0

Wednesday, July 10, 2013

Zat Gizi Belerang

Kembali ke alam semulajadi ! Zat-zat makanan asli, organik dari alam semulajadi, tetap ‎menjadi ‎pilihan utama bagi memelihara tubuh agar sentiasa sihat.‎

Zat gizi belerang adalah sejenis zat gizi yang asasi pada semua kehidupan. Zat gizi diperlukan oleh mana-mana bahagian tubuh. Berada di ‎setiap jenis sel-sel tubuh; di otot-otot, ‎‎tisu-tisu penghubung, kulit, tulang, ‎kuku, rambut, spleen, hati dll. ‎ ‎

Zat gizi belerang sangat penting pada semua sistem tubuh, pada semua organ-organ di dalam ‎‎tubuh, untuk ‎terus berfungsi secara normal. ‎

Ia juga merupakan komponen kepada berbagai ‎struktur dan komponen tubuh. Ia menjadi ‎sebahagian dari 4 jenis asid amino yang dikenali ‎sebagai "methionine, cysteine, cystine and ‎taurine." ‎

Juga terlibat dalam berbagai fungsi di dalam ‎tubuh; seperti hormon, ‎immunoglobulin (protein ‎darah dalam sistem kekebalan tubuh), enzim, ‎insulin, anti-oksidan, nyah-toksin, penghasilan ‎‎kolagen dan banyak lagi. ‎‎Banyak manfaat kesihatan yang disumbangkan oleh zat gizi belerang, antaranya:

1     Fungsi Penyerap Nutrien & Nyah Toksin. Belerang mengembangkan dinding-dinding sel. ‎Dengan demikian, ‎lebih banyak zat-zat makanan, gula dan oxygen dapat di serap ke dalam sel-‎sel. Pada masa yang sama, pengembangan dinding-dinding sel membantu ‎mengeluarkan toksin ‎‎(termasuk "allergen") yang terpendam, terkumpul dan terperangkap di dalam sel-sel.

Allergen ‎ialah sesuatu yang di anggap asing kepada sistem tubuh. Allergi berlaku apabila sistem kekebalan ‎tubuh bertindak membasmi allergen. Kurang allergen di dalam tubuh bererti ‎meringankan allergi. Penyerapan gula dan oxygen menjadikan tenaga tubuh juga bertambah.‎

2     Faktor Gandingan Anti-Oksidan. Belerang berperanan penting dalam penghasilan ‎‎"glutathione" ‎‎— iaitu penghulu segala anti-oksidan yang ‎dihasilkan sendiri oleh tubuh. Walaupun ‎belerang bukan anti-oksidan, tetapi ‎berperanan ‎meningkat kemampuan tubuh menghasilkan anti-‎oksidan sendiri (glutathione) bagi ‎menanggani bahaya radikal ‎bebas dengan lebih berkesan. ‎

3     Belerang Menyihatkan Tulang, Sendi, Ligamen dll. Belerang sangat diperlukan untuk menghasilkan ‎kolagen dan "glucosamine". Keduanya adalah komponen mustahak bagi menyihatkan tulang, sendi, ligamen, tendon, tisu-tisu penghubung dan berbagai jenis tisu tubuh ‎yang lain. ‎

Belerang seterusnya memelihara keanjalan dan pergerakan tisu-tisu penghubung dan sendi, ‎‎mengurangkan kekejangan, ketegangan dan bengkak sendi, mengurangkan kesakitan yang ‎‎berkaitan dengan arthritis, rheumatism, bursitis, dan hip dysplasia.‎ ‎

Di samping kolagen, belerang diperlukan bagi menghasilkan keratin. Kedua-dua jenis protein ini ‎‎penting bagi menyihatkan rambut, kulit dan kuku. Kolagen mengukuhkan pembinaan ‎‎struktur kulit manakala keratin merupakan komponen utama kepada rambut, kuku, kulit dan ‎‎lapisan luar gigi. Belerang meng-anjal-kan tisu dan menyumbang kepada baik-pulih kulit yang ‎‎rosak. ‎

4     Anti-Keradangan. Belerang juga bersifat anti-keradangan, bermanfaat bagi merawat arthritis ‎‎dan berbagai masalah sendi. Keradangan dan bengkak berlaku apabila ‎tekanan cecair di dalam ‎sel-sel lebih tinggi dari di luar sel-sel. Belerang membantu mengembangkan ‎dinding-dinding sel ‎meluluskan peredaran keluar-masuk cecair, maka tekanan cecair ‎antara di dalam dan di luar ‎menjadi kembali seimbang, dengan demikian mengurangkan ‎keradangan. ‎

Kesakitan yang berlaku akibat dari keradangan adalah disebabkan saraf-saraf di dalam ‎tisu-tisu ‎lembut tertarik dan menegang. Kesakitan akan berkurangan apabila cecair sel semakin ‎seimbang ‎dan bengkak kembali susut.‎

5     Merawat & Melegakan Kesakitan. Belerang juga membantu merawat kecederaan dan ‎ketegangan otot, mengurangkan kesakitan kepada otot-otot, tisu-tisu, ‎cramp terutama pada betis, ‎disebabkan samada kurang aktiviti atau terlebih aktiviti, memulihkan kecederaan tisu-tisu otot ‎selepas berolahraga, dan mengurangkan tisu ‎berparut.‎ ‎

6     Pembinaan DNA. Belerang adalah sebahagian dari asid amino methionine dan cysteine, ‎keduanya pula mampu menghasilkan cystine dan taurine di ‎dalam tubuh. Tubuh menggunakan ‎methionine dan vitamin B-12 untuk menghasilkan "S-‎adenosylmethionine" yang terlibat dalam ‎pembinaan DNA (asid deoxyribonucleik). ‎

7     Penghasilan Insulin. Insulin adalah hormon yang dihasilkan dari asid amino methionine dan cysteine. Insulin dihasilkan dalam sel-sel beta pancreas, dan ‎berfungsi membawa ‎gula dari darah kepada sel-sel dan menyumbang kepada metabolisma ‎karbohaidrat. Maka, ‎kekurangan bekalan zat belerang dalam permakanan harian boleh ‎menyebabkan kurangnya ‎penghasilan insulin oleh pancreas. Justru, belerang bermanfaat pada ‎pesakit kencing manis bagi ‎menjana tenaga tubuh secara keseluruhannya. ‎

8     Penghadaman.   Asid amino taurine yang mengandungi belerang adalah sebahagian dari cecair hempedu, cecair penghadaman yang ‎padat ‎kolesterol. Organ “gall bladder” menyimpan cecair hempedu, dan organ hati pula ‎mengeluarkan ‎cecair hempedu untuk memecah lemak menjadi asid lemak supaya dapat digunakan ‎‎oleh tubuh. ‎

Belerang juga berfungsi meng-nyah parasit di dalam usus. Parasit dan telur cacing tidak dapat ‎melekat pada dinding usus kerana belerang menjadi lapisan yang licin pada dinding usus. ‎

9     Belerang dan Paru-Paru. Belerang membantu menguatkan paru-paru, dengan cara ‎pengembangan ‎dinding-dinding sel, sekaligus mengendali cecair yang menyelubungi dinding-‎dinding sel, ‎alveoli/flora, dan saluran pernafasan dalam paru-paru. Bermanfaat bagi merawat ‎asma, melegakan ‎pernafasan dan menghalang sebarang keradangan pada permukaan selaput paru-‎paru yang terlibat ‎dalam sistem pernafasan.‎‎

10‎     Penghasilan Enzim dll. Belerang meningkatkan lagi penghasilan enzim di dalam kelenjer ‎tubuh dan memperteguh dayatahan tubuh terhadap penyakit. ‎

11‎     MSM untuk Otak. Belerang membantu menambah kepekaan otak berfikir dan ‎memusatkan perhatian "concentration". "Mood" juga menjadi lebih terkawal, mengurangkan ‎sakit kepala, cramp dan kesakitan pada otot sewaktu PMS atau kedatangan haid yang ‎disebabkan ketidak-saimbangan hormon di dalam tubuh.‎

Zat Gizi Belerang Alami

Zat gizi belerang bukan sahaja sangat penting pada keseluruhan kesihatan tubuh, ia juga ‎‎bertindak melindungi tubuh dari berbagai jenis penyakit. Tanpa belerang, ‎hampir semua sistem ‎‎dan unsur-unsur penting di dalam tubuh tidak mampu berfungsi ‎dengan sempurna. Natijahnya, ‎‎banyak masalah kesihatan yang pasti akan timbul. ‎ Makanan apakah yang menjadi sumber zat gizi ‎ini? ‎

Bawang Putih, Bawang Merah dan semua sayur-sayuran dari keluarga bawang.


‎Bawang Putih, Bawang Merah terkaya dengan zat gizi belerang. Terdapat juga tembaga, ‎manganese, dan vitamin ‎C. Sangat baik untuk mengutuhkan sistem kekebalan tubuh dan untuk ‎fungsi penyembuhan. Kedua-duanya bersifat anti-oksidan dan ‎anti-kuman. ‎

Jenis-jenis daun sayuran bawang seperti leeks, shallots, chives dll juga tinggi kandungan “allyl sulfides” ‎dan “sulfoxides”, ‎iaitu unsur belerang yang bertindak mengurangan kandungan kolesterol, anti ‎darah beku, dan ‎melancarkan pengaliran darah. Unsur-unsur tesebut juga menyumbang kepada ‎pembinaan dan pembaik-pulih ‎tisu-tisu penghubung. Juga membantu melegakan keradangan yang ‎berkaitan dengan allgeri pernafasan dan ‎arthritis.‎

Daging dan Makanan Laut 


Rata-rata daging, bersumber dari darat mahu pun laut, kaya dengan zat belerang yang terdapat ‎dalam protein. Makanan laut juga kaya dengan zat-zat gizi dari laut dan banyak mengandungi ‎belerang.‎

Jenis Daging: ayam turkey, ayam, kambing, lembu, organ binatang seperti hati dll. ‎

‎Jenis Makanan Laut: tuna, halibut, ikan lomba, mackerel, salmon, marlin, ‎tilapia, sardin, kod, pari, belut, udang, sotong, siput, ketam dll. ‎

‎Jenis Tenusu: cheese, susu, yogurt dll. ‎

‎Telur banyak mengandungi belerang alami, terutama pada merah telur. Telur juga ‎mengandungi ‎zat-zat makanan lain seperti zat besi dan B-kompleks. Telur juga sumber protein berkualiti tinggi. ‎Merah telur menyumbang kepada nyah-toksin dan memperbaiki fungsi hati, meransang ‎pertumbuhan rambut ‎dan menyihatkan kulit dan kuku. ‎Oleh kerana merah telur juga ‎mengandungi banyak lemak tepu dan kolesterol, maka dinasihatkan tidak terlalu ‎banyak makan ‎telur setiap hari, terutama pada orang yang berkolesterol tinggi atau bermasalah jantung. ‎

Bijiran, Kekacang,‎ Biji-Bijian


Jenis Bijiran: seperti gandum, oats, tepung buckwheat, rye, koko, macaroni, spaghetti, tepung ‎gandum, jagung, beras, mee. ‎

Jenis Kekacang: seperti jagung, kacang hijau, kacang kidney, kacang tanah, kacang pine, ‎pistachio, walnut, almond, kacang macadamia, chestnut, ginkgo nut, biji gajus dll. ‎

Jenis Biji-Bijian: biji bijan, flax seed, biji bunga matahari dll. ‎

Sayur-Sayuran  


Jenis-jenis kobis, sawi dll: brokoli, bunga kobis (cauliflower), kobis, swiss chard, asparagus, pak ‎choi/bok choy, kobis mini brussel, collard greens, kohlrabi, parsley, daun mustard, kale, aragula, horse ‎radish, wasabi, watercress, edamame, bayam, rebung, sawi cina. ‎

Jenis-jenis lain: tomato, cili benggala/paprika, ubi keledek, labu, cendawan dll.‎

Buah-buahan 


Alpukat (kaya dengan glutathione), kiwi, pisang, nenas, strawberry, tembikai/semangka (juga ‎kaya dengan glutathione), pisang kaki/persimmon, fig, anggur, kelapa (terutama air) dll. ‎

Supplemen Zat Gizi Belerang Organik

Belerang organik bukan ubat, ia sebenarnya adalah zat makanan di mana tubuh memerlukannya.‎ Di samping memakan makanan mentah dan asli hasil dari alam semulajadi, pilihan lain ialah ‎supplemen Belerang Organik. ‎

Belerang organik terdapat di dalam setiap organisma hidup; di dalam pokok, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, biji-bijian dan juga daging binatang darat dan laut. Belerang organik mudah terserap air dan terkeluar sebagai wap.

Terdapat di pasaran jenis supplemen MSM (methylsufonylmethane) yang dihasilkan dari sumber organik iaitu pokok pine (DistilPure, Kanada). Di dalam MSM tersebut, terkandung 34% zat belerang organik. Memproses MSM dari kristal ke serbuk, kira-kira 85% kandungan belerang boleh hilang. Lebih banyak akan hilang apabila MSM ‏ di campur dengan bahan pelerai‎. ‎

Hesh Goldstein, Hawaii, seorang pakar permakanan, telah memperkenalkan belerang organik kristal yang tidak mengalami ‎kekurangan seperti yang di alami dalam proses MSM. Belerang Kristal Organik dari Goldstein dihasilkan dari lignans (getah pokok) pokok ‎pine, yang mana menurut Goldstein, adalah paling berkesan. ‎

Menurutnya lagi, manfaat dari Belerang Kristal Organik dari Goldstein adalah sepertimana yang di perdapat melalui permakanan sumber asli, mentah dan organik. 

Dos Saranan

Menurut kajian sains, zat gizi belerang diperakui selamat di makan atau di minum, meskipun di ‎ambil dalam dos mega. Ia juga boleh diperkayakan kepada makanan. Sekiranya permakanan ‎penuh ‎dengan sayur-sayuran, ulam-ulaman (lalapan) yang sudah kaya dengan zat ini, supplemen ‎juga masih ‎boleh di makan dan tidak akan mendatangkan sebarang keracunan. Kajian klinikal ‎menunjukkan dos yang sesuai ialah antara 1.5 - 6 gm/hari.‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...