Organ Kulit
Kulit adalah organ yang terbesar pada tubuh manusia. Ia mempunyai pelbagai fungsi; melindungi tubuh dari hawa alam sekitar. Membantu mengimbangi suhu, cecair dan elektrolait (electrolyte) di dalam tubuh. Di dalam kulit terkandungi reseptor saraf, dengan demikian mampu merasa sebarang sentuhan, ransangan, urutan, kesakitan, kedinginan, kepanasan, tekanan dsbnya.
Kulit terdiri dari beberapa lapisan. Secara amnya, terbahagi kepada 3 :
• Bahagian luar di sebut epidermis, mengandungi sel-sel kulit, pigmen dan protein.
• Bahagian tengah di sebut dermis, mengandungi saluran-saluran darah kecil, saraf, folikel (akar) rambut, kelenjar keringat/peluh dan kelenjar berminyak. Dermis juga berfungsi membekalkan nutrien kepada epidermis.
• Bahagian dalam di bawah lapisan dermis di sebut lapisan-lapisan hypodermis atau subcutis/subcutaneous tissue, mengandungi kelenjar keringat/peluh, juga folikel (akar) rambut, saluran-saluran darah kecil, dan lapisan lemak. Setiap lapisan mengandungi tisu-tisu penghubung. Tisu-tisu penghubung menghubungkan kulit dengan serat kolagen dan serat elastin; serat kolagen mengukuhkan struktur kulit, dan serat elastin menganjal dan mengutuhkan kulit.
Kulit yang sihat, lelaki mahupun perempuan, akan kelihatan segar, bugar, bersih, anjal, dan licin. Tubuh kelihatan menarik dan tampan. Pada perempuan, wajah kelihatan cantik, jelita dan bersinar.
Memelihara kulit agar sentiasa sihat adalah perlu. Pada kebanyakan orang, kulit akan mula bermasalah apabila meningkat usia. Salah satu gejala atau masalah kulit ialah kulit tipis dan kendur.
Apa Yang Menyebabkan Gejala Kulit Tipis dan Kendur ?
Gejala tipis kulit dan kendur adalah akibat dari beberapa faktor. Antaranya ialah proses penuaan, dedahan lama kepada cahaya matahari, dedahan kepada kimia industri, makanan yang kurang berkhasiat, allergi, gayahidup, gaya pakaian, ubat-ubatan, genetik, penyakit-penyakit yang dihidapi, perubahan cuaca, haba dalaman rumah atau pun suasana persekitaran.
○ Proses Penuaan
Penuaan adalah proses semulajadi yang pasti dialami oleh setiap manusia. Kulit tubuh berubah selari dengan usia; semakin tipis, kering, kusam, berkedut, lembek dan kendur menandakan usia semakin meningkat.
Epidermis. Lazimnya, apabila usia meningkat, bahagian epidermis menjadi semakin tipis, pucat, dan jernih. Meskipun lapisan-lapisan sel dalam kulit tidak berubah, tetapi jumlah sel-sel yang mengandungi pigmen “melanocytes” semakin berkurangan, dan saiznya semakin membesar. Tompok pigmen yang besar (di sebut tompok usia, tompok hati, atau lentigos) pula mula muncul di bahagian tubuh yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.
Dermis. Saluran-saluran darah kecil dalam dermis pula akan menjadi lebih mudah pecah, rapuh, atau retak. Keadaan ini memudahkan berlaku kecederaan atau pendarahan (di sebut “purpura”) dalam lapisan kulit. Akan tampak dan ketara pada permukaan lengan dan mana-mana bahagian tubuh.
Kelenjar keringat pula semakin kurang mengeluarkan peluh. Kurang peluh bererti kurang kemampuan tubuh mengawal suhu tubuh. Oleh kerana tubuh kurang kemampuan mengimbangi suhu secara semulajadi, kedinginan tubuh yang melampau (hypothermia) juga boleh berlaku apabila berpanjangan terdedah kepada cuaca dingin.
Kelenjar “sebaceous” juga semakin kurang mengeluarkan minyak, kulit akan kelihatan kering, kusam, kendur dan gatal-gatal. Lelaki hanya menghasilkan sedikit minyak selepas usia 80, dan wanita pula mengalaminya apabila selepas menopaus.
Subcutis. Lapisan tisu “subcutis” berlemak kurang mengeluarkan lemak semakin usia meningkat, menjadikan lapisan berlemak semakin tipis. Keadaan ini mengurangkan ciri-cirinya sebagai pelapis atau pemampan empuk yang berfungsi sebagai pelindung kepada bahagian dalaman tubuh.
Apabila meningkat usia, kolagen dan elastin menjadi semakin lemah. Perubahan pada tisu penghubung akan turut berlaku, mengurangkan kekuatan dan keanjalan kulit, akan tampak lembek dan kendur. Keadaan ini dikenali sebagai “elastosis.”
Apabila lapisan tisu subcutis terjejas, maka saraf reseptor juga turut terjejas. Kemampuan deria rasa akan semakin berkurangan.
Berbagai jenis ketuat atau kutil dan kecacatan kulit akan mula timbul, perkara biasa yang terjadi kepada warga berusia.
Sekiranya kulit luka atau tercedera, proses kesembuhan pula semakin lambat.
○ Dedahan Berpanjangan Kepada Cahaya Matahari
Dedahan berlebihan kepada sinaran matahari juga merupakan salah satu sebab yang mempercepat proses penuaan Sinaran UVB dan UVA dari matahari akan meruntuhkan kolagen dan elastin, 2 komponen yang mendirikan kulit. Kulit menjadi berubah warna, tipis dan kendur, selalunya mula timbul pada lengan dan tangan oleh kerana bahagian-bahagian ini sentiasa terdedah kepada sinaran matahari. Garis-garis kulit akan jelas kelihatan terutama di sekelilling kelopak mata dan sudut bibir, di sebut “photoaging”.
Kulit manusia juga terdiri dari berbagai jenis. Jenis kering lebih mudah menipis dari kulit jenis lembab. Setengah orang pula memiliki kulit yang lebih mudah rosak apabila terdedah kepada cahaya matahari. Dan setengah orang pula memiliki kulit yang tidak mudah rosak, namun begitu, sekiranya berpanjangan terdedah kepada sinaran matahari, lambat laun lapisan dermis akan mengalami kerosakan pada serat kolagen dan serat elastin.
○ Penggunaan Steroid Berlebihan
Steroid, samada di makan atau di sapu pada kulit, selalu digunakan bagi mengurang keradangan pada tubuh, atau menanggani beberapa jenis penyakit seperti psoriasis dan eczema.
Menurut lapuran dari Klinik Mayo pula, beberapa jenis ubat-ubatan daripada steroid boleh melemahkan saluran-saluran darah di dalam kulit. Secara keseluruhannya, akan melemahkan struktur kulit. Penggunaan krim, losyen atau salap steroid dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan kulit menjadi tipis.
○ Kekurangan Hormon Testosterone
Kajian sains juga menunjukkan semakin usia meningkat, tahap hormon lelaki “testosterone” akan semakin berkurangan pada lelaki dan juga wanita. Kekurangan testosterone akan menyebabkan kulit semakin tipis, terutama pada bahagian siku, lutut, kulit buah zakar dan kulit zakar.
○ Faktor Genetik
Faktor genetik juga merupakan salah satu sebab penipisan kulit. Sekiranya keluarga mengalami kulit tipis mungkin anda juga akan mengalaminya.
○ Gejala Dari Penyakit
Masalah kulit lazim berlaku kepada warga berusia. Lebih dari 90% warga berusia mengalami masalah kulit. Kadangkala sukar untuk dikenal-pasti samada ianya dari proses penuaan atau akibat dari penyakit. Menurut Klinik Mayo, terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan atau berkait-rapat dengan kulit menjadi tipis. Antaranya: • Acrogeria (juga dikenali sebagai sindrom Gottron), • Atopic dermatitis • Ehler's-Danlos syndrome, • Frohlich syndrome, • Cushing syndrome, • Cushing's disease • Goltz syndrome, • amyloidosis • adrenal cancer, • Cockayne Syndrome, • Daentl-Townsend Syndrome, • Fontaine-Farriaux-Blanckaert Syndrome, • Growth Hormone Receptor Deficiency and • Hutchinson Gilford Syndrome, • Erythema ab igne - skin thinning • Lethal restrictive dermopathy • Lichen sclerosis - skin thinning • Poikiloderma of Kindler - skin thinning • Recurrent hereditary polyserositis.
Bagaimana Menanggani Gejala Kulit Tipis dan Kendur ?
1 Zat Makanan Yng Diperlukan Oleh Kulit
Beberapa jenis zat makanan bermanfaat melindungi kulit tubuh dari kesan radikal bebas yang merosak dan mempercepat proses penuaan, tipis dan kendur kulit. Dengan demikian, vitamin-vitamin anti-oksidan seperti vitamin C, E, vitamin A dan beta-karotein adalah perlu.
Vitamin C dan Kolagen
Vitamin C terlibat secara lansung dalam setiap peringkat proses penghasilan kolagen. Kolagen tidak dapat dihasilkan tanpa vitamin C.
Kolagen adalah sejenis protein yang paling banyak terdapat di dalam tubuh. Ia berada pada setiap anggota tubuh. Ia berupa serat putih yang liat dan teguh, lebih teguh dari kawat/dawai logam yang sama ukuran. Ia juga sebagai "elatin" berwarna kuning (lapisan pelindung pada urat saraf). Ia merupakan komponen utama pada serat-serat tisu yang saling terhubung; seperti kulit, tendon, ligamen, cartilage, jantung, cornea mata, tulang, gigi, usus, pembuluh-pembuluh dan saluran-saluran darah, bahkan pada setiap bahagian tubuh. Semuanya terikat rapi mendirikan seluruh tubuh.
Dos : Vitamin C tidak memudaratkan tubuh meskipun di ambil dalam dos mega. Dos saranan yang manasabah dari Linus Pauling Institute ialah 2,000 mg/hari.
Vitamin E
Vitamin ini melindungi kolagen dan elastin dari kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari. Losyen vitamin E sering digunakan untuk merawat lapisan kulit epidermis yang terbakar oleh sinaran UV matahari. Ia juga digunakan sebagai pelindung kepada sinaran matahari; sebaiknya kira-kira 20 minit untuk di serap ke dalam epidermis sebelum terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga anti-oksidan yang amat berkesan menghalang kerosakan pada sel-sel tubuh dan kolagen yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas adalah molekeul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kering, kendur, berkedut dan mempercepat proses penuaan.
Vitamin E menyihatkan tisu-tisu dan melembab, mengawet dan mengurangkan garis-garis dan kekedutan pada kulit.
Dos Saranan dari Kementrian Kesihatan Malaysia: 1,000 mg /1,500 IU untuk warga 19 tahun ke atas.
Vitamin A
Vitamin A diperlukan bagi perkembangan dan pertumbuhan sel-sel baru. Vitamin A juga membantu meningkat penghasilan kolagen dan menebalkan lapisan dermis. Hasilnya, kulit dan tampak lebih segar dan anjal.
Vitamin A juga bersifat anti-oksidan, ia memperbaiki sebarang kerosakan sel-sel yang diakibatkan oleh radikal bebas yang menyebabkan kulit menjadi berkedut dan kendur. Vitamin A membantu menganjal, melembap dan menghalang kulit dari sebarang jangkitan pada bahagian yang tercedera.
Vitamin ini sering juga digunakan sebagai krim sapuan untuk anti-kekedutan. Pengambilan vitamin A akan menjadikan tubuh lebih sensitif kepada cahaya matahari, justru penggunaan yang manasabah adalah dianjurkan.
Kajian yang dikeluarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition" October 2007, kulit wanita dewasa dan berusia yang kurang mendapat bekalan vitamins A and C akan lebih kering, dan berkedut.
Dos Saranan dari Kementrian Kesihatan Malaysia: 600 μg (2000 IU) untuk warga 19 tahun ke atas. Had maksima yang masih selamat tidak di beritahu. Justru, menurut FNB (Food & Nutrition Board dari Institute of Medicine, USA) 3,000 μg (10,000 IU) adalah dos maksima yang masih selamat.
Vitamin K
Kulit orang berusia lebih mudah tercalar kerana kulit tersebut tipis dan telah kehilangan banyak lemak di lapisan subcutis. Tisu-tisu penghubung yang memantabkan saluran-saluran darah di bawah kulit juga semakin lemah. Vitamin K diperlukan sebagai faktor gandingan kepada penghasilan protein di lapisan bawah kulit, dengan demikian dapat mengurangkan gejala kulit tipis dan kendur.
Sifat lain yang ada pada vitamin K ialah anti-penuaan, mampu mengurangkan kekedutan kulit. Kulit di kelopak mata mudah tipis dan berkedut, menjadikan saluran-saluran darah kecil pecah-pecah. Kesannya akan tampak kehitaman di kelopak mata. Krim sapuan vitamin K selalunya di sapu kepada kawasan hitam kelopak mata bagi menghilang kesan hitam atau melicinkan kulit yang tidak rata. Selalu juga krim vitamin K digunakan bagi mengurangkan kesan tipis kulit, parut calar, parut tisu kulit yang pecah, rosacea dsbnya.
Zinc
Zat gizi zinc jarang di beri perhatian sepertimana vitamin C, E dll. Namun, ia turut penting dalam menyihatkan dan membentuk tona kulit pada keseluruhannya. Kekurangan zinc akan menimbulkan berbagai masalah pada kulit seperti kulit tipis dan gatal-gatal, terutama pada warga berusia.
Zinc juga menyemarakkan penghasilan serat kolagen dan elastin. Dengan demikian, mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain.
.
Coenzyme Q10
Coenzyme Q-10 (CoQ10) berada di mana saja di dalam tubuh, dalam setiap sel dan tisu. Ia adalah sejenis enzim yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi. CoQ10 terlibat dalam setiap fungsi tubuh, termasuk penghasilan tenaga, melawan radikal bebas, dan menyihatkan sel-sel tubuh dan menghalang proses penuaan.
Tubuh muda mampu menghasilkan banyak CoQ10. Tetapi apabila meningkat usia beberapa faktor menjejaskan tubuh menghasilkan tahap CoQ10 yang mencukupi. Kekurangan coenzyme-Q10 boleh mengakibatkan kulit tidak dapat menghasilkan kolagen dan elastin yang mencukupi. CoQ10 membantu menganjal dan mengawet kulit, dan menghalang kedutan dan kendur sehingga di label sebagai "The Secret Fountain of Youth."
2 Perlindungan Dari Cahaya Matahari
Panas terik yang berkepanjangan kerap membuat kulit kekeringan. Penggunaan krim, losyen sapuan pada kulit berguna bagi melindungi kulit tubuh dari panahan cahaya matahari (sinaran UVB dan UVA) sebelum keluar berpergian. Krim pelembab juga berfungsi memelihara kulit agar tetap kenyal dan anjal. Banyak jenama yang memiliki “sun protection factor” (SPF) 15 atau lebih kini terjual di pasaran.
Pakaiaan yang sesuai, seperti baju berlengan panjang, topi, seluar panjang (celana), dan sun-glasses juga dapat melindungi kulit dari kesan cahaya matahari yang boleh meruntuhkan kolagen dan tompok-tompok hitam (hyper-pigmentation) pada kulit.
3 Mengurangkan Penggunaan Steroid
Nasihat dari Klinik Mayo, penggunaan steroid perlu dihadkan bagi menghalang kulit menjadi cepat tipis. Dengan menukar steroid kepada ubat-ubatan jenis lain seperti krim “Elidel” boleh mengurangkan tipis kulit.

Tubuh sentiasa memerlukan bekalan vitamin C setiap hari, untuk menghasil, membina, mengutuh dan menyihatkan kolagen. Kekurangan vitamin C akan melemahkan kolagen. Apabila kolagen kurang dihasilkan, kulit akan mula kelihatan kendur, berkedut dan tipis.Kolagen adalah protein yang penting bagi mengekal kemampanan dan keanjalan tubuh. Kolagen adalah serat yang mendirikan struktur struktur kulit, memperteguh kulit dan tisu-tisu penghubung, memelihara tona dan keanjalan kulit. Menyemarakkan penghasilan kolagen boleh membantu merawat kulit yang kendur dan tipis. Justru, vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh.
Dos : Vitamin C tidak memudaratkan tubuh meskipun di ambil dalam dos mega. Dos saranan yang manasabah dari Linus Pauling Institute ialah 2,000 mg/hari.
Vitamin E
Vitamin ini melindungi kolagen dan elastin dari kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari. Losyen vitamin E sering digunakan untuk merawat lapisan kulit epidermis yang terbakar oleh sinaran UV matahari. Ia juga digunakan sebagai pelindung kepada sinaran matahari; sebaiknya kira-kira 20 minit untuk di serap ke dalam epidermis sebelum terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga anti-oksidan yang amat berkesan menghalang kerosakan pada sel-sel tubuh dan kolagen yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas adalah molekeul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kering, kendur, berkedut dan mempercepat proses penuaan.
Vitamin E menyihatkan tisu-tisu dan melembab, mengawet dan mengurangkan garis-garis dan kekedutan pada kulit.
Dos Saranan dari Kementrian Kesihatan Malaysia: 1,000 mg /1,500 IU untuk warga 19 tahun ke atas.
Vitamin A
Vitamin A diperlukan bagi perkembangan dan pertumbuhan sel-sel baru. Vitamin A juga membantu meningkat penghasilan kolagen dan menebalkan lapisan dermis. Hasilnya, kulit dan tampak lebih segar dan anjal.
Vitamin A juga bersifat anti-oksidan, ia memperbaiki sebarang kerosakan sel-sel yang diakibatkan oleh radikal bebas yang menyebabkan kulit menjadi berkedut dan kendur. Vitamin A membantu menganjal, melembap dan menghalang kulit dari sebarang jangkitan pada bahagian yang tercedera.
Vitamin ini sering juga digunakan sebagai krim sapuan untuk anti-kekedutan. Pengambilan vitamin A akan menjadikan tubuh lebih sensitif kepada cahaya matahari, justru penggunaan yang manasabah adalah dianjurkan.
Kajian yang dikeluarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition" October 2007, kulit wanita dewasa dan berusia yang kurang mendapat bekalan vitamins A and C akan lebih kering, dan berkedut.
Dos Saranan dari Kementrian Kesihatan Malaysia: 600 μg (2000 IU) untuk warga 19 tahun ke atas. Had maksima yang masih selamat tidak di beritahu. Justru, menurut FNB (Food & Nutrition Board dari Institute of Medicine, USA) 3,000 μg (10,000 IU) adalah dos maksima yang masih selamat.
Vitamin K
Kulit orang berusia lebih mudah tercalar kerana kulit tersebut tipis dan telah kehilangan banyak lemak di lapisan subcutis. Tisu-tisu penghubung yang memantabkan saluran-saluran darah di bawah kulit juga semakin lemah. Vitamin K diperlukan sebagai faktor gandingan kepada penghasilan protein di lapisan bawah kulit, dengan demikian dapat mengurangkan gejala kulit tipis dan kendur.
Sifat lain yang ada pada vitamin K ialah anti-penuaan, mampu mengurangkan kekedutan kulit. Kulit di kelopak mata mudah tipis dan berkedut, menjadikan saluran-saluran darah kecil pecah-pecah. Kesannya akan tampak kehitaman di kelopak mata. Krim sapuan vitamin K selalunya di sapu kepada kawasan hitam kelopak mata bagi menghilang kesan hitam atau melicinkan kulit yang tidak rata. Selalu juga krim vitamin K digunakan bagi mengurangkan kesan tipis kulit, parut calar, parut tisu kulit yang pecah, rosacea dsbnya.
Zinc
Zat gizi zinc jarang di beri perhatian sepertimana vitamin C, E dll. Namun, ia turut penting dalam menyihatkan dan membentuk tona kulit pada keseluruhannya. Kekurangan zinc akan menimbulkan berbagai masalah pada kulit seperti kulit tipis dan gatal-gatal, terutama pada warga berusia.
Zinc juga menyemarakkan penghasilan serat kolagen dan elastin. Dengan demikian, mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain.
.
Coenzyme Q10
Coenzyme Q-10 (CoQ10) berada di mana saja di dalam tubuh, dalam setiap sel dan tisu. Ia adalah sejenis enzim yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi. CoQ10 terlibat dalam setiap fungsi tubuh, termasuk penghasilan tenaga, melawan radikal bebas, dan menyihatkan sel-sel tubuh dan menghalang proses penuaan.
Tubuh muda mampu menghasilkan banyak CoQ10. Tetapi apabila meningkat usia beberapa faktor menjejaskan tubuh menghasilkan tahap CoQ10 yang mencukupi. Kekurangan coenzyme-Q10 boleh mengakibatkan kulit tidak dapat menghasilkan kolagen dan elastin yang mencukupi. CoQ10 membantu menganjal dan mengawet kulit, dan menghalang kedutan dan kendur sehingga di label sebagai "The Secret Fountain of Youth."
2 Perlindungan Dari Cahaya Matahari
Panas terik yang berkepanjangan kerap membuat kulit kekeringan. Penggunaan krim, losyen sapuan pada kulit berguna bagi melindungi kulit tubuh dari panahan cahaya matahari (sinaran UVB dan UVA) sebelum keluar berpergian. Krim pelembab juga berfungsi memelihara kulit agar tetap kenyal dan anjal. Banyak jenama yang memiliki “sun protection factor” (SPF) 15 atau lebih kini terjual di pasaran.
Pakaiaan yang sesuai, seperti baju berlengan panjang, topi, seluar panjang (celana), dan sun-glasses juga dapat melindungi kulit dari kesan cahaya matahari yang boleh meruntuhkan kolagen dan tompok-tompok hitam (hyper-pigmentation) pada kulit.
3 Mengurangkan Penggunaan Steroid
Nasihat dari Klinik Mayo, penggunaan steroid perlu dihadkan bagi menghalang kulit menjadi cepat tipis. Dengan menukar steroid kepada ubat-ubatan jenis lain seperti krim “Elidel” boleh mengurangkan tipis kulit.
No comments:
Post a Comment