0

Monday, July 8, 2013

MSM

Apakah MSM    ?

MSM Tablet
MSM Kapsul
MSM Kristal/Flake
MSM Serbuk


MSM adalah singkatan kepada methyl-sulfonyl-methane. Dikenali juga sebagai ‎DMSO2, methyl sulfone, dan dimethyl sulfone.‎

MSM adalah sejenis zat makanan. Belerang atau "sulfur" merupakan komponen utama dalam MSM, iaitu kira-‎kira 34%. ‎Belerang adalah zat gizi nombor 4 paling banyak terdapat di dalam tubuh ‎manusia. Kepentingan MSM lebih merujuk kepada kandungan belerang didalamnya.

MSM wujud secara semulajadi/alami dalam semua makanan mentah di darat mahu pun di ‎laut; seperti sayur-sayuran, buah-buahan, telur, daging ayam itik lembu kambing, ikan dan makanan laut ‎lainnya. Susu mentah merupakan sumber terkaya dengan kandungan MSM.

‎Warna MSM putih salju, berkristal, mudah terserap air, tidak berbau, dan rasanya tawar. MSM ‎sintetik, rasanya sedikit pahit. MSM bukan dari jenis ubat atau dadah, tetapi sebagai zat ‎gizi/galian yang diperlukan oleh tubuh untuk hidup.‎

Supplemen MSM boleh didapati di pasaran dalam bentuk tablet, kapsul, kristal/flake dan serbuk. ‎Juga terdapat dalam bentuk krim dan losyen.

Perlukah MSM    ?

MSM adalah zat makanan yang membekalkan zat gizi belerang. Belerang merupakan unsur yang ‎perlu ada di dalam tubuh. Sememangnya sangat diperlukan oleh mana-mana bahagian tubuh. Belerang berada di ‎setiap jenis sel-sel tubuh. Banyak terdapat di dalam otot-otot, tisu-tisu penghubung, kulit, tulang, ‎kuku, rambut, spleen, hati dll. ‎

Belerang sangat penting pada semua sistem tubuh, pada semua organ-organ di dalam tubuh, agar dapat ‎terus berfungsi secara normal. Ia juga merupakan komponen kepada berbagai struktur dan komponen tubuh. Juga terlibat dalam berbagai fungsi di dalam tubuh; seperti hormon, ‎immunoglobulin (protein darah dalam sistem kekebalan tubuh), enzim, insulin, anti-oksidan, nyah-toksin, penghasilan ‎kolagen dan banyak lagi. ‎

Tanpa belerang, ‎hampir semua sistem dan unsur-unsur penting di dalam tubuh tidak mampu berfungsi ‎dengan sempurna. Natijahnya, banyak masalah kesihatan yang pasti akan timbul. ‎

Gayahidup kemodenan semakin berubah. Jenis-jenis makanan juga berubah. Banyak makanan ‎yang di proses secara industri, semakin kurang bahan makanan secara mentah dan semulajadi. Belerang semakin ‎sulit diperdapat melalui makanan harian. Kebanyakan orang mungkin tidak ‎mendapat bekalan belerang yang mencukupi ‎dalam diet harian mereka. Memasak dan juga proses ‘pasteur’ boleh menghilangkan belerang, kerana belerang ‎mudah terserap air,  mudah luluh dan bertukar menjadi ‎wap, mudah hilang ‎ketika memproses makanan. Proses ‘pasteurization’ boleh ‎mengurangkan kandungan MSM (bersama belerang) sehingga kira-kira 50 %.‎ Justru, pengambilan supplemen MSM ‎dapat membantu memelihara kesihatan tubuh. ‎Dan lagi, ia tidak lansung membahayakan ‎kesihatan. ‎

Apakah Manfaat Kesihatan MSM    ?

Ramai orang berpusu-pusu ke kolam air panas, untuk mandi-mandian, bagi melegakan ketegangan dan sakit otot, masalah keradangan sendi, gout dan sebagainya. Air panas, dari jajaran pembentukan gunung berapi, kaya dengan zat belerang semulajadi/alami.

Ramai pakar-pakar kesihatan dan permakanan sedar, dan kajian sains juga menunjukkan, bahawa belerang menyumbang kepada gayahidup yang sihat dan aktif. Beberapa kajian sains sedang giat dijalankan bagi mengenal-pasti manfaat sebenar belerang kepada pelbagai struktur dan fungsi di dalam tubuh. Yang pasti MSM, khususnya zat gizi belerang di dalamnya, kini semakin dihargai sebagai supplemen penting bagi memelihara kesihatan yang optima.

1     MSM, Faktor Gandingan Pelbagai Nutrien. MSM membantu tubuh menyerap lebih banyak zat-zat makanan (seperti vitamin dan zat gizi). Contohnya, B5 (asid pantothenik), Vitamin A, D, dan E, ‎enzim-enzim, asid amino, selenium, kalsium, germanium, collagnol dan ‎dismuzyme dll., kesemua ini tidak dapat digunakan oleh tubuh dengan maksima bila tidak ada belerang dalam kadar yang mencukupi sebagai faktor gandingan. Enzim "co-enzyme Q10" tidak dapat digunakan tanpa MSM (belerang). MSM, bergandingan dengan vitamin C, membantu tubuh membina sel-sel baru, merawat parut-parut pada tisu, mengurangkan kekedutan pada wajah dan kulit, menganjal menyerikan wajah dan kulit, membantu rambut dan kuku tumbuh sihat segar dan kukuh.

Kehadiran MSM dalam kadar mencukupi adalah perlu. Tanpanya zat-zat makanan tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh sepenuhnya. Banyak terbuang begitu saja.

2     MSM, Faktor Gandingan Anti-Oksidan. MSM meningkat kemampuan tubuh menghasilkan anti-oksidan sendiri. Belerang berperanan penting dalam menghasilkan "glutathione" — iaitu penghulu segala anti-oksidan yang ‎dihasilkan sendiri oleh tubuh. Tanpa belerang, glutathione ‎tidak mampu bertindak. Maka, walaupun belerang bukan sebagai anti-oksidan, tetapi berperanan ‎meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan anti-oksidan sendiri (glutathione) bagi menanggani bahaya radikal ‎bebas dengan lebih berkesan.

MSM juga berfungsi sebagai peng-nyah toksin. Semakin usia meningkat, dinding-dinding sel menjadi semakin tebal dan keras. Keadaan ini menyukarkan zat-zat makanan dan oxygen memasuki ke dalam sel-sel, manakala toksin (termasuk "allergen") terus terperangkap di dalam sel-sel kerana tidak dapat melepasi dinding-dinding sel. Belerang mengembangkan dinding-dinding sel, meningkatkan lagi penyerapan zat-zat makanan dan oxygen, dan membantu mengeluarkan toksin yang terperangkap di dalam sel-sel. 

Kurang allergen di dalam tubuh bererti meringankan allergi. Allergi berlaku apabila sistem kekebalan tubuh memberi tindak-balas kepada anasir yang di sebut "allergen", iaitu sesuatu yang di anggap asing kepada sistem tubuh. MSM membantu mengembangkan dinding-dinding sel dan meningkatkan penyerapan, seterusnya memudahkan pengeluaran toksin dan allergen dari sel-sel tubuh dengan cepat.

3     MSM Anti-Keradangan. MSM juga diketahui bersifat anti-keradangan, bermanfaat bagi merawat sendi-sendi, arthritis dan berbagai lagi masalah sendi. Kepekatan belerang di bahagian kartilej "arthritic cartilage" pada pesakit arthritis hanya 1/3 dari tahap normal.

Keradangan dan bengkak berlaku apabila tekanan cecair di dalam sel-sel lebih tinggi dari di luar sel-sel. MSM membantu mengembangkan dinding-dinding sel sehingga mudah menyerap dan mudah mengeluarkan, maka tekanan cecair antara di dalam dan di luar menjadi kembali seimbang, dengan demikian dapat mengurangkan keradangan. Kesakitan yang berlaku akibat dari keradangan adalah disebabkan saraf-saraf di dalam tisu-tisu lembut tertarik dan menegang. Kesakitan akan berkurangan apabila cecair sel semakin seimbang dan bengkak kembali susut.

4     MSM Menyihatkan Tulang, Sendi, Ligamen dll. Belerang sangat diperlukan untuk penghasilan kolagen dan "glucosamine". Keduanya adalah komponen mustahak untuk mengekal kesihatan pada tulang, sendi, ligamen, tendon, tisu-tisu penghubung dan berbagai jenis tisu tubuh yang lain. Belerang seterusnya memelihara keanjalan dan pergerakan tisu-tisu penghubung dan sendi, mengurangkan kekejangan, ketegangan dan bengkak sendi, mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan arthritis, rheumatism, bursitis, dan hip dysplasia.‎

Di samping kolagen, belerang diperlukan bagi menghasilkan keratin. Kedua-dua jenis protein ini penting bagi mengekal rambut, kulit dan kuku yang sihat. Kolagen mengukuhkan pembinaan struktur kulit manakala keratin merupakan komponen utama kepada rambut, kuku, kulit dan lapisan luar gigi. Belerang meng-anjal-kan tisu dan menyumbang kepada baik-pulih kulit yang rosak.

Belerang juga membantu merawat kecederaan dan ketegangan otot, mengurangkan tisu berparut, membantu memulihkan kecederaan tisu-tisu otot selepas berolahraga, meruntuhkan tompokan kalsium dan melancarkan pengaliran darah.

5     MSM Menambah Tenaga. Tahap tenaga bertambah dengan pengambilan MSM kerana MSM membantu dinding-dinding sel lebih menyerap oxygen dan gula dari darah. Belerang juga diperlukan untuk menghasilkan insulin dan komponen-komponen utama lain yang menyumbang kepada metabolisma karbohaidrat.

Contohnya, pesakit kencing manis. Apabila darah membawa gula kepada sel-sel, gula tidak dapat melepasi dinding-dinding sel. Kajian menunjukkan apabila MSM memasuki tubuh, dinding-dinding mengembang memudahkan penyerapan. Organ pancreas (yang memerlukan belerang untuk menghasilkan insulin) tidak perlu dikerahkan untuk mengeluarkan insulin, kerana gula kini sudah mampu melepasi dinding-dinding sel.

Maka, kekurangan bekalan zat belerang dalam permakanan harian boleh menyebabkan kurangnya penghasilan insulin oleh pancreas. Justru, MSM sangat bermanfaat pada pesakit kencing manis bagi menjana tenaga tubuh secara keseluruhannya. 

6     MSM dan Paru-Paru. MSM membantu menguatkan paru-paru, dengan cara pengembangan dinding-dinding sel, sekaligus mengendali cecair yang menyelubungi dinding-dinding sel, alveoli/flora, dan saluran pernafasan dalam paru-paru.

MSM bermanfaat bagi merawat asma, melegakan pernafasan dan menghalang sebarang keradangan pada permukaan selaput paru-paru yang terlibat dalam sistem pernafasan.

7     MSM dan Masalah Perut dan Penghadaman. MSM menyumbang kepada penghadaman yang lebih baik dan penyerapan zat-zat makanan. Ia membantu tubuh memanfaatkan sepenuhnya bahan makanan yang di makan. Vitamin-vitamin yang mengandungi belarang seperti B1 (thiamine) menghalang sembelit, dan B7 (biotin) dan vitamin B-kompleks lainnya, membantu metabolisma kanji, lemak dan protein.

Ramai orang yang sudah berusia mengalami sembelit. Vitamin C ‎bersama dengan MSM membantu melegakan masalah sembelit. Di samping itu, dapat pula bertindak menghapus parasit, bakteria, kulat dan mikrob lain-lain yang berada di dalam usus.

8     MSM Melegakan Kesakitan. Banyak juga lapuran menyatakan bahawa MSM berkesan mengurangkan kesakitan kepada otot-otot, tisu-tisu, cramp terutama pada betis, disebabkan samada kurang aktiviti atau terlebih aktiviti. Bagi ahli sukan dan olahraga, MSM membantu melegakan ketegangan otot dan tisu akibat dari senaman yang berpanjangan dan melibatkan stres dan banyak tenaga.‎ Sudah menjadi amalan MSM sering diberi makan kepada kuda lumba.

Terdapat juga lapuran yang mengatakan MSM dapat mengurangkan dengkuran sewaktu tidur.

9     MSM untuk Otak. MSM dikatakan membantu menambah kepekaan otak berfikir dan memusatkan perhatian "concentration". "Mood" juga menjadi lebih terkawal.

MSM juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala, cramp dan kesakitan pada otot sewaktu PMS atau kedatangan haid yang disebabkan ketidak-saimbangan hormon di dalam tubuh.

Berapakah Dos Saranan dan Tahap Keracunan   ?

‎Menurut kajian sains, MSM telah diperakui selamat di makan atau di minum, meskipun di ambil dalam dos mega. Ia juga  boleh diperkayakan kepada makanan. Sekiranya permakanan penuh ‎dengan sayur-sayuran, ulam-ulaman (lalapan) yang sudah kaya dengan MSM, supplemen MSM masih ‎boleh di makan dan tidak akan mendatangkan sebarang keracunan. Kajian klinikal menunjukkan dos yang sesuai ialah antara 1.5 - 6 gm/hari.

Seandainya dengan pengambilan dos ‎yang lebih tinggi, ada mengalami kesan sampingan seperti: ‎‎
  • perut atau usus penghadaman tidak selesa;
  • bengkak di sekitar buku lali; 
  • sedikit gatal-gatal pada kulit 
Keadaan ini adalah disebabkan kesan positif nyah-toksin yang berlansung di dalam tubuh hasil tindakan dari MSM. Kesan sampingan ini boleh dikurangkan apabila dos dikurangkan. Dos boleh ditingkatkan kembali secara beransur, sebaiknya setiap tahap peningkatan sebanyak 500 mg sehingga tubuh merasa selesa dengan dos 1.5 - 6 gm/hari. ‎‎

Bagaimana Memilih Supplemen MSM Yang Berkualiti    ?‎

Sepertimana lain-lain supplemen, persoalan kualiti adalah isu penting. Beberapa faktor dapat ‎membantu mengenal-pasti MSM yang berkualiti tinggi. ‎

1)‎ ‎ Faktor Pembuatan Kristal, Serbuk, Kapsul dan Tablet

Kristal/flake MSM. Kristal atau flake adalah sama, bezanya hanya nama. Teknologi terkini “hi-tech" mampu membentuk ‎kristal yang halus dan saksama saiznya. ‎Kristal/flake tidak memerlukan bahan pelerai “flow agent” kerana ia tidak mudah menggumpal. ‎Jika pun menggumpal, ia seperti bola salju lembut yang mudah lerai. Bahan-bahan pengental ‎‎“bulking” jarang digunakan kerana tidak perlu. ‎

Serbuk. Hi-tech juga telah mampu menghasilkan MSM sehalus serbuk. ‎Pengeluar MSM yang tidak mempunyai hi-tech akan mengisar kristal sehingga menjadi halus seperti serbuk ‎kapur. ‎Tentang MSM serbuk kisar, terdapat 3 perkara yang perlu dikhuatirkan: ‎
  1. ‎MSM serbuk yang di kisar cenderung menggumpal menjadi besar (kadangkala keras seperti ‎ketulan ais), akan menyusahkan pengguna kemudiannya. ‎
  2. ‎ia mungkin di campur bahan pelerai yang seakan sama bentuk dan warnanya dengan sebuk ‎halus MSM agar serbuk tidak menggumpal dan mudah lerai. Bahan-bahan pelerai yang ‎murah selalu digunakan; seperti silica, magnesium Stearate atau serbuk putih talc. ‎
  3. ‎magnesium Stearate atau serbuk putih talc juga sering digunakan sebagai bahan tambahan ‎‎“bulking ingredient” atau “fillers” agar kelihatan banyak dan lebih mendatangkan keuntungan. ‎
Tablet dan Kapsul. Selalunya gred MSM yang murah di hasilkan dalam bentuk tablet. Pemprosesan tablet menjadikan MSM kurang “bio-available”. Tablet dan kapsul sering di tambah dengan ‎sedikit bahan “bulking ingredient” atau “fillers” magnesium Stearate and silicon dioxide. ‎

Justru, MSM kristal/flake adalah lebih baik !!!‎

2)‎ Faktor Suci-bersih

Kesucian-kebersihan dalam proses pembuatan adalah penting bagi menentukan kualiti sesuatu ‎produk, samada kristal/flake, serbuk, kapsul atau tablet. Setiap penjual akan mengatakan produknya 99% suci-bersih. Kita sebagai pengguna memang sukar ‎menyelidik kesahihannya. Mungkin penyelidikan melalui internet dari lapuran makmal yang ‎dikeluarkan oleh mana-mana pengusaha dapat membantu. ‎

Terdapat rungutan dan bukti tentang kualiti ‎MSM sintetik yang dihasilkan dari China, dan juga India. Sejauh yang diketahui, hanya satu pengeluar dari China yang menggunakan ‎air suci-bersih dan mempunyai kawalan kualiti yang tinggi. ‎

Dua (2) pengeluar terbesar, OptiMSM dari syarikat Bergstrom Nutrition (USA) dan DistilPure (Kanada) dikenal-pasti menggunakan air suci-bersih dan mempunyai ‎kawalan kualiti yang juga tinggi. ‎

3)‎ Faktor “Bio-Available”‎

‎"Bio-available" adalah penting bagi mana-mana supplemen vitamin atau pun zat gizi. Ini termasuk ‎MSM. Bio-available bererti sedia di serap dan digunakan oleh tubuh sehingga ke peringkat ‎sel-sel. ‎ Selalunya supplemen dari sumber organik lebih bio-available dan selamat. Jarang sekali ‎mendatangkan kesan sampingan pada tubuh. Berbeza dengan sintetik yang dihasilkan dari makmal kimia, kerapkali menjadi tidak seraksi pada penghadaman atau pun pada ‎sel-sel tubuh, mengakibatkan timbul berbagai kesan sampingan. Justru, jenis MSM yang boleh di anggap bersedia menyumbang kepada kesihatan tubuh adalah dari sumber organik ‎dan bio-available !!!‎
  1. ‎Syarikat DistilPure dikenal-pasti menggunakan sumber bahan organik dari pokok pine, menjadikan MSMnya  bio-available.
  2. ‎Syarikat OptiMSM pula dipercayai adalah sintetik, menggunakan sumber dari bahan "fossil fuel" petro-kimia yang suci-bersih, di anggap OK oleh para doktor dan pengkaji. * "fossil fuel" adalah bahan-bahan seperti minyak, batu arang dan gas asli yang bersumber dari tumbuhan dan kehidupan lama tertanam di dasar laut atau darat.
MSM Kristal/Flake dari DistilPure, organik, sumber dari pokok pine 
MSM Kristal/Flake dari OptiMSM - sintetik, sumber dari bahan "fossil fuel" petro-kimia
MSM yang terbaik adalah dari sumber organik, dari alam semulajadi/alami !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...