Kumpulan Vitamin D
Terdapat 5 jenis vitamin D; vitamin D1, D2, D3, D4, D5.
Vitamin D: Calciferol
Hanya 2 dari 5 jenis vitamin steroid ini yang menjadi keperluan utama tubuh, iaitu vitamin D2 dan vitamin D3. Kedua-duanya dinamakan “calciferol”. Istilah vitamin D yang sering digunakan merujuk kepada D2 dan D3 atau salah satu darinya.
D2 dan D3 boleh di perdapat melalui bahan-bahan makanan dan supplemen. Banyak terkandung di dalam minyak ikan atau jenis ikan-ikan berlemak.
Akan tetapi, vitamin D3 tidak semata-mata bergantung pada permakanan. Vitamin D3 mampu dihasilkan oleh tubuh apabila kulit tubuh terdedah secara lansung kepada cahaya matahari/UVB.
Vitamin D3 ialah cholecalciferol yang terdiri dari 7-dehydrocholesterol. Terhasil secara photo-kimia di dalam kulit, apabila 7-dehydrocholesterol (jenis kolesterol) bertindak-balas kepada sinaran ultraviolet B (UVB) dari matahari pada gelombang 270-300 nm. D3 disebut sebagai vitamin cahaya matahari.
Kulit terdiri dari 2 lapisan utama: lapisan dalam dan lapisan luar. Lapisan dalam disebut dermis, terbentuk kebanyakannya dari tisu-tisu penghubung. Lapisan luar disebut epidermis, lebih tipis. Epidermis mengandungi 5 strata; dari luar ke dalam: stratum corneum, stratum lucidum, stratum granulosum, stratum spinosum, dan stratum basale. Vitamin D3 dihasilkan dalam 2 lapisan strata terdalam, stratum basale (illustrasi warna merah) dan stratum spinosum (illustrasi warna coklat).
Orang yang selalu terdedah pada cahaya matahari secara normal tidak begitu memerlukan supplemen vitamin D kerana cahaya matahari membantu penghasilan vitamin D di dalam kulit secara alami.
Apabila vitamin D di serap ke dalam darah, ia akan terus mengalir bersama aliran darah menuju ke organ hati. Dalam organ hati ia di tukar menjadi prohormon calcidiol. Calcidiol kemudian di edar keseluruh tubuh melalui aliran darah. Sampai ke ginjal, calcidiol dihasil menjadi calcitriol, sebahagiannya dihasilkan pula menjadi cytokine iaitu sebahagian dari senjata sistem kekebalan tubuh (pengempur anasir bahaya kepada tubuh). Calcitriol yang lainnya kemudian beredar dan berligar sebagai hormon kepada beberapa organ tubuh seperti otak, jantung, organ-organ peranakan, prostat, payudara, usus dll. Catritriol juga mengendali dan mengawal kepekatan kalsium dan phosphat dalam aliran darah, mempertingkat pertumbuhan dan tumbesaran, ketumpatan dan pembentukan tulang-tulang, dan menghalang gejala hypocalcemic tetany (kekejangan otot yang menyakitkan disebabkan kekacauan metabolisma kalsium). Vitamin D memang terlibat dalam berbagai fungsi penting di dalam tubuh.
Dos Saranan Harian
Dos saranan harian bagi warga Asia Tenggara, khususnya Malaysia, adalah kira-kira separuh dari saranan RDA, USA untuk negara-negara Barat. Ini disebabkan iklim tropika khatulistiwa, kaya dengan cahaya matahari. Warga Asia Tenggara sentiasa terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin D adalah terserap lemak. Jumlah yang berlebihan akan tersimpan di dalam tisu-tisu tubuh, dan dipergunakan ketika tubuh memerlukannya.
Namun, dos tinggi keterlaluan vitamin D boleh menyebabkan keracunan (hypervitaminosis D). Hypervitaminosis D jarang berlaku, melainkan apabila pengambilan vitamin D melalui supplemen dalam dos mega terlalu tinggi. Vitamin D dos mega akan membenarkan tubuh menyerap terlalu banyak kalsium. Pada jangkamasa lama mungkin boleh menyebabkan risiko sakit jantung, terbina batu karang dalam ginjal, kerosakan ginjal, fikiran keliru, sukar peruturan/gagap, pergerakan kurang stabil, keletihan melampau dan berbagai masalah kesihatan lain. Justru, dos mega vitamin D melalui supplemen boleh memudaratkan kesihatan.
Pendedahan pada sinaran matahari untuk sekian lama tidak mengakibatkan hypervitaminosis D. Keadaan ini disebabkan cahaya UVB yang menghasilkan vitamin D di dalam kulit, di suatu tahap sebaliknya akan meruntuh dan mengurangkan vitamin D. Maka, agak mustahil dedahan lama pada cahaya matahari akan mengakibatkan hypervitaminosis D.
Dinasihatkan, jika pengambilan vitamin D melalui supplemen, langkah yang wajar dan selamat ialah menuruti dos saranan RNI seperti di dalam rajah di atas.
Manfaat Vitamin D Untuk Kesihatan
Mulanya vitamin D di anggap hanya bermanfaat memampatkan struktur tulang kerangka melalui penyerapan kalsium dan phosphorus. Beberapa kajian terkini menunjukkan bahawa vitamin ini memiliki berbagai fungsi lain yang begitu penting untuk kesihatan.
1 Kesihatan Tulang
Vitamin D berperanan utama mempertingkat penyerapan kalsium dan phosphorus ke dalam tubuh. Kalsium dan phosphorus penting bagi pembinaan, pembentukan, pemampatan tulang-tulang kerangka dan tulang-tulang lain agar sempurna. Vitamin D yang mencukupi juga dikaitkan dengan pertumbuhan rambut dan bulu yang sihat.
Kekurangan vitamin D (hypovitaminosis D) boleh menimbulkan berbagai gejala pada pembentukan tulang-tulang di dalam tubuh; seperti osteoporosis, osteomalacia, rickets dan hypocalcemic tetany.
Osteoporosis dan Osteomalacia. Osteoporosis (rapuh dan kurang ketumpatan tulang) dan Osteomalacia (tulang tipis, otot lemah, sakit dan sengal pada tulang-tulang kerangka dan otot-otot) adalah 2 jenis penyakit yang sering melanda warga berusia. Vitamin D melancar penyerapan kalsium bagi memperteguh tulang, dengan demikian membantu menghalang dari osteoporosis dan osteomalacia. Justru, vitamin D sangat baik bagi warga berusia, yang kurang senaman atau berolahraga, dan wanita yang sudah menopaus.
Orang dewasa berusia 65 tahun keatas memerlukan lebihan vitamin D. Satu kajian 2010 mendapati orang dewasa yang mengambil supplemen vitamin D setiap hari sebanyak 482–770 IU, telah mengurangkan kadar retak tulang, bagi yang mengambil kurang dari 400 IU/hari tidak menunjukkan perkembangan positif pada retak tulang.
Rickets. Rickets adalah sejenis penyakit yang berkemungkinan dialami oleh kanak-kanak sewaktu sedang membesar. Tanda-tandanya; tumbesaran terbantut, cacat pembentukan tulang-tulang panjang, tulang-tulang tidak kukuh, tipis, gigi mudah rosak atau tanggal. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D, kalsium, dan phosphorus. Bekalan vitamin D yang mencukupi melalui permakanan boleh menghalang penyakit rickets pada kanak-kanak.
Hypocalcemic Tetany. Vitamin D (calcitriol) mempertingkat penyerapan kalsium dan phosphorus. Keadaan ini menambah pengaliran kalsium di dalam darah; penting bagi pembinaan tulang dan menghalang timbulnya hypocalcemic tetany. Hypocalcemic tetany ialah keadaan kekurangan kalsium di mana pengidapnya akan sering mengalami kekejangan atau "cramp" pada tangan dan kaki, pada peti suara (larynx), saraf otak - pergerakan menjadi terlalu aktif.
2 Sistem Kekebalan Tubuh
Vitamin D mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. Sel-sel T (sel-sel pemusnah dari sistem kekebalan) bergantung kepada vitamin D untuk menjadi aktif sebagai pemusnah yang berkesan terhadap anasir asing atau kuman. Tanpa vitamin D yang mencukupi, sel-sel T akan kekal dorman, lugu terhadap ancaman anasir asing. Sel-sel T tidak mampu bangun untuk bertindak, menyerang dan mengempur anasir asing. Dengan kehadiran vitamin D, sel-sel T seolah-olah dibangunkan dari tidur, berubah dari sel-sel dorman menjadi sel-sel pemusnah yang aktif, mampu mengenal-pasti anasir asing, seterusnya memburu menggempur dan memusnahkan anasir-anasir yang memudaratkan tubuh.
Sel-sel T yang aktif mampu bercambah dengan begitu cepat. Letusan rebakannya boleh menimbulkan suasana keradangan yang membengkak, sebaliknya boleh memberi kesan yang buruk pula kepada tubuh. Sayangnya, belum diketahui berapa dos vitamin D yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh bagi menstabil dan memantapkan sistem kekebalan tubuh. Kajian sedang dijalankan.
Dalam kes penyakit-penyakit “autoimmunity”, seperti rheumatoid arthritis, penyakit Crohns, multiple sclerosis, kencing manis, penyakit Parkinson dan Alzheimer dll., keadaan timbul di mana sel-sel T gagal mengenal bahagian tubuh sendiri, menyangkanya sebagai anasir asing, menyebabkan ia bertindak menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Namun begitu, vitamin D (calcitriol) mampu berfungsi mengurangkan peranan dan menghalang rebakan sel-sel T yang diperlukan untuk autoimmunity. Sel-sel T menjadi kurang upaya mengenal-pasti, dan kurang aktif. Bererti, dengan kehadiran vitamin D (calcitriol) melemahkan sel-sel T dari menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Calcitriol juga mengurangkan peranan sel-sel B (sejenis sel pemusnah dari sistem kekebalan) dari menghasilkan kimia untuk memusnahkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri.
Vitamin D Mengurangkan Risiko Kencing Manis Jenis I. Kencing Manis Jenis I adalah salah satu dari penyakit autoimmuniti. Gejala Kencing Manis Jenis I sebenarnya bermula sejak usia kanan-kanak lagi. Kajian terbaru menunjukkan kanak-kanak yang mendapat bekalan vitamin D yang tinggi mempunyai risiko yang tipis mengalami Kencing Manis Jenis 1 apabila dewasa kelak. Kencing Manis Jenis I tidak menolak insulin sepertimana Jenis II. Jenis I berlaku kerana insulin yang menghasilkan sel-sel B dalam pancreas memusnahkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Dengan kehadiran vitamin D dapat mengurangkan kemusnahan sendiri yang dilakukan oleh sistem kekebalan tubuh.
Vitamin D Mengurangkan Risiko “Multiple Sclerosis”. Multiple sclerosis (MS) ialah penyakit autoimmuniti yang memberi kesan buruk kepada otak dan tulang belakang (sistem saraf pusat). MS timbul apabila sel-sel pemusnah dari sistem kekebalan tubuh menyerang dan menghapus perlindungan/benteng yang melindungi serat saraf sendiri, seolah-olah ianya adalah unsur asing atau jangkitan. Vitamin D mampu mengurangkan risiko MS.
Dos Lebihan Vitamin D Mengurangkan Risiko Rheumatoid Arthritis. Juga salah satu dari penyakit autoimmuniti. Wanita yang mengambil dos tinggi vitamin D dalam 400 IU/hari, berkurangan 30% risiko mendapat rheumatoid arthritis, demikian menurut kajian yang dilapurkan dalam jurnal Arthritis and Rheumatism (University of Alabama, Birmingham, USA).
3 Vitamin D dan Sistem Pernafasan, Penyakit Asma dll.
Kekurangan vitamin D mempunyai lebih risiko di serang selsema, pneumonia, sepsis, emphysema/penyakit pernafasan terhalang (COPD) dsbnya, dan berbagai penyakit paru-paru yang lain.
Asma adalah sejenis penyakit yang bergejala jangka panjang. Timbulnya apabila saluran pernafasan menjadi sempit disebabkan radang dan bengkak pada organ-organ pernafasan. Pernafasan menjadi amat sukar. Kebanyakan pesakit di rawat dengan tablet steroid, yang boleh mendatangkan kesan negatif pada jangkamasa panjang. Setengah pesakit asma, sistem tubuhnya menolak steroid, menjadikan hampir mustahil untuk di rawat. Keadaan ini membuka ruang kepada serangan asma berulang kali, dan berulang kali terpaksa dimasukkan ke hospital. Apabila parah, boleh mengancam nyawa. Vitamin D boleh mengurangkan keparahan dan menghalang berulang serangan asma (kajian dari Harvard Medical School).
Kajian dari King's College London, disiarkan dalam Journal of Allergy and Clinical Immunology, menunjukkan vitamin D menghalang penghasilan “interleukin”. Interleukin ialah sejenis unsur pemusnah dari sistem kekebalan tubuh yang melindungi tubuh dari jangkitan, tetapi mengurangkan keberkesanan steroid sekaligus serangan asma menjadi lebih parah. Apabila penghasilan interleukin dapat dikurangkan oleh vitamin D, steroid dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Keadaan ini sesuai bagi pesakit asma yang menolak steroid, lebih selamat sebagai rawatan tambahan kepada ubat-ubatan.
4 Vitamin D dan Pre-eclampsia
“Pre-eclampsia” adalah gejala pada wanita yang sedang hamil. Pre-eclampsia merupakan kekacauan pada sistem dalaman tubuh. Tanda-tandanya terdapat “proteinuria” (protein dalam air kencing), tekanan darah tinggi dan bengkak-bengkak. Kekacauan ini boleh membahayakan ibu yang mengandung dan bayi dalam kandungan.
Pre-eclampsia boleh menyebabkan keguguran dan menjadi punca utama beberapa masalah kesihatan kepada ibu dan juga bayi setelah dilahirkan. Kekurangan vitamin D pada peringkat awal kehamilan dikaitkan dengan 5 kali ganda tinggi risiko mengalami pre-eclampsia (kajian dari University of Pittsburgh).
Namun demikian, dos mega yang keterlaluan vitamin D pula boleh menyebabkan “hypercalcemia”. Hypercalcemia sewaktu kehamilan boleh menyebabkan sindrom kecacatan otak dan wajah pada bayi.
Dinasihatkan bagi wanita yang hamil atau yang sedang menyusu anak, jika pengambilan vitamin D melalui supplemen, langkah yang wajar dan selamat ialah menuruti dos saranan RNI seperti di dalam rajah di atas.
5 Vitamin D dan Kanser
Kekurangan vitamin D sering berlaku pada pesakit kanser. Orang yang cukup vitamin D mempunyai risiko tipis mengidap kanser, jika dibandingkan dengan mereka yang kekurangan vitamin D (kajian dari Cancer Treatment Centers of America).
Vitamin D melindungi sel-sel dari beban oksidasi. Vitamin D berhubung dengan sejenis gene bagi meningkatkan aktiviti dan penghasilkan enzim. Enzim ini membersihkan bahan-bahan sel DNA yang telah rosak akibat dari radikal bebas. Dengan pertambahan vitamin D sebanyak 1,000 IU/25 mg setiap hari boleh mengurangkan 50-60% risiko kanser usus, 30% kanser payudara dan rahim, sebanyak 400 IU/hari mengurangkan 43% risiko kanser pancreas, bagi bukan perokok. Demikian menurut kajian disiarkan dalam International Journal of Cancer, dos tersebut sesuai untuk warga Barat.
Vitamin D Meruntuhkan Sel-Sel Kanser Payudara. Hampir semua jenis kanser payudara menunjukkan vitamin D mempengaruhi struktur sel-sel epithelia. Sel-sel epithelia terbentuk dari bahan yang dikenali sebagai E-cadherin. E-cadherin terdiri kebanyakannya dari vitamin D dan kalsium. Apabila kurang vitamin D di dalam tubuh, struktur epithelia akan runtuh. Sel-sel yang runtuh akan bercambah sendiri. Apabila percambahan menjadi tidak terkawal, akibatnya akan timbul kanser. Bagi yang mengidap kanser, dengan pertambahan dos vitamin D, E-cadherin akan kembali segar dan sel-sel epithelia kembali terbentuk. Keadaan ini dapat menghentikan percambahan sel-sel yang runtuh. Perkembangan kanser dapat diperlambatkan, dan sistem kekebalan tubuh dapat menyusul berfungsi dengan berkesan. Demikian menurut kajian dari University of California's San Diego Moores Cancer Center.
6 Vitamin D dan Fungsi Otak
Vitamin D mungkin menjadi punca utama membantu otak agar tetap saja berfikiran mantap dan aktif di usia tua. Kebanyakan orang yang berusia tua didapati kekurangan vitamin D bagi mempertingkat aktiviti hormon atau melindungi neuron (sel-sel saraf yang menghantar maklumat keseluruh tubuh). Demikian menurut kajian disiarkan dalam jurnal Journal of Neurology Neurosurgery and Psychiatry 2009.
Tekanan jiwa yang meresahkan di usia tua juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Pengambilan lebihan dos vitamin D dan kalsium, dan banyak dedahan pada cahaya matahari mungkin lebih baik dari rawatan melalui ubat-ubatan yang mempunyai kesan negatif pada jangkamasa panjang.
Kanak-kanak yang lembab otak atau terencat akal juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Perkara ini masih dalam kajian dan belum muktamad.
7 Vitamin D dan Batuk Kering (TB/Tuberculosis)
Dos tinggi vitamin D3 membantu pesakit TB (batuk kering) pulih dengan lebih cepat. Tambahan vitamin D bersama dengan ubat-ubatan anti-biotik yang selalu diberikan kepada pesakit batuk kering bagi menghapus mycobacterium tuberculosis (bakteria yang menyebabkan penyakit TB/batuk kering), berperanan melambatkan timbul keradangan dalam paru-paru, dan menyembuhkan sebarang kerosakan dengan lebih cepat. Demikian menurut kajian dari Queen Mary, University of London, dilapurkan dalam “the Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS)" 2012.
8 Vitamin D dan Penyakit Berpunca Dari Pengaliran Darah
Kekurangan vitamin D ada kaitan dengan peningkatan risiko penyakit saluran darah arteri (PAD- peripheral artery disease), saluran darah yang berhubungan dengan jantung, serangan jantung dan kematian pada usia muda (beberapa lapuran dari National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) 2012).
9 Vitamin D dan Radiasi Rendah
Calcitriol, jenis vitamin D yang aktif, berkesan melindungi dari radiasi nuklear yang rendah. Calcitriol juga sebagai ejen yang menghalang kerosakan pada DNA dan menghentikan rebakan sel-sel rosak yang boleh mengakibatkan kanser. Demikian menurut pakar dari New York City Department of Health and Mental Hygiene, disiarkan dalam jurnal International Journal of Low Radiation, Hayes.
10 Vitamin D dan Masalah Berat Badan
Pengambilan dos tambahan vitamin D dapat menurunkan kadar lemak di dalam tubuh, terutama pada bahagian bawah perut (abdomen) yang sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Demikian menurut beberapa kajian dari Medical College of Georgia, USA, University of Minnesota, dan Medical College of Georgia.
Dewasa ini, masih banyak kajian sedang giat dijalankan oleh para pakar sains perubatan dan permakanan tentang manfaat vitamin D. Dari masa kesemasa, akan tersingkap berbagai manfaat vitamin D yang lainnya.
Sumber Vitamin D
Sumber terbesar vitamin D ialah cahaya matahari. Tubuh manusia memerlukan 10-15 minit dedahan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu. Orang berkulit gelap/hitam memerlukan dedahan lebih masa (melebihi 15-30 minit setiap hari) dari yang berkulit putih/cerah.
Vitamin D terserap lemak, bermakna penyerapannya perlu makanan yang berlemak. Sumber vitamin D asli dan semulajadi melalui permakanan banyak terdapat dalam minyak ikan, cod liver oil, jenis ikan yang berlemak, hati lembu, daging merah, keju, telur merah, telur ikan, jenis-jenis tiram, dan juga cendawan. Produk tenusu dan tepung yang diperkaya nutrien, dan supplemen vitamin D boleh di makan untuk tujuan membekalkan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh.

- vitamin D1 - molekeul dari gabungan ergocalciferol dan lumisterol.
- vitamin D2 - ergocalciferol, terhasil dari ergosterol (terhasil dari tindak-balas dengan cahaya matahari/UVB).
- vitamin D3 - cholecalciferol, terdiri dari 7-dehydrocholesterol (terhasil dari tindak-balas dengan cahaya matahari/UVB).
- vitamin D4 - 22-dihydroergocalciferol.
- vitamin D5 - sitocalciferol (terdiri dari 7-dehydrositosterol).
Vitamin D: Calciferol
Hanya 2 dari 5 jenis vitamin steroid ini yang menjadi keperluan utama tubuh, iaitu vitamin D2 dan vitamin D3. Kedua-duanya dinamakan “calciferol”. Istilah vitamin D yang sering digunakan merujuk kepada D2 dan D3 atau salah satu darinya.
D2 dan D3 boleh di perdapat melalui bahan-bahan makanan dan supplemen. Banyak terkandung di dalam minyak ikan atau jenis ikan-ikan berlemak.
Akan tetapi, vitamin D3 tidak semata-mata bergantung pada permakanan. Vitamin D3 mampu dihasilkan oleh tubuh apabila kulit tubuh terdedah secara lansung kepada cahaya matahari/UVB.
vitamin D3 banyak terhasil dalam 2 lapisan terdalam:stratum basale (illustrasi warna merah) dan stratum spinosum (illustrasi warna coklat) |

No comments:
Post a Comment