0

Monday, September 30, 2013

Ada Apa Pada Alpukat ? ‎

Alpukat‎  |‎ Buah Istimewa ‎

Alpukat. Avocado. Nama botani Persea Americana, dari pepohonan ‎Lauraceae.‎ Di dunia ini, alpukat terdiri lebih dari 80 varieti.

Alpukat adalah sejenis pohon yang berasal dari Mexico. Kemudian tumbuh merebak ke Amerika Selatan dan Tengah. Tahun 1750, alpukat di perkenal ‎dan di tanam di Indonesia. Di situ, ia mendapat nama ‘alpukat.’

Alpukat kemudian merebak ke Brazil, 1809. Seterusnya, lewat abad ke 19, ke Afrika Selatan dan Australia. Tahun 1960an, alpukat terus tersebar dan digemari di United Kingdom.

Kandungan nutrisi alpukat sangat berkhasiat untuk kesihatan, menjadikan ia bernilai komersial. Kini ia banyak di tanam secara komersial di merata negara di dunia; Mexico, Chile, Amerika Syarikat, Peru, Indonesia dll. Ia mudah tumbuh, terutama di negara-negara ‎beriklim tropika dan juga Mediterranean.‎

Kebanyakan spesis alpukat, buahnya mempunyai kulit hijau. Ada juga yang berwarna coklat. Berbentuk seperti buah pear, berbujur telur. Isinya empuk, padu, tidak manis, sangat berlemak, licin dan berkerim. Ia lebih bermanfaat di makan mentah dalam berbagai adunan ‎minuman atau makanan.
0

Saturday, September 21, 2013

Vitamin B-Kompleks

Apakah Vitamin B-Kompleks   ?

Vitamin B-Kompleks merupakan sekumpulan vitamin-vitamin yang terserap air. 8 jenis vitamin yang diperakui tergolong dalam kumpulan ‎vitamin B-Kompleks, yakni: ‎ ‎
  1. Vitamin B1 (thiamin)‎ ‎
  2. Vitamin B2 (riboflavin)‎ ‎
  3. Vitamin B3 (niacin, niacinamide, vitamin P, vitamin PP)‎ ‎
  4. Vitamin B5 (asid pantothenik)‎ ‎
  5. Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, pyridoxamine, pyridoxine hydrochloride)‎ ‎
  6. Vitamin B7 (biotin, vitamin H)‎ ‎
  7. Vitamin B9 (asid folik, vitamin M, vitamin B-c)‎ ‎
  8. Vitamin B12 (beberapa jenis cobalamin; selalunya cyanocobalamin dalam supplemen ‎vitamin B).‎ 
Vitamin B-Kompleks diperlukan oleh tubuh:‎
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisma
  • Memelihara kesihatan kulit, rambut dan tona otot ‎ 
  • Memampan fungsi sistem kekebalan dan sistem saraf tubuh
  • Memacu pembinaan dan percambahan sel-sel tubuh, termasuk sel darah merah ‎bagi membantu menghalang kekurangan darah “anemia”
  • Mengurang risiko kanser pancreas, sejenis kanser yang boleh membawa maut.‎ 
0

Friday, September 20, 2013

Eczema ‎|‎ Dermatitis

Apakah Penyakit Eczema?

‎Eczema adalah singkatan kepada "Eczema Hypertrophicum", juga di sebut "Dermatitis." Eczema atau ‎dermatitis, adalah istilah kepada beberapa jenis penyakit atau masalah radang kulit yang tidak ‎menyelesakan, samada radang tersebut dalam bentuk kulit kering, panas, berkuping, lebam, ‎kasar, menebal, kemerahan, gatal-gatal sehingga kulit sangat terdorong untuk di garu, kian di garu kian luka, berair dan ‎seterusnya berdarah, dan sekiranya tidak di rawat akan bernanah. Apabila sembuh bersifat sementara, kemungkinan besar akan timbul kembali, dan menjadi semakin merebak. Setiap kali sembuh akan meninggalkan kesan parut kehitaman yang lambat untuk kembali ke tona dan warna asal kulit.

‎Dengan penjagaan dan perawatan kulit yang rapi, terutama pada bahagian yang selalu timbul radang kulit, ‎eczema boleh dikurangkan, tetapi kulit akan sentiasa sensitif dan eczema dengan mudah akan timbul ‎kembali. Eczema boleh berlaku pada semua peringkat usia. Eczema tidak pula berjangkit.

Eczema  ‎|‎  Jenis-Jenis  

Berikut adalah beberapa jenis eczema. Gejala-gejala eczema hampir sama semuanya. ‎Puncanya mungkin berbeza. Dan kaedah rawatannya juga berbeza.

‎●‎    Atopic Eczema. Atopic eczema ini dipercayai masalah kulit yang diwarisi, berkait-rapat ‎dengan faktor genetik. Sejenis eczema yang sering terjadi, dikaitkan dengan penyakit ‎lelah/asma bronchitis (sesak nafas, bersin, hidung berair, batuk-batuk, paru-paru banyak kahak) ‎dan juga hayfever (sesak nafas disebabkan rongga hidung tersumbat kerana berkahak). 

0

Wednesday, September 18, 2013

Warga Afrika ‎|‎ Jebak Cinta

Warga Afrika atau "awang hitam" di Malaysia sangat sinonim dengan kes-kes penipuan internet, black money, dadah/narkoba, kacau-ganggu ketenteraman awam, pelacuran, bapa ayam, pemerasan, penyamaran di laman sosial seperti Facebook, dan jerat percintaan dengan ayat-ayat syurga demi menjebak wang wanita yang kegersangan atau kemaruk cinta pada warga Barat atau "mat salleh." 

Modus operandi mereka rata-rata sama. Namun, tetap juga mangsa atau korban yang berjaya di bohong di tipu. Sudah terlalu banyak lapuran demi lapuran di dada-dada akhbar, nasihat dan peringatan dari pihak polis dan pihak-pihak berwajib, namun masih ada warga Malaysia yang terperdaya.

Wang. Tidak lain melainkan kerana ingin mendapat wang, itulah motif mereka.  

Terbaru, Serdang (Selangor), Harian Metro Selasa, 17 September 2013 ‎ melapurkan lagi 1 kes penipuan melalui laman sosial ‎Facebook. Mula berkenalan sejak Ogos, 2013. Awang hitam mengaku ‎sebagai seorang lelaki Eropah yang tinggal di India, kononnya kayaraya tetapi kandas wang. Mangsa, perempuan Malaysia masih bujang berusia 38 tahun, seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. Ayat-ayat cinta syurgaloka, janji demi janji, harapan demi harapan, dan lamunan demi lamunan pun terbina.Difahamkan, awang hitam tersebut berjanji kononnya akan menyerahkan sebahagian hartanya dalam bentuk ‎wang tunai kepada mangsa sebagai persediaan perkahwinan mereka berjumlah USD20 juta.‎ Wow, USD20 juta bib, cinta mati nih! Lalu, demi cinta (atau demi ketamakan) kepada sangkanya warga Eropah, wang demi wang pun diserahkan, jumlah keseluruhan melebihi RM160,000 akhirnya dikorbankan demi cinta; well, small investment for such a super gain, baby! 
0

Thursday, September 12, 2013

Zat Gizi Fosforus

Fosforus Dan Tubuh Manusia

Bran/Bekatul Beras
Fosforus adalah zat gizi ke-2 yang terbanyak, selepas kalsium, yang berada di dalam tubuh manusia.

Kira-kira 80-90%, fosforus berada dalam tulang dan ‎gigi. Ia bersebati dengan kalsium menjadi kalsium fosfat. Kalsium fosfat adalah bahan ‎utama kepada kristal hydroxyapatite yang berfungsi mengukuhkan tulang dan gigi.

Baki ‎fosforus lainnya terdapat dalam darah, dalam cecair, di dalam dan persekitaran sel-sel, dalam tisu-‎tisu lembut dan organ-organ termasuk jantung, ginjal, otak, dan otot. ‎

Zat gizi ini digunakan oleh setiap sel di dalam tubuh. Ia terlibat dalam hampir semua tindak-balas bio-‎kimia dalaman tubuh. Ia melindungi dan mengukuhkan selaput-selaput sel. Membantu zat-zat makanan ‎lain, hormon, dan juga terlibat dalam proses zat-zat kimia. Ia amat mustahak untuk pembinaan dan pembentukan struktur tulang dan gigi yang wajar. ‎ Ia diperlukan untuk kesihatan dan keberkesanan sistem saraf, fungsi ginjal, dan penggunaan ‎karbohaidrat, lemak, protein dan penghasilan ‎tenaga. Ia juga diperlukan untuk tumbesaran, pengawalan, pemeliharaan, dan baik-pulih sel-sel. ‎
0

Tuesday, September 10, 2013

Durian, Buah Eksotik

Durian Kunyit (Musang King)
salah satu durian unggul di Malaysia
Durian, Raja Segala Buah-Buahan

Di Asia Tenggara, durian dimartabatkan sebagai "Raja Segala Buah-Buahan."  .

Pohon durian ‎tumbuh bertaburan di kebanyakan negara Asia Tenggara; terutama Malaysia, Indonesia, Thailand, ‎Brunei, dan Filipina. Terdapat juga di Kemboja, Laos, Vietnam, Burma/Myanmar, ‎India, Sri Lanka, Papua New Guinea, Utara Australia, Hawaii, Kepulauan Polynesia, Madagascar, Honduras, ‎dan Selatan China (Pulau Hainan). ‎

Nama durian berasal dari “duri” perkataan Melayu, kerana kulit buahnya dikelilingi ‎ oleh duri-duri yang tajam. Pohon durian berbuah mengikut musim, selalunya antara Jun - Ogos. ‎Namun musim berbuahnya boleh sedikit berubah mengikut perbezaan spesis, hawa dan daerah ia ‎tumbuh. ‎

Bagi warga Asia Tenggara, terutama rantau Kepulauan Melayu dan Nusantara, durian merupakan buah yang eksotik dan istimewa. Rata-rata warga Asia ‎Tenggara menyukai buah durian. ‎

Buah durian mengeluarkan bau yang unik. Apa lagi apabila buahnya di kopak menyerlahkan ulas-ulasnya. Baunya tidak asing pada warga Asia Tenggara; menusuk, menguasai deria bau dan ruang persekitaran, sehingga hotel-hotel, rumah penginapan, pesawat dan ‎tempat-tempat antarabangsa mencegah kehadiran buah durian. Inilah buah durian, samada disukai atau dibenci kerana baunya. Majoriti orang Barat dan Eropah tidak ‎ menyukai buah durian, kerana tidak terbiasa dengan baunya yang ‎unik dan aneh. ‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...