah berikutnya, (4) 9 Surah berikutnya, (5) 11 Surah berikutnya, (6) 13 Surah berikutnya, dan (7) 65 Surah berikutnya (dikenali sebagai Surah-Surah al-Mufassal) bermula dari Surah Qaf hingga tamat al-Qur’an.
Justru, setiap umat islam disyorkan membaca al-Qur’an, tanpa tergesa-gesa, sambil merenung memikir dan mendalami pemahaman, sekali dalamasa 30 hari. Dengan demikian, dapat menambah iman dan memperoleh manfa'at dunia mahu pun akhirat. Sekiranya mampu, bacalah dalamasa yang lebih singkat, atau sekali dalam 7 hari. Mengurangi dari 7 hari, meskipun tidak bersalahan, tidak digalakkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda kepada Abdullah ibn Amr r.a. ibn Al-Aas: “sempurnakan bacaan al-Qur’an kamu meskipun sekali dalam setiap bulan.” Abdullah berkata, “sesungguhnya aku mampu melakukan lebih dari itu, ya Rasulullah!” Maka jawab Rasulullah, “kalau begitu sempurnakan bacaan sekali dalamasa 20 malam.” Lalu Abdullah berkata lagi, “sesungguhnya aku mampu melakukan lebih dari itu.” Lalu Rasulullah bersabda, “jika demikian, sempurnakan bacaan dalamasa 7 malam dan tetap sekadar itu.” (Sahih Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada 3 hari.” (Imam Abu Daud, Tirmidhi)
Bacalah al-Qur’an, meskipun 1 hari 1 huruf !!! kerana dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah SAW bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai pahala berlipat 10 kali ganda. Saya tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)
Bacalah al-Qur’an pada setiap hari !!! bagi setiap umat islam yang tahu membaca, lelaki mahu pun perempuan, juga kanak-kanak, berkumpulan atau bersendirian. Bagi yang masih belum tahu membaca, dewasa atau kanak-kanak, belajarlah membaca!!!
La haulawala quwwata illa billah hil ‘aliyyil ‘adhiim!!!

No comments:
Post a Comment