0
Friday, July 19, 2013
0
Thursday, July 18, 2013
Za'faran, Rempah Eksotik
Apakah Za’faran ?
Majoriti warga dunia hari ini mengenal Za’faran sebagai rempah herba, terhasil dari sejenis pohon berbunga yang hanya tumbuh dari tunas ubi-bebawang. Nama botani pohon herba ini ialah Crocus Sativus, dari keluarga pepohonan Iridaceae. Pohonnya rendah, hanya sekitar 20–30 sm (8–12 in).
Pohon Crocus Sativus mengeluarkan kuntum-kuntum bunga berwarna ungu, secara bermusim. Setiap tunas bebawang akan mengeluarkan 1-7 kuntum bunga. Dan setiap kuntum bunga mempunyai kelopak yang terhubung kepada 3 “stigma” atau filament berwarna oren-kuning, panjang kira-kira 25–30 mm. Di samping stigma, terdapat pula 3 “stamen” berwarna kuning, yang mengandungi sedikit bahan kimia organik yang aktif. Stamen selalunya diketepikan. Za’faran adalah stigma kering dari kuntum bunga za’faran, di guna sebagai rempah.
Share via Whatsapp

Wednesday, July 10, 2013
Zat Gizi Belerang
Kembali ke alam semulajadi ! Zat-zat makanan asli, organik dari alam semulajadi, tetap menjadi pilihan utama bagi memelihara tubuh agar sentiasa sihat.
Zat gizi belerang adalah sejenis zat gizi yang asasi pada semua kehidupan. Zat gizi diperlukan oleh mana-mana bahagian tubuh. Berada di setiap jenis sel-sel tubuh; di otot-otot, tisu-tisu penghubung, kulit, tulang, kuku, rambut, spleen, hati dll.
Zat gizi belerang sangat penting pada semua sistem tubuh, pada semua organ-organ di dalam tubuh, untuk terus berfungsi secara normal.
Ia juga merupakan komponen kepada berbagai struktur dan komponen tubuh. Ia menjadi sebahagian dari 4 jenis asid amino yang dikenali sebagai "methionine, cysteine, cystine and taurine."
Juga terlibat dalam berbagai fungsi di dalam tubuh; seperti hormon, immunoglobulin (protein darah dalam sistem kekebalan tubuh), enzim, insulin, anti-oksidan, nyah-toksin, penghasilan kolagen dan banyak lagi. Banyak manfaat kesihatan yang disumbangkan oleh zat gizi belerang, antaranya:

Monday, July 8, 2013
MSM
Apakah MSM ?
MSM adalah singkatan kepada methyl-sulfonyl-methane. Dikenali juga sebagai DMSO2, methyl sulfone, dan dimethyl sulfone.
MSM adalah sejenis zat makanan. Belerang atau "sulfur" merupakan komponen utama dalam MSM, iaitu kira-kira 34%. Belerang adalah zat gizi nombor 4 paling banyak terdapat di dalam tubuh manusia. Kepentingan MSM lebih merujuk kepada kandungan belerang didalamnya.
MSM wujud secara semulajadi/alami dalam semua makanan mentah di darat mahu pun di laut; seperti sayur-sayuran, buah-buahan, telur, daging ayam itik lembu kambing, ikan dan makanan laut lainnya. Susu mentah merupakan sumber terkaya dengan kandungan MSM.
Warna MSM putih salju, berkristal, mudah terserap air, tidak berbau, dan rasanya tawar. MSM sintetik, rasanya sedikit pahit. MSM bukan dari jenis ubat atau dadah, tetapi sebagai zat gizi/galian yang diperlukan oleh tubuh untuk hidup.
Supplemen MSM boleh didapati di pasaran dalam bentuk tablet, kapsul, kristal/flake dan serbuk. Juga terdapat dalam bentuk krim dan losyen.
|

Subscribe to:
Posts (Atom)