Apakah Za’faran ?
Majoriti warga dunia hari ini mengenal Za’faran sebagai rempah herba, terhasil dari sejenis pohon berbunga yang hanya tumbuh dari tunas ubi-bebawang. Nama botani pohon herba ini ialah Crocus Sativus, dari keluarga pepohonan Iridaceae. Pohonnya rendah, hanya sekitar 20–30 sm (8–12 in).
Pohon Crocus Sativus mengeluarkan kuntum-kuntum bunga berwarna ungu, secara bermusim. Setiap tunas bebawang akan mengeluarkan 1-7 kuntum bunga. Dan setiap kuntum bunga mempunyai kelopak yang terhubung kepada 3 “stigma” atau filament berwarna oren-kuning, panjang kira-kira 25–30 mm. Di samping stigma, terdapat pula 3 “stamen” berwarna kuning, yang mengandungi sedikit bahan kimia organik yang aktif. Stamen selalunya diketepikan. Za’faran adalah stigma kering dari kuntum bunga za’faran, di guna sebagai rempah.
Rempah eksotik ini sangat disanjungi. Za’faran memiliki rasa istimewa, sedikit pahit, dan beraroma harum seperti iodoform atau rumput kering disebabkan zat kimia picrocrocin dan safranal yang terkandung didalamnya. Za’faran mengandungi crocin, salah satu bahan pewarna karotenoid yang menjadikan makanan kuning keemasan, menjadikannya rempah paling dicitai di dunia. Seringkali digunakan dalam sajian istimewa di negara-negara Arab, Turki, Parsi, India, Eropah dan Barat, Pakistan, Itali, Perancis, China, bahkan hampir di serata dunia.
Bunga-bunga za’faran dijadikan bahan pewangi dan pewarna, terutama di India dan China.
Rempah Za’faran mempunyai sejarah dalam perubatan dan perawatan tradisional melewati berbagai tamadun manusia sejak berkurun lamanya, bahkan sebelum era Nabi Sulaiman AS lagi.
Za'faran Sebenar Masih Samar. Namun begitu, ada pendapat lain mengatakan bahawa Za'faran yang tercatat di dalam buku-buku perubatan Islam, sebenarnya adalah sejenis garam organik dari pergunungan, di sebut sebagai Garam Tawar. Beberapa hadits semuanya merujuk Za'afaran sebagai garam tawar, bukan bunga za’faran sepertimana yang dikenali dewasa ini.
Antara hadits, Rasulullah SAW bersabda "Jika kamu menjumpai garam tawar, maka itu adalah penawar." Satu riwayat dari Ummu Salamah: 'Rasulullah memerintahkan kami para wanita muslimat supaya meminum za’faran dan melumurkan pada badan ketika datang haid, nifas atau penyakit.' Ibnu Sina pula pernah berkata: 'Sesiapa yang mengamalkan minuman za’afaran, mereka tidak akan terkena penyakit angin ahmar.'
Dalam Kitab Tibbul Imama A’li, Saiyidina Ali ra menyatakan :
Za'faran Rempah Herba
Za’faran (زَعْفَرَان), rempah herba yang eksotik, sebagaimana ia dikenali oleh negara-negara di rantau Arab. Za’faran berasal dari perkataan arab yang berarti "jadikanlah kuning". Saffron, bagi negara-negara Barat dan Eropah. Kuma-Kuma, bagi negara-negara Kepulauan Melayu. Za'faran di anggap Raja Segala Rempah (King of Spices).
Pohon za’faran dipercayai berasal di persekitaran Timur Tengah, dari Selatan Eropah melewati hingga ke Iran. Kini di tanam di serata dunia; terutama Sepanyol, Itali, Perancis, Greece, Turki, Iran, Afghanistan, India, Kashmir dan China (wilayah Henan, Jiangsu, Hunan, Shanghai, dan Tibet). Iran merupakan pengeluar terbesar dunia, disusuli dengan Sepanyol, kemudian Portugal, Perancis, Itali, Turki, India, Kashmir dan China.
Pohon za’faran tumbuh di kawasan gersang seperti padang pasir, tetapi memerlukan air. Pengairan melibatkan kos yang tinggi. Banyak tenaga manual dan masa diperlukan; urusan penanamannya melalui tunas bebawang, menjaga, merawat dan memungut hasil dari kuntum-kuntum bunga dengan bersegera, dan memisahkan stigma dari kelopak bunga-bunga. Kira-kira 150,000 bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 kg za'faran. Untuk mendapat hasil 3kg-5kg, 1 hektar tanah perlu digunakan. Justru, rempah za’faran menjadi termahal di dunia. Harga za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 - 23,000.00 sekilo mengikut gred!
Za’faran Tiruan. Disebabkan harganya yang begitu tinggi, dan faktor permintaan yang tidak pernah susut, maka terdapat produk–produk tiruan atau ia di campur dengan bahan-bahan murah yang diwarnai sama dengan warna za’faran.
Bagi mengenal-pasti samada sesuatu produk za’faran itu asli atau tiruan, disarankan rendam sedikit za’faran tersebut ke dalam air suam. Sekiranya air dengan cepat bertukar warna, maka za’faran itu adalah tiruan. Za’faran asli mengambil masa kira-kira 10-15 minit untuk warna merah-keemasan dan aromanya mula menunjukkan sifat.
Nutrien Za'faran
Herba rempah eksotik ini mengandungi berbagai zat makanan yang baik untuk kesihatan tubuh.
Za’faran mengandungi zat-zat gizi utama dan kelumit; seperti tembaga, potassium, kalsium, manganese, besi, selenium, zinc dan magnesium. Zat gizi potassium penting bagi mengendali cecair di dalam sel dan seluruh tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Manganese dan tembaga digunakan oleh tubuh sebagai faktor gandingan kepada enzim anti-oksidan superoxide dismutase. Besi pula penting bagi penghasilan sel-sel darah merah dan sebagai faktor gandingan kepada enzim cytochrome oxidases.
Di samping itu, za’faran juga menjadi sumber vitamin-vitamin penting; seperti vitamin A, B9, B2, B3, vitamin C yang bermanfaat memelihara kesihatan yang optima.
Khasiat Za'faran
Za’faran mengandungi lebih dari 150 bahan kimia organik dan mengeluarkan aroma. Bahan kimia 'volatile'; seperti picrocrocin, safranal, cineole, phenethenol, pinene, borneol, geraniol, limonene, p-cymene, linalool, terpinen-4-oil, dll. Bahan kimia tidak 'volatile', kebanyakannya adalah karotenoid; seperti crocin (crocetin digentiobiose ester) αlfa-crocin, crocetin, dimethylcrocetin, zea-xanthin, lycopene, dan alfa dan beta-carotenes dll.
Beberapa kajian dan ujikaji sains moden menunjukkan karotenoid yang terkandung di dalam za’faran memiliki nilai yang tinggi sebagai anti-kanser, anti-perubahan genetik, pengawalan sistem kekebalan tubuh, dan anti-oksidan bagi memerangi gejala radikal bebas.
Nilai Anti-Kanser
Za’faran mengandungi sejenis kimia karotenoid organik yang berpotensi tinggi memelihara kesihatan tubuh, iaitu crocetin. Struktur kimia crocetin merupakan pusat kepada crocin. Crocetin adalah anti-tumor dan anti-kanser, mampu menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel-sel tumor yang menyebabkan kanser.
Beberapa kajian menonjolkan fungsi crocetin yang ketara, memberi kesan positif kepada sel-sel kanser:
Nilai Anti-Oksidan
Seperti yang diketahui, za’faran mengandungi banyak bahan kimia organik, 3 darinya yang bernilai tinggi bagi kesihatan ialah: Crocin, Picrocrocin dan Safranal.
Crocin. Crocin adalah bahan kimia karotenoid alami yang mengeluarkan warna oren atau kuning-keemasan kepada za’faran. Bila za’faran di rendam di dalam air, ia akan mengeluarkan warna oren atau kuning-keemasan. Manakala bahan kimia Picrocrocin pula yang menyebabkan rasa pahit pada za’faran. Crocin merupakan karotenoid utama, mempunyai nilai anti-oksidan yang tinggi bagi melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. Juga memiliki nilai anti-kanser dan anti-tekanan jiwa.
Safranal. Safranal ialah bahan yang mengeluarkan aroma. Ia merupakan komponen utama minyak pati/essential/atsari za’faran. Safranal juga mempunyai nilai anti-oksidan dan mengawal tahap keracunan yang terhasil dari sel-sel kanser. Safranal sebagai anti-oksidan, kurang berkuasa apabila di banding dengan crocin.
Menurut kajian klinikal yang dilakukan di Itali dan Australia, za’faran yang mengandungi banyak zat-zat anti-oksidan seperti crocetin, dimethylcrocetin, dan zeaxanthins, mampu melindungi kesan silau cahaya pada mata, dan mengurangkan bebanan pada retina mata. Ia juga melambatkan proses ARMD (age-related macular degeneration atau kemerosotan penglihatan disebabkan usia), mampu merawat, menyembuh, memperbaiki organ mata; dan melindungi sel-sel neuron dan seluruh sistem saraf yang berkaitan dengan penglihatan.
Justru, za’faran di anggap sebagai senjata yang berkesan bagi menghalang gejala ARMD yang boleh membawa akibat buta penglihatan pada warga yang meningkat usia 50 tahun ke atas. Terdapat juga lapuran bahawa za’faran mampu merawat cataracts.
Anti-Kemerosotan Otak dan Fikiran
Bahan-bahan kimia alami crocin, crocetin dan safranal mampu menghasilkan kesan positif terhadap sesiapa yang mengalami kemorosotan otak dan fikiran. Bahan-bahan tersebut dapat memperbaiki dan mempertingkat kemampuan ingatan dan pemahaman.
Kajian juga menunjukkan za’faran mempunyi nilai anti-tekanan jiwa. Za’faran menambah penghasilan hormon ceria “serotonin”, yang dikeluarkan sebagai isyarat kepada otak. Dengan pertambahan kadar serotonim, akan membantu melegakan sistem saraf yang tegang, menenangkan fikiran yang bercelaru dan meredakan emosi yang tertekan.
Manfaat Pada Jantung
Kajian perubatan juga menunjukkan karotenoid crocetin dapat menambah peredaran oxygen melalui plasma dan cecair lain, justru meningkatkan lagi bekalan oxygen ke spora dan saluran pernafasan.
Juga mampu menurunkan kandungan kolesterol dan tompokan lemak “triglycerides” di dalam tubuh, membantu melerai tompokan plaque di dalam saluran darah (atherosclerosis), dan melancar pengaliran darah. Justru, menyihatkan jantung.
Lain-lain Manfaat Kesihatan
Nilai-nilai perubatan za’faran sangat banyak. Sejak zaman berzaman za’faran sudah digunakan dalam perubatan tradisional. Sehingga kini ia tetap digunakan. Sekiranya di sapu pada kulit yang bermasalah, dipercayai akan memperbaiki tona, kelembutan, keanjalan dan tekstur kulit, juga merawat gatal-gatal pada kulit. Sekiranya di makan, akan dapat melancarkan pengaliran darah, menanggani masalah kedatangan haid, merawat usus dan masalah penghadaman, melegakan batuk-batuk, melegakan pernafasan pesakit asma, mengurangkan keradangan dan menurunkan kepanasan ketika demam. Ada juga menyatakan, za’faran mampu merawat masalah mati pucuk (impoten) pada kaum lelaki, dan menguatkan tenaga batin.
*Tip Pemilihan dan Simpanan
[Artikel ini bukan bertujuan sebagai preskripsi ubat-ubatan pada sebarang jenis penyakit, tetapi hanya sebagai informasi bagi menambah ilmu pengetahuan]

"Barangsiapa yang memakan za’faran dan makan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga di tuduh melakukan sihir”Sejauh ini, belum ada bukti-bukti jelas bagi memastikan maksud sebenar Za’faran……… Mudah-mudahan akan ada para sarjana dan bijak-pandai yang dapat merungkai kekeliruan ini di masa hadapan. Justru, post ini sekadar memberi focus perihal rempah herba Za’faran di segi manfaat kesihatan.
Za'faran Rempah Herba
Za’faran (زَعْفَرَان), rempah herba yang eksotik, sebagaimana ia dikenali oleh negara-negara di rantau Arab. Za’faran berasal dari perkataan arab yang berarti "jadikanlah kuning". Saffron, bagi negara-negara Barat dan Eropah. Kuma-Kuma, bagi negara-negara Kepulauan Melayu. Za'faran di anggap Raja Segala Rempah (King of Spices).
Pohon za’faran dipercayai berasal di persekitaran Timur Tengah, dari Selatan Eropah melewati hingga ke Iran. Kini di tanam di serata dunia; terutama Sepanyol, Itali, Perancis, Greece, Turki, Iran, Afghanistan, India, Kashmir dan China (wilayah Henan, Jiangsu, Hunan, Shanghai, dan Tibet). Iran merupakan pengeluar terbesar dunia, disusuli dengan Sepanyol, kemudian Portugal, Perancis, Itali, Turki, India, Kashmir dan China.
Pohon za’faran tumbuh di kawasan gersang seperti padang pasir, tetapi memerlukan air. Pengairan melibatkan kos yang tinggi. Banyak tenaga manual dan masa diperlukan; urusan penanamannya melalui tunas bebawang, menjaga, merawat dan memungut hasil dari kuntum-kuntum bunga dengan bersegera, dan memisahkan stigma dari kelopak bunga-bunga. Kira-kira 150,000 bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 kg za'faran. Untuk mendapat hasil 3kg-5kg, 1 hektar tanah perlu digunakan. Justru, rempah za’faran menjadi termahal di dunia. Harga za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 - 23,000.00 sekilo mengikut gred!
Za’faran Tiruan. Disebabkan harganya yang begitu tinggi, dan faktor permintaan yang tidak pernah susut, maka terdapat produk–produk tiruan atau ia di campur dengan bahan-bahan murah yang diwarnai sama dengan warna za’faran.
Bagi mengenal-pasti samada sesuatu produk za’faran itu asli atau tiruan, disarankan rendam sedikit za’faran tersebut ke dalam air suam. Sekiranya air dengan cepat bertukar warna, maka za’faran itu adalah tiruan. Za’faran asli mengambil masa kira-kira 10-15 minit untuk warna merah-keemasan dan aromanya mula menunjukkan sifat.
Nutrien Za'faran
Herba rempah eksotik ini mengandungi berbagai zat makanan yang baik untuk kesihatan tubuh.
Za’faran mengandungi zat-zat gizi utama dan kelumit; seperti tembaga, potassium, kalsium, manganese, besi, selenium, zinc dan magnesium. Zat gizi potassium penting bagi mengendali cecair di dalam sel dan seluruh tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Manganese dan tembaga digunakan oleh tubuh sebagai faktor gandingan kepada enzim anti-oksidan superoxide dismutase. Besi pula penting bagi penghasilan sel-sel darah merah dan sebagai faktor gandingan kepada enzim cytochrome oxidases.
Di samping itu, za’faran juga menjadi sumber vitamin-vitamin penting; seperti vitamin A, B9, B2, B3, vitamin C yang bermanfaat memelihara kesihatan yang optima.
Khasiat Za'faran
Za’faran mengandungi lebih dari 150 bahan kimia organik dan mengeluarkan aroma. Bahan kimia 'volatile'; seperti picrocrocin, safranal, cineole, phenethenol, pinene, borneol, geraniol, limonene, p-cymene, linalool, terpinen-4-oil, dll. Bahan kimia tidak 'volatile', kebanyakannya adalah karotenoid; seperti crocin (crocetin digentiobiose ester) αlfa-crocin, crocetin, dimethylcrocetin, zea-xanthin, lycopene, dan alfa dan beta-carotenes dll.
Beberapa kajian dan ujikaji sains moden menunjukkan karotenoid yang terkandung di dalam za’faran memiliki nilai yang tinggi sebagai anti-kanser, anti-perubahan genetik, pengawalan sistem kekebalan tubuh, dan anti-oksidan bagi memerangi gejala radikal bebas.
Nilai Anti-Kanser
Za’faran mengandungi sejenis kimia karotenoid organik yang berpotensi tinggi memelihara kesihatan tubuh, iaitu crocetin. Struktur kimia crocetin merupakan pusat kepada crocin. Crocetin adalah anti-tumor dan anti-kanser, mampu menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel-sel tumor yang menyebabkan kanser.
Beberapa kajian menonjolkan fungsi crocetin yang ketara, memberi kesan positif kepada sel-sel kanser:
- menghalang pembinaan sembarangan asid nucleik (DNA and RNA) yang melibatkan perubahan penampilan, pertumbuhan dan penghasilan berulang gene).
- mempertingkat sistem anti-oksidan (menghapus radikal bebas dan meringan beban oksidasi), melalui penghasilan glutathione dan juga enzim-enzim yang berkaitan dengan glutathione. Glutathione adalah penghulu segala anti-oksidan, berkuasa tinggi memerangi radikal bebas dan menghalang rebakan kanser.
- mengekalkan kematian sel-sel secara normal.
- menghalang pekembangan/pertumbuhan sel-sel kanser.
Nilai Anti-Oksidan
Seperti yang diketahui, za’faran mengandungi banyak bahan kimia organik, 3 darinya yang bernilai tinggi bagi kesihatan ialah: Crocin, Picrocrocin dan Safranal.
Crocin. Crocin adalah bahan kimia karotenoid alami yang mengeluarkan warna oren atau kuning-keemasan kepada za’faran. Bila za’faran di rendam di dalam air, ia akan mengeluarkan warna oren atau kuning-keemasan. Manakala bahan kimia Picrocrocin pula yang menyebabkan rasa pahit pada za’faran. Crocin merupakan karotenoid utama, mempunyai nilai anti-oksidan yang tinggi bagi melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. Juga memiliki nilai anti-kanser dan anti-tekanan jiwa.
Safranal. Safranal ialah bahan yang mengeluarkan aroma. Ia merupakan komponen utama minyak pati/essential/atsari za’faran. Safranal juga mempunyai nilai anti-oksidan dan mengawal tahap keracunan yang terhasil dari sel-sel kanser. Safranal sebagai anti-oksidan, kurang berkuasa apabila di banding dengan crocin.
Menurut kajian klinikal yang dilakukan di Itali dan Australia, za’faran yang mengandungi banyak zat-zat anti-oksidan seperti crocetin, dimethylcrocetin, dan zeaxanthins, mampu melindungi kesan silau cahaya pada mata, dan mengurangkan bebanan pada retina mata. Ia juga melambatkan proses ARMD (age-related macular degeneration atau kemerosotan penglihatan disebabkan usia), mampu merawat, menyembuh, memperbaiki organ mata; dan melindungi sel-sel neuron dan seluruh sistem saraf yang berkaitan dengan penglihatan.
Justru, za’faran di anggap sebagai senjata yang berkesan bagi menghalang gejala ARMD yang boleh membawa akibat buta penglihatan pada warga yang meningkat usia 50 tahun ke atas. Terdapat juga lapuran bahawa za’faran mampu merawat cataracts.
Anti-Kemerosotan Otak dan Fikiran
Bahan-bahan kimia alami crocin, crocetin dan safranal mampu menghasilkan kesan positif terhadap sesiapa yang mengalami kemorosotan otak dan fikiran. Bahan-bahan tersebut dapat memperbaiki dan mempertingkat kemampuan ingatan dan pemahaman.
Kajian juga menunjukkan za’faran mempunyi nilai anti-tekanan jiwa. Za’faran menambah penghasilan hormon ceria “serotonin”, yang dikeluarkan sebagai isyarat kepada otak. Dengan pertambahan kadar serotonim, akan membantu melegakan sistem saraf yang tegang, menenangkan fikiran yang bercelaru dan meredakan emosi yang tertekan.
Manfaat Pada Jantung
Kajian perubatan juga menunjukkan karotenoid crocetin dapat menambah peredaran oxygen melalui plasma dan cecair lain, justru meningkatkan lagi bekalan oxygen ke spora dan saluran pernafasan.
Juga mampu menurunkan kandungan kolesterol dan tompokan lemak “triglycerides” di dalam tubuh, membantu melerai tompokan plaque di dalam saluran darah (atherosclerosis), dan melancar pengaliran darah. Justru, menyihatkan jantung.
Lain-lain Manfaat Kesihatan
Nilai-nilai perubatan za’faran sangat banyak. Sejak zaman berzaman za’faran sudah digunakan dalam perubatan tradisional. Sehingga kini ia tetap digunakan. Sekiranya di sapu pada kulit yang bermasalah, dipercayai akan memperbaiki tona, kelembutan, keanjalan dan tekstur kulit, juga merawat gatal-gatal pada kulit. Sekiranya di makan, akan dapat melancarkan pengaliran darah, menanggani masalah kedatangan haid, merawat usus dan masalah penghadaman, melegakan batuk-batuk, melegakan pernafasan pesakit asma, mengurangkan keradangan dan menurunkan kepanasan ketika demam. Ada juga menyatakan, za’faran mampu merawat masalah mati pucuk (impoten) pada kaum lelaki, dan menguatkan tenaga batin.
*Tip Pemilihan dan Simpanan
Nasi Briyani & Za'faran |
- Za’faran kering adalah lebih baik dari serbuk, kerana serbuk lebih mudah di campur dengan bahan-bahan lain oleh pengedar/pengeluar yang tidak bertanggungjawab.
- Za’faran kering berwarna oren-kuning terang. Setiap helai panjangnya kira-kira 2-4 sm. Za’faran kering yang berkualiti rendah akan terdapat warna-warna pudar dan tompokan.
- Za’faran kering perlu di tutup rapi, kerana ia amat sensitif pada udara dan pertukaran pH. Perlu di simpan di tempat yang terlindung dari cahaya, kerana cahaya akan memudarkan pigmen yang mewarnainya, dan mengurangkan rasa istimewa za’faran.
- Rempah za’faran mempunyai rasa pahit seperti madu, tetapi beraroma harum. Jika terlalu banyak digunakan pada makanan, akan memberi rasa yang agak pahit. Hanya sekelumit za’faran sudah mencukupi bagi menambah kayarasa dan warna pada seluruh sajian.
[Artikel ini bukan bertujuan sebagai preskripsi ubat-ubatan pada sebarang jenis penyakit, tetapi hanya sebagai informasi bagi menambah ilmu pengetahuan]
No comments:
Post a Comment