Herba Kunyit
Kunyit adalah sejenis rempah, tergolong dalam keluarga herba ber-rhizom atau Zingiberaseae, dari genus Curcuma. Nama sains: Curcuma longa.
Herba ini berasal dari persekitaran gunung-ganang banjaran sub-Himalaya. Oleh kerana ia mempunyai nilai komersial, kini di tanam di serata kawasan tropika dan sub-tropika.
Tinggi pohonnya sekitar semeter. Herba kunyit lebih merujuk kepada rumpunan rhizomnya, bersama akar rhizom-rhizom merebak di dalam tanah.
Kulit pada rhizom kunyit berwarna coklat pekat. Isi didalamnya berwarna oren pekat. Daun, tunas-tunas rhizom kunyit mengeluarkan keharuman yang unik. Rasanya agak pedas seakan-akan lada bercampur halia dan sedikit pahit. Apabila di tuai, rhizom kunyit selalunya di masak, di kering, dan di buat serbuk. Serbuk kunyit berwarna kuning, oren, atau coklat pekat mengikut spesis yang sedikit berbeda menurut tempat atau kawasan ia tumbuh.
Kunyit tidak mengeluarkan biji-bijian. Tumbuh semula melalui tunas-tunas rhizom yang tumbuh berumpun di dalam tanah.
Sejarah Kegunaan
Rhizom dan daun kunyit telah lama digunakan secara tradisional oleh masyarakat India. Kunyit sangat sinonim dengan masyarakat India. Mereka telah menggunakanya sejak 2,500 tahun dahulu, sebagai salah satu dari rempah-rempah masakan, upacara keagamaan dan juga untuk tujuan perubatan. Warna kuning terang kepada kuah kari adalah disebabkan kunyit. Ia juga digunakan sebagai pengawet makanan dan penambah selera. Kunyit dikenali juga sebagai "saffron India" kerana warnanya yang kuning terang hampir menyerupai rempah saffron/za’faran.
Rata-rata kunyit digunakan dalam berbagai jenis masakan bagi warga Asia Tenggara, dan Timur Tengah sejak beribu tahun dahulu.
Masyarakat India dan Asia, rata-rata mempercayai kunyit boleh menyembuh berbagai penyakit. Perubatan ayurvedia India dan perubatan China menggunakan kunyit untuk menghapus jangkitan, merawat penyakit kulit dan kecederaan, menanggani masalah keradangan, kemurungan, arthritis, penghadaman, kencing tak lawas, kurang tenaga dan berbagai lagi.
Kajian Sains Moden
Manfaat kesihatan kunyit adalah daripada Curcumin, bahan aktif yang terkandung didalamnya. Curcumin adalah sejenis zat kimia poly-phenolik alami. Ia merupakan pigmen yang menguasai kandungan isi kunyit sehingga memberikan warna oren pekat.
Banyak kajian telah di buat tentang potensi Curcumin menyumbang kepada kesihatan.Yang jelas, Curcumin berciri anti-oksidan yang berkemampuan melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas dan mengurangkan bebanan oksidasi dalam tubuh. Kajian kini giat dijalankan. Sejauh mana keberkesanan Curcumin belum sepenuhnya difahami. Namun kebanyakan kajian-kajian sains tidak menafikan bahawa herba ini adalah penawar yang mujarab bagi merawat berbagai jenis penyakit berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:
• Anti-Oksidan
• Anti-Keradangan
• Anti-Kuman; virus, bakteria, dan kulat
• Anti-Kanser
Manfaat Kesihatan Dari Kunyit
1 Anti-Oksidan
Kunyit, dalam bentuk serbuk atau mentah, mudah di perdapat, di jual di Mall, supermarket, kedai dll. Harganya boleh dikatakan murah. Namun, ia mengandungi nutrien-phyto Curcumin yang hebat. Menurut kajian klinikal, nilai ORAC atau kekuatan anti-oksidan bagi setiap 100 gm kunyit, adalah antara yang paling tinggi di kalangan herba rempah.
Kajian dari University of Maryland’s Medical Center mendapati Curcumin bersifat anti-oksidan, sangat berkesan menyirna dan membasmi radikal bebas yang sentiasa menimbulkan berbagai masalah kesihatan kepada tubuh seperti keradangan, arthritis, Alzheimer dan kanser. Radikal bebas adalah jenis sisa kimia, terhasil dari proses metabolisma tubuh secara normal dan juga dari faktor-faktor luar seperti kecemaran udara. Curcumin, sebagai anti-oksidan, boleh menghalang beberapa masalah kesihatan yang kronik ini.
2 Anti-Keradangan
Curcumin memiliki nilai anti-keradangan, sangat berkesan sepertimana ubat kimia anti-keradangan, akan tetapi Curcumin tidak menimbulkan kesan negatif kepada tubuh. Menurut Dr. Randy J. Horwitz, Pengarah Perubatan Arizona Center for Integrative Medicine, Curcumin dari kunyit adalah bahan anti-keradangan alami yang paling berkesan yang terdapat pada hari ini.
Nilai-nilai anti-oksidan dan anti-keradangan yang terdapat pada kunyit menjadikan ia sebagai bahan rawatan semulajadi yang sesuai bagi membantu menghalang atau melambatkan perkembangan penyakit arthritis dan rheumatoid arthritis. Curcumin bertindak mengurangkan enzim COX-2 di dalam tubuh. Dengan mengurangkan enzim ini, Curcumin melegakan sengal sendi, kesakitan, dan bengkak arthritis. Bagi mereka yang mengalami gejala rheumatoid arthritis, Cucumin didapati boleh mengurangkan gejala-gejala tersebut.
Meskipun belum dipastikan oleh kajian sains, namun petunjuk mendapati kunyit dapat menghalang penghasilan protein IL-2 yang boleh memusnahkan lapisan pelindung kepada saraf.
Nilai-nilai anti-keradangan yang terdapat pada kunyit bukan sahaja membantu tubuh melawan penyakit-penyakit yang mengancam nyawa, tetapi juga memperteguh sistem kekebalan tubuh.
3 Anti-Virus, Anti-Bakteria, Anti-Kulat
Curcumin juga mempunyai nilai anti-kuman (virus, bakteria, dan kulat). Nilai-nilai ini bermanfaat menyembuh luka dan sebarang kecederaan, dan mencegah jangkitan pada luka atau lecur.
Curcumin mempercepat kesembuhan pada luka, dan membantu mengembalikan tona kulit yang rosak. Juga membantu merawat psoriasis dan masalah radang kulit yang lain.
*(Paling mudah, kunyit di campur dengan minyak kelapa yang di masak, bila sejuk di sapu pada tempat luka. Minyak boleh di simpan untuk kegunaan masa hadapan).
4 Anti-Kanser
Banyak kajian dijalankan tentang kemampuan Curcumin menghalang kanser. Namun begitu, para saintis belum menemui bukti-bukti yang jelas bahawa Curcumin boleh menyembuh kanser sepenuhnya.
Sejauh yang diketahui, Curcumin membantu menghalang beberapa jenis kanser termasuk prostat, kulit dan usus kolon dengan cara mencegah kehadiran beberapa jenis bahan kimia dan enzim yang menyebabkan kanser. Penemuan terbaru dari para doktor di UCLA mendapati Curcumin menghalang sejenis enzim yang menyebabkan rebakan kanser.
Curcumin juga didapati boleh mencegah pembiakan sel-sel kanser. Curcumin meransang sel-sel kanser untuk lerai-sendiri. Dengan demikian, sel-sel kanser tidak dapat membiak. Dalam keadaan yang normal, tubuh akan cuba meng-nyah sel-sel yang tidak normal termasuk sel-sel kanser melalui proses yang disebut “apoptosis”. Dalam banyak keadaan, sel-sel kanser akan cuba menghalang proses apoptosis. Namun, Curcumin dapat menguasai sel-sel kanser dan menyebabkan sel-sel kanser lerai-sendiri.
Curcumin juga membantut perkembangan saluran-saluran darah dari membentuk menjadi tumor.
Curcumin juga boleh menghalang kanser payudara dari merebak ke hati, dan menghalang tumor dari merebak ke serata bahagian tubuh.
Kunyit apabila dicampurkan dengan cauliflower, dapat menghalang kanser prostat dan menghentikan perkembangan kanser prostat yang sedang dialami.
5 Lain-Lain Manfaat
Kunyit dan Penyakit Alzheimer: Beberapa kajian menunjukkan bahawa salah satu dari manfaat kesihatan daripada kunyit ialah membantu menghalang atau sekurang-kurangnya melambatkan timbul Penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer adalah disebabkan, sebahagiannya, oleh tompokan protein "amyloid" di dalam otak. Curcumin didapati berkesan menghalang, mengurang dan menghakis tompokan plaque protein amyloid tersebut.
Kunyit dan Saluran Darah dan Jantung (Cardiovascular Disease): Tahap LDL (kolesterol mudharat) yang tinggi di dalam darah adalah punca utama pada kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan saluran darah dan jantung (cardiovascular disease). Apabila kolesterol beroksidasi, ia akan menompok di dinding-dinding sel. Melalui tindak-balas dengan organ hati, Curcumin dapat merendahkan tahap LDL, dengan demikian membantu menghalang penyakit-penyakit berkaitan aliran darah dan jantung.
Vitamin B6 di dalam kunyit membantu mengawal tahap homo-cysteine di dalam darah. Homo-cysteine ialah sejenis asid amino yang bukan dari golongan protein yang merosakkan sel-sel.
Kunyit dan Kencing Manis: Kunyit, bersama dengan rempah-rempah lain, membantu mengurangi kadar insulin yang perlu dihasilkan oleh pancreas bagi menanggani masalah kemasukan gula ke dalam tubuh. Dengan demikian, pacuan insulin yang mendadak dapat dielakkan bagi pesakit Kencing Manis.
Kunyit dan Organ Hati: Kunyit boleh meransang fungsi organ hati untuk meningkatkan lagi penghasilan sejenis enzim yang boleh meng-nyah toksin di dalam tubuh.
Data Nutrien Kunyit
Curcumin, bahan kimia alami poly-phenolik, adalah pigmen yang menguasai isi kunyit sehingga berwarna oren pekat. Curcumin bersifat oksidan, anti-keradangan, anti-septik (virus, bakteria dan kulat), dan anti-kanser.
Kunyit tidak mengandungi kolesterol. Ia kaya dengan unsur anti-oksidan dan serat makanan, unsur yang membantu mengawal tahap LDL (kolesterol mudarat) dalam darah.
Ia juga kaya dengan vitamin-vitamin penting seperti pyridoxine (B6), niacin (B3), folates (B9), riboflavin (B2), A, C, E dan K. Setiap 100 gm herba ini membekalkan 1.80 mg atau 138% dari jumlah saranan harian B6 dan B3 yang diperlukan oleh tubuh.
Kunyit mentah dan segar mengandungi banyak vitamin C. Setiap 100 gm membekalkan 23.9 mg vitamin C. Vitamin C adalah anti-oksidan yang sangat berkesan membasmi radikal bebas, dan membantu mengutuhkan sistem kekebalan tubuh.
Rempah ini mengandungi minyak essential/pati seperti termerone, curlone, curumene, cineole, dan p-cymene. Bahan-bahan ini digunakan oleh industri kosmetik.
Kunyit mengandungi banyak zat-zat gizi seperti kalsium, besi, potassium, manganese, tembaga, zinc, dan magnesium. Potassium adalah komponen terpenting pada sel-sel dan cecair tubuh, yang mengawal denyut jantung dan tekanan darah. Manganese digunakan oleh tubuh sebagai faktor gandingan untuk menghasil enzim anti-oksidan superoxide dismutase. Besi penting sebagai faktor gandingan untuk enzim cytochrome oxidase di peringkat metabolisma sel-sel dan diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.
Kesan Sampingan
Apa jua supplemen zat makanan, dos yang keterlaluan boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan. Dos yang sederhana dan manasabah adalah selamat. Ini termasuk kunyit.
Kunyit tidak digalakkan di makan oleh penderita batu karang hempedu.
Kunyit adalah rempah yang sederhana pedas; boleh menyebabkan rasa nyeri atau panas di dada (heartburn) dan meningkatkan suhu tubuh. Kunyit perlu di makan bersama dengan makanan yang lain. Pening, loya dan kejang perut boleh berlaku jika kunyit di makan tanpa diiringi makanan yang lain. Sekiranya masih berlaku kesan sampingan ini maka pengambilan kunyit perlu dikurangkan atau dijarangkan.
Kunyit boleh menyebabkan tindak-balas allergi dan gatal-gatal kulit pada setengah individu. Sekiranya di makan dan masih mengalami gatal-gatal pada kulit, maka mungkin petanda kunyit tidak seraksi.
Dos Kunyit
Banyak manfaat kesihatan daripada kunyit. Tidak hairanlah ia digunakan sejak berabad lamanya.
Bagi tujuan memperolehi manfaat kesihatan daripada kunyit, dos saranan dari pengkaji University of Maryland Medical Center adalah antara 1.5 - 3 gram sehari bagi orang dewasa bersaiz sederhana.
Kunyit boleh di makan dalam bentuk mentah (kunyit muda sebagai ulam/lalap), serbuk atau pun supplemen pil. Dalam bentuk pil atau kapsul selalunya 250-500mg / kapsul.

Pastikan herba eksotik ini sentiasa digunakan dalam resepi anda !Kunyit Mentah Adalah Yang TerbaikKunyit tidak mahal, keenakannya sederhana, tetapi sangat bermanfaat kepada setiap sistem dalaman tubuh.
No comments:
Post a Comment