0

Tuesday, June 18, 2013

Menyingkap Misteri Vitamin C

Vitamin C ‎ 
Sesungguhnya, vitamin C sangat bermanfaat untuk kesihatan !!!
Seluruh anggota tubuh sentiasa memerlukannya. Ia membina kesihatan, memelihara dan merawat tubuh dari ‎penyakit. Ia memperkasa sistem kekebalan tubuh. Anti-kuman, anti-toksin, anti-oksidan, anti-kanser, ‎anti-‎‎penuaan, anti-keradangan, anti-impoten. Ia membangunkan kolagen, mengutuhkan gusi dan gigi, menyuburkan sistem penghadaman, memantapkan organ-organ tubuh, menyegarkan fungsi otak, ‎melancarkan sistem pengaliran darah, dan berbagai lagi manfaat vitamin C. ‎‎

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, supplemen vitamin C sangat ‘popular’di kalangan ‎pencinta kesihatan. Berbagai jenama vitamin C kini bersaing di pasaran, lokal mahupun di persada antarabangsa. Antara jenama-jenama vitamin C ialah Asid Askorbik yang ‎sering dilabel dan disamakan sebagai vitamin C. Justru, ramai yang turut memilih vitamin C “Asid ‎Askorbik” ini. ‎

Apakah Asid Askorbik, Vitamin C ? ‎‎

Pengkajian bio-kimia menggariskan bahawa vitamin bukan satu unsur atau molekeul tunggal yang terpisah dan mampu bertindak ‎sendiri. Menurut Royal Lee “What Is a Vitamin?” Applied Trophology Aug 1956, setiap vitamin hanya terhasil ‎dari proses tindak-balas bio-kimia yang melibatkan beberapa komponen yang berbeza; seperti nutrien, enzim, ‎enzim-gandingan, anti-oksidan, dan peransang zat gizi kelumit (trace minerals). ‎‎

Komponen-komponen yang berbeza ini merupakan jaringan atau kompleks biologi yang bertanggung-jawab mewujudkan sesuatu ‎vitamin. Beberapa peringkat tindak-balas bio-kimia perlu berlaku. Setiap peringkat bergantung pada nisbah tertentu setiap komponen. Aktiviti vitamin hanya berlaku apabila nisbah tertentu ‎terpenuhi. Apabila semua komponen hadir dalam nisbah yang diperlukan, maka proses tindak-balas ‎bio-kimia akan berlansung bagi menghasilkan sesuatu vitamin. Aktiviti vitamin juga melibatkan waktu ‎dan ketika yang bertepatan dengan nisbah-nisbah komponen tersebut.

Vitamin tidak boleh wujud tanpa jaringannya. Sekiranya sebahagian atau ‎salah satu dari komponen-komponen jaringan tidak hadir, aktiviti bagi menghasilkan vitamin akan terbantut. Bagi meneruskan ‎aktiviti jaringan vitamin, sistem ‎tubuh terpaksa mengambil komponen yang tidak ada dalam jaringan, dari nutrien yang tersimpan dalam tubuh. ‎‎

Komponen-komponen yang mewujudkan vitamin C adalah seperti berikut:‎  {  V i t a m i n  C  =  bioflavonoids  +  rutin  +  ascorbinogen  +  tyrosinase  +  Faktor J  +  Faktor K  + ‎ Faktor P   +  komponen-komponen lain seperti zat gizi kelumit  +  Asid Askorbik  }

Setiap satu komponen dalam jaringan C, di sebut ‎juga C-Kompleks, saling memberi tindak-balas bio-kimia. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza. Asid Askorbik adalah selaput atau kulit luar, bersifat anti-oksidan, yang berfungsi melindungi kesemua ‎komponen jaringan vitamin C agar dapat terus berfungsi dengan baik, tidak luluh atau beroksidasi ‎dengan cepat. ‎‎Menurut Somer “Vitamin C: A Lesson in Keeping An Open Mind” ‎The Nutrition Report, p. 58)‎, asid askorbik diistilahkan sebagai bahagian pembalut yang bersifat anti-oksidan dalam jaringan vitamin C; asid askorbik melindungi seluruh komponen yang melaksanakan aktiviti vitamin dari mengalami proses oksidasi dan luluh.

Justru, asid askorbik adalah sebahagian dari komponen yang membentuk jaringan vitamin C. Ia bukan ‎vitamin C pada keseluruhannya. Komponen-komponen lain perlu ada bagi mewujudkan vitamin C sebenar. ‎‎Apabila ‎asid ascorbik dipisahkan dalam bentuk sintetik komersial, menamakannya vitamin C adalah tidak tepat. ‎ ‎

Kesan Asid Askorbik

Asid Askorbik
Ramai orang membeli Asid Askorbik atau "L-ascorbic acid" atau "ascorbate." beranggapan ia adalah vitamin C sebenar. Hakikatnya, asid ‎askorbik bukan vitamin C. Asid askorbik yang terjual di kebanyakan kedai-kedai farmasi atau ubat-‎ubatan sebagai vitamin C, sebenarnya adalah bahan kimia tercipta dari makmal, tiruan kepada asid askorbik alami. Ia asing pada alam semulajadi. Ke dalam tubuh ia hanya sejenis dadah. Kesan aktiviti vitamin C di dalam tubuh juga ‎sangat rendah.

Apabila asid askorbik sintetik berada di dalam tubuh, samada dalam bentuk tablet atau serbuk, tubuh ‎terpaksa mengerahkan semua komponen-komponen yang perlu hadir dalam jaringan vitamin C, mengambil dari serata tisu-tisu tubuh untuk ‎menjadikan asid askorbik tersebut dapat dimanfaatkan. Sekiranya tubuh tidak mempunyai cukup ‎simpanan, maka lebihan asid askorbik tidak dapat digunakan, akan dikeluarkan ‎melalui sistem kumuhan tubuh. ‎

Punca Kekeliruan ‎

1)     The Food & Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat. FDA adalah badan yang bertanggung-jawab membenarkan asid askorbik dikenali sebagai vitamin C. Lanjutan dari kebenaran ini, maka segala jenis dan jenama minuman, makanan, dan supplemen yang diperkaya dengan asid askorbik boleh dilabel sebagai mengandungi vitamin C. Di Amerika Syarikat, hanya sebuah kilang pengeluar di ‎Amerika Syarikat di Nutley, New Jersey, yang dimiliki oleh Hoffman-LaRoche, salah satu pembuat dan pengeluar ubat-ubatan dan dadah terbesar di dunia. Persaingan menjadi lebih sengit dengan kehadiran beberapa syarikat pembuatan dari China. Harga pukal jauh lebih murah sehingga tidak sanggup dinafikan. Label-label tidak pernah menyatakan dari mana datangnya bahan asid askorbik sintetik tersebut. Kini, kira-kira 80-90% asid askorbik yang berada di pasaran seluruh dunia adalah dari ‎China. Timbul pula bukti-bukti tentang kualiti produk dari China; tidak selamat di makan atau di minum kerana terdapat didalamnya bahan beracun seperti plumbum dan raksa. Kualiti dan jenis bahan tambahan "fillers" juga diragukan. Sangat menggerunkan !!!

2)     Peranan Pemasaran dan Promosi.  Kuasa pemasaran dan promosi telah mengabui pemahaman ‎masyarakat tentang hakikat vitamin C. Arus perdana pemasaran vitamin dikuasai oleh syarikat-syarikat farmasi. Terdapat kira-kira 110 syarikat yang menjual vitamin sintetik di US. Kurang dari 5 syarikat yang ‎menjual vitamin dari sumber alami. Syarikat-syarikat tersebut bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Mereka menjual ‎produk dengan jenama sendiri. Masing-‎masing mengatakan bahawa jenamanya yang terbaik paling mujarab. ‎Hakikatnya, sumber produk datangnya dari pembuat yang sama di beli secara pukal, dari Hoffman-LaRoche atau dari beberapa syarikat pengeluar dari China. 

Setelah masyarakat awam dipekakan betapa vitamin sangat perlu bagi membina kesihatan, tugas pemasaran menjadi mudah. Fakta sains tidak semua diketengahkan. Pemasaran vitamin C sintetik sangat berjaya ‎sehingga kebanyakan orang tidak sedar bahawa ia bukan vitamin C sebenar. Asid ‎askorbik, yang diwarwarkan asli, tulen atau “pure” sebagai tarikan, memberi keyakinan kepada para ‎pembeli. Kejayaannya menjadikan penjualan ‎vitamin meledak laris di serata negara di dunia, di ‎supermarket dan mall, tidak terkecuali Malaysia. 

Mengenal Vitamin C Sebenar

Vitamin C-Kompleks. Vitamin C sebenar dan terbaik tetap dari sumber alam semulajadi. Ia lengkap, sempurna, lebih tepat di sebut C-Kompleks. Vitamin C jenis ini hanya di perdapat dengan cara mengambil buah atau bahagian dari pohon ‎yang kaya vitamin, mengeringkannya, pecahkan seratnya melalui proses vacuum dingin, bebas dari kimia, kemudian dipekkan. Seluruh jaringan vitamin dengan cara ini akan terpelihara. Fungsi dan keutuhan nutrien juga kekal. Bila di makan, tubuh tidak perlu mengambil simpanan dalam tubuh apa-‎apa komponen bagi memenuhi kehendak jaringan vitamin tersebut.  

Vitamin C-Kompleks mengandungi banyak zat-zat gizi kelumit yang perlu bagi menyempurnakan tindak-balas bio-kimia antara komponen-komponen jaringan. Manakala vitamin C sintetik tidak lansung mengandungi zat-zat gizi kelumit, terpaksa bergantung dan menyedut dari simpanan yang berada dalam tubuh. Malangnya nilai vitamin C-Kompleks tidak begitu dipedulikan.Arus perdana pemasaran produk-produk vitamin dan zat gizi sintetik terlalu berjaya memberi persepsi berbeza dan meremehkan keunggulan vitamin C alami.   

Semua jenis vitamin perlu ada rangkaian proses metabolisma. Semua vitamin akan memberi manfaat kesihatan sepenuhnya apabila ‎hadir bersama beberapa jenis enzim, enzim-enzim gandingan, faktor-faktor gandingan, dan juga zat galian. Contohnya, vitamin D memiliki  kira-kira 12 komponen dalam jaringannya, manakala vitamin P memiliki sekurang-kurangnya 5 jenis komponen. Vitamin D diperlukan untuk tubuh menyerap kalsium. Tembaga diperlukan untuk aktiviti vitamin C. Vitamin E berganding rapat dengan zat gizi selenium; bijian bunga matahari kaya vitamin E dan selenium, keduanya saling memerlukan bagi membekalkan manfaat kesihatan pada tubuh. Jelas sekali, vitamin dari sumber alami adalah lebih baik dan sempurna. Dan kekurangan zat gizi boleh menyebabkan kekurangan vitamin, begitu juga sebaliknya. Justru, asid askorbik bukan sebenarnya vitamin C. Alpha tocopherol juga bukan vitamin ‎E. Asid retinoik juga bukan dari kalangan vitamin A. Dan begitu juga dengan vitamin-vitamin lain.

Senarai Bahan Bervitamin. Apabila membeli supplemen vitamin atau zat gizi, adalah lebih baik membeli produk yang menyenaraikan vitamin-vitamin dari sumber alami/asli. Sekiranya senarai vitamin bukan dari bahan makanan yang kaya ‎kandungan vitamin C alami/semulajadi seperti oren, anggur, blue-berry dsbnya, maka vitamin tersebut sudah pasti ‎dari jenis sintetik.

Mana Lebih Baik, Tablet, Cecair Atau Serbuk?

Vitamin C boleh di perdapat dalam bentuk tablet, kapsul atau pun serbuk/bubuk. Adalah lebih baik ia di ambil dalam bentuk serbuk/bubuk. Cuma perlu di tambah dengan air untuk meminumnya. Serbuk mudah larut ke dalam air, lebih cepat di serap oleh sistem penghadaman dari tablet atau kapsul. Sangat sesuai pada orang berusia dan kanak-kanak.

Vitamin cecair lebih tersedia untuk diserap. baik untuk merekayang mengalami kesukaran untuk menelan tablet. kalau berpergian, vitamin cecair menjadi agak sulit untuk dibawa kemana-mana, dan perlukan peti ais untuk menyimpannya.

Pilihan vitamin tablet sepatutnya menjadi pilihan terakhir. Bagi membentuk dan mengekalkan bentuk tablet, beberapa jenis bahan pengisi "fillers" dan pembentuk "binders" diperlukan. Jenis bahan fillers dan binders ini juga sangat diragukan kerana dilabel tidak menyatakannya. Kekadang, Termasuk proses menghangat dan membentuknya juga boleh merosakkan unsur-unsur aktif dalam vitamin C, sehinggaapa yang dilabelkan mungkin tidak menepati kualiti sebenar. Tablet dan kapsul tidak dapat lari dari bahan fillers dan additives, serbuk vitamin C powder selalunya tidak. Justru, serbuk vitamin C adalah pilihan yang terbaik bagi pengguna !!!

4 Vitamin C Organik Terbaik Di Dunia

Kakadu Plum
Camu Camu
Rosehips
Acerola



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...