Apakah Selenium ?
Selenium, simbol Se, ialah sejenis kimia organik bukan logam.
Selenium adalah zat gizi kelumit, diperlukan oleh tubuh dalam kadar amat sedikit atau sekelumit. Namun kehadirannya sangat penting pada kehidupan bagi memenuhi berbagai fungsi dalaman tubuh.
Air laut banyak mengandungi selenium, rasa selenium juga masin seperti garam.
Tanah mengandungi selenite dan selenate yang diserap oleh pohon-pohon, lalu ditukar kepada bentuk organik, kebanyakannya selenocysteine dan selenomethionine, juga beberapa unsur terbitan methyl.
Oleh yang demikian, selenium wujud secara alami, terkandung dalam kebanyakan bahan makanan. Selenium boleh diperdapat melalui permakanan dari bahan-bahan organik (selenomethionine, selenocysteine) dan juga bukan organik (elenide-, selenate-, dan selenite- bersama beberapa jenis galian lain).
Kebanyakan selenium yang berbentuk selenomethionine berada dalam binatang dan tisu-tisu manusia, dimana ia menjadi sebahagian dari komponen asid amino methionine dalam protein.
Selenium yang berbentuk selenocysteine dan selenite pula perlu dipecahkan untuk mendapatkan hydrogen selenide. Hydrogen selenide lalu ditukar menjadi selenophosphate bagi tujuan menghasilkan selenoprotein. Lebih dari 2 dozen selenoprotein mengandungi selenium, berperanan penting dalam metabolisma hormon thyroid, penghasilan DNA, dan perlindungan dari kerosakan oksidasi dan jangkitan.
Juga boleh diperdapat melalui supplemen.
Otot kerangka adalah tempat simpanan utama selenium, kira-kira 28% - 46% dari jumlah keseluruhan selenium dalam tubuh, dipercayai sebanyak kira-kira 13–20 milligram.
Fungsi dan Manfaat Selenium
Fungsi-fungsi selenium yang termaklun dalam tubuh, antara yang utama dan jelas:
1. Aktiviti Kelenjar Thyroid. Selenium berperanan dalam fungsi kelenjar thyroid dan dalam setiap sel yang menggunakan hormon thyroid. Kajian menunjukkan, selenium merupakan zat penting pada kelancaran fungsi kelenjar thyroid, dan membantu mengurus penghasilan dan pengawalan kadar hormon thyroid dalam tubuh. Justru, selenium sangat pekat dalam kelenjar thyroid dari mana-mana organ dalam tubuh.
2. Aktiviti Anti-Oksidan Glutathione. Glutathione adalah bahan nyah-toksin. Ia terhasil dari organ hati dan mana-mana bahagian anggota tubuh yang bertoksin. Penghasilan glutathione bergantung kepada kehadiran asid-asid amino, zat besi dan selenium, bagi menghasilkan enzim anti-oksidan, iaitu glutathione peroxidase (sekumpulan 8 jenis enzim anti-oksidan). Selenium merupakan komponen kepada 5 dari 8 jenis enzim anti-oksidan tersebut. Glutathione peroxidase adalah pemula kepada penghasilan glutathione. Selenium juga diperlukan bagi kelancaran aktiviti glutathione selanjutnya.
Manfaat Selenium
Selenium bersifat anti-kanser, anti-oksidan, anti-keradangan, mengutuhkan sistem kekebalan tubuh, melindungi dari beberapa jenis penyakit jantung, mengurangkan gejala awal penuaan, menyihatkan rambut, memelihara kesaimbangan hormon dll. Manfaat selenium masih dalam pengkajian dan hasil kajian masih berbeza dan bercanggah.
1. Kelenjar Thyroid: Selenium diperlukan bagi menghasilkan hormon thyroid, dikenali sebagai tetraiodothyronine atau T4. T4 adalah hormon thyroid yang kurang aktif.
Selenium terlibat sebagai faktor gandingan kepada 3 dari 4 jenis enzim deiodinase yang dikenal-pasti bertindak mengaktifkan atau menghentikan aktiviti hormon-hormon thyroid. Enzim-enzim yang mengandungi selenium bertanggungjawab menukar T4 menjadi jenis hormon yang lebih aktif dikenali sebagai sebagai triiodothyronine atau T3.
T3 adalah hormon penting yang bertugas mengawal keseluruhan fungsi dan kelajuan metabolisma. Tanpa selenium, tubuh tidak dapat menukar T4 kepada T3, maka keseluruhan aktiviti hormon thyroid akan lemah dan terjejas, walaupun T4 cukup dihasilkan. Jika T3 tidak dihasilkan dengan sewajarnya, boleh mengakibatkan malapetaka pada sistem-sistem tubuh. Oleh itu, permakanan yang membekalkan cukup selenium menjadi sangat penting bagi memastikan T4 dapat ditukar menjadi T3.
Selenium juga didapati membantu menanggani penyakit Hashimoto, dimana sel-sel thyroid diserang oleh sistem kekebalan tubuh sendiri kerana dianggap sebagi anasir asing (autoimmune thyroiditis). Namun, beberapa kajian tentang keberkesanan selenium terhadap penyakit-penyakit yang berkaitan dengan thyroid, masih belum menemukan jawaban yang jelas.
2. Anti-Kanser dan Anti-Penuaan: Selenium bertindak sebagai anti-oksidan yang meransang penghasilan lebih banyak anti-oksidan. Selernium sangat diperlukan oleh anti-oksidan glutathione peroxidase bagi me-nyah/menyirna pelbagai molekeul toksin yang mengancam kesihatan dan menyebabkan kanser. Apabila glutathione peroxidase terlalu rendah, penghasilan glutathione berkurangan, aktiviti nyah-toksin dalam hati akan terjejas. Tubuh menjadi kurang mampu me-nyah semua bahan beracun seperti logam, kimia dan bahan-bahan biologi beracun yang lain, termasuk radikal bebas. Mana-mana sel yang tersentuh oleh molekeul toksin akan rosak, termasuk sel-sel DNA, menyemarak perkembangan sel-sel kanser.
Beberapa kajian mendapati penambahan kadar selenium dalam permakanan dapat mengurangkan kesan keracunan raksa, meransang baik-pulih sel-sel yang rosak dan DNA, mencegah pembiakan dan pengubah-suaian sel-sel menjadi sel kanser, menggalak apoptosis (sel-sel kanser atau yang tidak normal luluh-sendiri tanpa merosakkan sel-sel yang sihat). Maka selenium sebagai anti-oksidan berpotensi melindungi tubuh sebelum terjadi kanser. Selenium membantu mencegah semua gejala merbahaya ini dari menjangkiti tubuh dengan cara menyirna radikal bebas tersebut sebelum menjejaskan tubuh.
Selenium juga melindungi tubuh dari luluh dan lusuh sebelum usia, mengurangkan bebanan oksidasi yang kerapkali timbul dibahagian sendi-sendi dan tulang, sengal dan sakit menandakan gejala keradangan kepada rheumatoid arthritis, gout, sporiasis, lupus, eczema.
Disamping itu, enzim-enzim yang mengandungi selenium terlibat dalam kitaran semula vitamin C, dari yang telah luluh digunakan oleh tubuh hidup semula menjadi aktif sebagai anti-oksidan. Selenium juga berkerjasama dengan vitamin E dalam berbagai sistem anti-oksidan yang penting diseluruh tubuh.
Namun, FDA, US masih belum menerima meskipun kajian sains membuktikan bahawa pengambilan supplemen selenium boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, kerana buktinya masih terhad dan tidak muktamad. Lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkannya.
3. Kesihatan Jantung: Selenium melalui selenoprotein membantu mencegah penubahsuaian oksidasi pada lemak, mengurangkan masalah keradangan, juga bertindak sebagai pencair darah, yang mana mengurangkan kesempatan darah membeku dan bertompok. Selenium didapati mengurangkan kadar kolesterol mudharat LDL yang bertompok berupa plaque pada arteri dan saluran-saluran darah. Plaque boleh membawa kepada atherosclerosis, serangan jantung, dan strok. Atas alasan ini, para pakar menyarankan supplemen selenium boleh mengurangkan risiko penyakit jantung atau kematian disebabkan penyakit jantung.
Penyakit Kashin-Beck berkait dengan masalah jantung. Terdapat kajian menunjukkan kekurangan selenium yang serious menjadi salah satu penyebab utama kepada penyakit ini. Gejala-gejalanya ialah sel-sel kartileg mati dan tumbesaran terbantut, kerapkali mengakibatkan osteoarthritis di usia muda. Tanda-tanda seperti sengal dan sakit sendi, kekejangan, kurang keanjalan bergerak, lemah daya gerak, dan lumpuh jika parah.
Namun, hasil beberapa kajian lain tentang perkara ini masih bercanggah. Kajian selanjutnya diperlukan bagi menjelaskan sumbangan selenium dalam permakanan atau supplemen berkaitan kesihatan jantung.
4. Kurang Daya Pemikiran: Kepekatan selenium dalam tubuh semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Kekurangan selenium dikaitkan dengan lemah fungsi otak, mungkin juga disebabkan aktiviti anti-oksidan melalui selenium sudah semakin berkurangan. Oleh itu, selenium dan juga silicon dipercayai penting untuk memelihara kesihatan otak, meningkat keceriaan hidup dan menambah karisma keperibadian seseorang.
Namun, hasil dari beberapa kajian masih berbeza dan tidak jelas. Kajian lanjut adalah perlu bagi memastikan supplemen selenium boleh membantu merawat lemah daya pemikiran dan juga menyumbang peningkatan keperibadian pada warga berusia.
5. Kesihatan Mata: Kajian terkini oleh para pakar dari Itali mendapati selenium dapat membantu menanggani masalah kemerosotan pada mata seperti penyakit Grave, yang berupa bola mata menonjol keluar dan pergerakan bola mata yang terbeliak keluar/proptosis. Keadaan ini disebabkan bengkak dan keradangan pada otot dan struktur dibahagian belakang dan disekeliling bola mata.
6. Kesihatan Rambut: Selenium dipercayai dapat mengurangkan masalah keguguran rambut dan kulit kepala terlalu kering sehingga menyebabkan kelemumur.
7. Sistem Kekebalan Tubuh: Beberapa kajian menunjukkan selenium penting dalam meransang pembunuh kuman/antibody, iaitu unsur sistem kekebalan tubuh yang mencari dan memusnahkan virus, bakteria, kulat, dan anasir-anasir asing yang boleh memudarat dan menyebabkan jangkitan dan penyakit pada tubuh.
Kadar/Dos Saranan Selenium
Kadar saranan harian untuk selenium ada dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005 sebagai rujukan.
Kekurangan selenium sangat jarang berlaku. Namun, ia boleh berlaku pada individu:
Terdapat juga kesan-kesan negatif pada kesihatan akibat dari interaksi antara selenium dan nutrien-nutrien lain seperti iodin, zinc, dan tembaga.
Beberapa kajian mengaitkan kekurangan selenium dengan beberapa jenis penyakit yang serious dan kronik. Namun, hasil kajian-kajian tersebut masih dalam pertikaian, dan gejala sebenar dari kekurangan selenium belum dapat dipastikan.
Gejala Lebihan Selenium
Meskipun selenium merupakan zat gizi kelumit yang penting untuk kesihatan, namun ia boleh menyebabkan keracunan apabila dimakan terlalu berlebihan.
Rujukan data dari Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menemui ketetapan kadar maksima selenium yang masih selamat untuk dimakan. Oleh itu, rujukan dibuat kepada data dari Institute of Medicine, Food and Nutrition Board, 2000 yang telah menetapkan had maksima selenium yang masih selamat dimakan, tidak kira samada selenium diperdapat melalui bahan makanan atau pun supplemen.
Pengambilan selenium yang melebihi had maksima (UL) 400 mikrogram setiap hari adalah dianggap merbahaya, boleh menyebabkan ketidak-saimbangan nutrien-nutrien lain dalam permakanan, dan boleh mengundang berbagai masalah kesihatan. Dos selenium antara 2400 - 3000 mikrogram setiap hari dan berlarutan dianggap kronik.
Keracunan selenium dianggap sama bahayanya dengan kekurangannya. Keracunan dari selenium berlebihan disebut "selenosis." Antara gejala-gejala selenosis:
Sumber Selenium
Berikut adalah senarai bahan makanan yang tinggi kandungan selenium (World's Healthiest Foods) dikelaurkan oleh U.S. Food and Drug Administration's "Reference Values for Nutrition Labeling." Dari senarai ini, sekelumit selenium tidak sukar diperdapat melalui permakanan alami. Jika permakanan seperti senarai dibawah selalu diamalkan, maka selenium sudah cukup sebanyak yang diperlukan oleh tubuh.

- Radikal bebas boleh melemah dan membunuh sel-sel dalam setiap sistem organ.
- Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit jantung, kegagalan fungsi ginjal, masalah penghadaman, sindrom metabolisma, dan ketidak-saimbangan hormon.
- Radikal bebas selalu dikaitkan dengan proses pra-penuaan, kerana radikal bebas adalah anasir terselindung yang menyebabkan kekedutan kulit, tompok-tompok penuaan, kulit kendur, otot lembek, dan keterampilan lebih berusia.
- Lemah daya pemikiran juga dikaitkan dengan aktiviti radikal bebas dalam selaput luar otak/neural cortex, merosaki laluan-laluan dan mencegah isyarat saraf dari berfungsi secara normal.
Selenium juga melindungi tubuh dari luluh dan lusuh sebelum usia, mengurangkan bebanan oksidasi yang kerapkali timbul dibahagian sendi-sendi dan tulang, sengal dan sakit menandakan gejala keradangan kepada rheumatoid arthritis, gout, sporiasis, lupus, eczema.
Disamping itu, enzim-enzim yang mengandungi selenium terlibat dalam kitaran semula vitamin C, dari yang telah luluh digunakan oleh tubuh hidup semula menjadi aktif sebagai anti-oksidan. Selenium juga berkerjasama dengan vitamin E dalam berbagai sistem anti-oksidan yang penting diseluruh tubuh.
Namun, FDA, US masih belum menerima meskipun kajian sains membuktikan bahawa pengambilan supplemen selenium boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, kerana buktinya masih terhad dan tidak muktamad. Lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkannya.
3. Kesihatan Jantung: Selenium melalui selenoprotein membantu mencegah penubahsuaian oksidasi pada lemak, mengurangkan masalah keradangan, juga bertindak sebagai pencair darah, yang mana mengurangkan kesempatan darah membeku dan bertompok. Selenium didapati mengurangkan kadar kolesterol mudharat LDL yang bertompok berupa plaque pada arteri dan saluran-saluran darah. Plaque boleh membawa kepada atherosclerosis, serangan jantung, dan strok. Atas alasan ini, para pakar menyarankan supplemen selenium boleh mengurangkan risiko penyakit jantung atau kematian disebabkan penyakit jantung.
Penyakit Kashin-Beck berkait dengan masalah jantung. Terdapat kajian menunjukkan kekurangan selenium yang serious menjadi salah satu penyebab utama kepada penyakit ini. Gejala-gejalanya ialah sel-sel kartileg mati dan tumbesaran terbantut, kerapkali mengakibatkan osteoarthritis di usia muda. Tanda-tanda seperti sengal dan sakit sendi, kekejangan, kurang keanjalan bergerak, lemah daya gerak, dan lumpuh jika parah.
Namun, hasil beberapa kajian lain tentang perkara ini masih bercanggah. Kajian selanjutnya diperlukan bagi menjelaskan sumbangan selenium dalam permakanan atau supplemen berkaitan kesihatan jantung.
4. Kurang Daya Pemikiran: Kepekatan selenium dalam tubuh semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Kekurangan selenium dikaitkan dengan lemah fungsi otak, mungkin juga disebabkan aktiviti anti-oksidan melalui selenium sudah semakin berkurangan. Oleh itu, selenium dan juga silicon dipercayai penting untuk memelihara kesihatan otak, meningkat keceriaan hidup dan menambah karisma keperibadian seseorang.
Namun, hasil dari beberapa kajian masih berbeza dan tidak jelas. Kajian lanjut adalah perlu bagi memastikan supplemen selenium boleh membantu merawat lemah daya pemikiran dan juga menyumbang peningkatan keperibadian pada warga berusia.
5. Kesihatan Mata: Kajian terkini oleh para pakar dari Itali mendapati selenium dapat membantu menanggani masalah kemerosotan pada mata seperti penyakit Grave, yang berupa bola mata menonjol keluar dan pergerakan bola mata yang terbeliak keluar/proptosis. Keadaan ini disebabkan bengkak dan keradangan pada otot dan struktur dibahagian belakang dan disekeliling bola mata.
6. Kesihatan Rambut: Selenium dipercayai dapat mengurangkan masalah keguguran rambut dan kulit kepala terlalu kering sehingga menyebabkan kelemumur.
7. Sistem Kekebalan Tubuh: Beberapa kajian menunjukkan selenium penting dalam meransang pembunuh kuman/antibody, iaitu unsur sistem kekebalan tubuh yang mencari dan memusnahkan virus, bakteria, kulat, dan anasir-anasir asing yang boleh memudarat dan menyebabkan jangkitan dan penyakit pada tubuh.
Kadar/Dos Saranan Selenium
Kadar saranan harian untuk selenium ada dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005 sebagai rujukan.
Kekurangan selenium sangat jarang berlaku. Namun, ia boleh berlaku pada individu:
- yang terjejas fungsi saluran penghadaman
- yang melewati usia 90 tahun.
Terdapat juga kesan-kesan negatif pada kesihatan akibat dari interaksi antara selenium dan nutrien-nutrien lain seperti iodin, zinc, dan tembaga.
Beberapa kajian mengaitkan kekurangan selenium dengan beberapa jenis penyakit yang serious dan kronik. Namun, hasil kajian-kajian tersebut masih dalam pertikaian, dan gejala sebenar dari kekurangan selenium belum dapat dipastikan.
Gejala Lebihan Selenium
Meskipun selenium merupakan zat gizi kelumit yang penting untuk kesihatan, namun ia boleh menyebabkan keracunan apabila dimakan terlalu berlebihan.
Rujukan data dari Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menemui ketetapan kadar maksima selenium yang masih selamat untuk dimakan. Oleh itu, rujukan dibuat kepada data dari Institute of Medicine, Food and Nutrition Board, 2000 yang telah menetapkan had maksima selenium yang masih selamat dimakan, tidak kira samada selenium diperdapat melalui bahan makanan atau pun supplemen.
Had Maksima Masih Selamat / Tolerable Upper Intake Levels (UL) untuk Selenium | ||||
Usia | Lelaki | Perempuan | Wanita Hamil | Ibu Menyusu |
Sejak lahir - 6 bulan | 45 mcg | 45 mcg | *hanya susu ibu, susu formula, dan makanan khusus sebagai sumber selenium untuk bayi | |
7 – 12 bulan | 60 mcg | 60 mcg | - | - |
1 – 3 tahun | 90 mcg | 90 mcg | - | - |
4 – 8 tahun | 150 mcg | 150 mcg | - | - |
9 – 13 tahun | 280 mcg | 280 mcg | - | - |
14 – 18 tahun | 400 mcg | 400 mcg | 400 mcg | 400 mcg |
19 + tahun | 400 mcg | 400 mcg | 400 mcg | 400 mcg |
Sumber: Institute of Medicine, Food and Nutrition Board. Dietary Reference Intakes: Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoids. National Academy Press, Washington, DC, 2000. |
Pengambilan selenium yang melebihi had maksima (UL) 400 mikrogram setiap hari adalah dianggap merbahaya, boleh menyebabkan ketidak-saimbangan nutrien-nutrien lain dalam permakanan, dan boleh mengundang berbagai masalah kesihatan. Dos selenium antara 2400 - 3000 mikrogram setiap hari dan berlarutan dianggap kronik.
Keracunan selenium dianggap sama bahayanya dengan kekurangannya. Keracunan dari selenium berlebihan disebut "selenosis." Antara gejala-gejala selenosis:
- mulut berbau seperti bau bawang putih.
- saluran penghadaman bermasalah.
- keguguran rambut.
- kuku mudah tanggal.
- kelesuan.
- mudah marah.
- kerosakan pada sistem saraf ke otak, sukar konsentrasi.
- jika parah, boleh menyebabkan cirrhosis pada hati (fungsi hati lemahdan terjejas), bengkak pada saluran pernafasan, dan juga kematian.
Sumber Selenium
Berikut adalah senarai bahan makanan yang tinggi kandungan selenium (World's Healthiest Foods) dikelaurkan oleh U.S. Food and Drug Administration's "Reference Values for Nutrition Labeling." Dari senarai ini, sekelumit selenium tidak sukar diperdapat melalui permakanan alami. Jika permakanan seperti senarai dibawah selalu diamalkan, maka selenium sudah cukup sebanyak yang diperlukan oleh tubuh.
World's Healthiest Foods - Kedudukan Sumber Selenium Yang Berkualiti | ||||||
Jenis Makanan | Saiz Sajian | Jumlah Kalori | Nilai Zat mcg | DRI/DV % | Padat Nutrien | Penilaian Dunia |
Ikan Tuna/Tongkol | 4 oz | 147.4 | 122.70 | 223.09 | 27.2 | cemerlang |
Udang Kecil | 4 oz | 134.9 | 56.13 | 102.05 | 13.6 | cemerlang |
Ikan Sardin | 3.20 oz | 188.7 | 47.81 | 86.93 | 8.3 | cemerlang |
Ikan Salmon | 4 oz | 157.6 | 43.09 | 78.35 | 8.9 | cemerlang |
Ikan Cod/Kod | 4 oz | 96.4 | 31.75 | 57.73 | 10.8 | cemerlang |
Cendawan, Crimini | 1 cawan | 15.8 | 18.72 | 34.04 | 38.7 | cemerlang |
Cendawan, Shiitake | 0.5 cawan | 40.6 | 17.98 | 32.69 | 14.5 | cemerlang |
Sayur Asparagus | 1 cawan | 39.6 | 10.98 | 19.96 | 9.1 | cemerlang |
Bijian Sawi | 2 sudu teh | 20.3 | 8.32 | 15.13 | 13.4 | cemerlang |
Daging Ayam Turki | 4 oz | 166.7 | 34.25 | 62.27 | 6.7 | sangat baik |
Daging Ayam | 4 oz | 187.1 | 31.30 | 56.91 | 5.5 | sangat baik |
Kambing Biri-Biri | 4 oz | 350.4 | 27.90 | 50.73 | 2.6 | sangat baik |
Scallop/Kapis | 4 oz | 125.9 | 24.61 | 44.75 | 6.4 | sangat baik |
Daging Lembu | 4 oz | 132.7 | 23.93 | 43.51 | 5.9 | sangat baik |
Bijiran Barli | 0.33 cawan | 217.1 | 23.12 | 42.04 | 3.5 | sangat baik |
Tofu | 4 oz | 164.4 | 19.73 | 35.87 | 3.9 | sangat baik |
Telur | 1 biji | 77.5 | 15.40 | 28.00 | 6.5 | sangat baik |
Beras Perang | 1 cawan | 216.4 | 19.11 | 34.75 | 2.9 | baik |
Kuaci Sunflower | 0.25 cawan | 204.4 | 18.55 | 33.73 | 3.0 | baik |
Bijian Bijan | 0.25 cawan | 206.3 | 12.38 | 22.51 | 2.0 | baik |
Susu | 4 oz | 74.4 | 4.51 | 8.20 | 2.0 | baik |
Bijian Flax | 2 sudu teh | 74.8 | 3.56 | 6.47 | 1.6 | baik |
Sayur Kobis | 1 cawan | 43.5 | 3.45 | 6.27 | 2.6 | baik |
Sayur Bayam | 1 cawan | 41.4 | 2.70 | 4.91 | 2.1 | baik |
Bawang Putih | 6 cloves | 26.8 | 2.56 | 4.65 | 3.1 | baik |
Sayur Brokoli | 1 cawan | 54.6 | 2.50 | 4.55 | 1.5 | baik |
Swiss Chard/Kailan | 1 cawan | 35.0 | 1.57 | 2.85 | 1.5 | baik |
Penilaian | Kaedah Penilaian | |||||
cemerlang | DRI/DV + = 75% atau Kepadatan + = 7.6 dan DRI/DV + = 10% | |||||
sangat baik | DRI/DV + = 50% atau Kepadatan + = 3.4 dan DRI/DV + = 5% | |||||
baik | DRI/DV + = 25% atau Kepadatan + = 1.5 dan DRI/DV + = 2.5% |
No comments:
Post a Comment