0

Wednesday, September 18, 2013

Warga Afrika ‎|‎ Jebak Cinta

Warga Afrika atau "awang hitam" di Malaysia sangat sinonim dengan kes-kes penipuan internet, black money, dadah/narkoba, kacau-ganggu ketenteraman awam, pelacuran, bapa ayam, pemerasan, penyamaran di laman sosial seperti Facebook, dan jerat percintaan dengan ayat-ayat syurga demi menjebak wang wanita yang kegersangan atau kemaruk cinta pada warga Barat atau "mat salleh." 

Modus operandi mereka rata-rata sama. Namun, tetap juga mangsa atau korban yang berjaya di bohong di tipu. Sudah terlalu banyak lapuran demi lapuran di dada-dada akhbar, nasihat dan peringatan dari pihak polis dan pihak-pihak berwajib, namun masih ada warga Malaysia yang terperdaya.

Wang. Tidak lain melainkan kerana ingin mendapat wang, itulah motif mereka.  

Terbaru, Serdang (Selangor), Harian Metro Selasa, 17 September 2013 ‎ melapurkan lagi 1 kes penipuan melalui laman sosial ‎Facebook. Mula berkenalan sejak Ogos, 2013. Awang hitam mengaku ‎sebagai seorang lelaki Eropah yang tinggal di India, kononnya kayaraya tetapi kandas wang. Mangsa, perempuan Malaysia masih bujang berusia 38 tahun, seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. Ayat-ayat cinta syurgaloka, janji demi janji, harapan demi harapan, dan lamunan demi lamunan pun terbina.Difahamkan, awang hitam tersebut berjanji kononnya akan menyerahkan sebahagian hartanya dalam bentuk ‎wang tunai kepada mangsa sebagai persediaan perkahwinan mereka berjumlah USD20 juta.‎ Wow, USD20 juta bib, cinta mati nih! Lalu, demi cinta (atau demi ketamakan) kepada sangkanya warga Eropah, wang demi wang pun diserahkan, jumlah keseluruhan melebihi RM160,000 akhirnya dikorbankan demi cinta; well, small investment for such a super gain, baby! 

Akhirnya, tersedar ia rupanya tertipu; semuanya bo'ong, tipu!  Polislah tempat pengaduan. Lapuran polis Jumaat lalu (13 Sept) di buat di Balai Polis Seri ‎Kembangan dan kes di siasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.‎ ‎

Kes seperti ini berkemungkinan besar akan kedengaran lagi. Statistik 2012 menunjukkan sebanyak 814 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian bernilai ‎RM33.6 juta. Sehingga Julai 2013 ini, sebanyak 591 kes telah dilaporkan dengan jumlah ‎kerugian bernilai RM20.3 juta.‎

Warga Afrika @ Awang Hitam sentiasa menjadi ancaman pada warga Malaysia yang tulus cinta, gersang, atau pun bodoh. Moga mata-mata para pemerintah yang celek  pintar dan berkuasa dapat melindungi dari leluasanya perilaku awang hitam !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...