Apakah Zat Gizi Kalsium
Kalsium bersimbolkan Ca. Ia sejenis zat galian/gizi bukan organik berunsurkan logam bumi yang lembut, berwarna kelabu, sifatnya ber-alkalin.
Kalsium sangat mustahak pada tubuh dan kehidupan. Dibandingkan dengan zat-zat galian lain, kalsium paling banyak terkandung didalam tubuh. Kira-kira 99% kalsium berada dan tersimpan dalam tulang dan gigi. Bakinya berada diseluruh cecair tubuh bagi memenuhi berbagai fungsi dan metabolisma tubuh. Kalsium lebih diperlukan oleh tubuh dari mana-mana zat gizi lain. Permakanan yang sihat perlu sentiasa ada kalsium.
Fungsi-Fungsi Kalsium
Kalsium menyumbang berbagai peranan kepada tubuh. Ia merupakan zat gizi utama dalam pembinaan tulang dan gigi. Tubuh sentiasa memerlukannya untuk memastikan kesinambungan penguncupan semua otot, terutama otot jantung. Kalsium juga terlibat dalam urusan pengeluaran hormon, fungsi otak dan saraf berkaitan penghantaran maklumat ke otak dan pelepasan neurotransmitter dari sel-sel saraf neuron. Kalsium juga merupakan komponen penting dalam penghasilan enzim dan hormon yang mengurus penghadaman dan metabolisma tenaga dan lemak, komponen mustahak dalam sistem pembekuan darah. Ia juga bertindak sebagai ejen pembawa ion (bahan yang dihidupkan dengan tenaga letrik) untuk melintasi selaput/membrane, membantu memelihara semua sel dan tisu penghubung dalam tubuh, dan membantu kesembuhan luka.
1 Ca | Mengukuh, Memampat Tulang Dan Gigi. Kalsium merupakan zat gizi paling utama berperanan membina seluruh kerangka tulang-belulang dan gigi. Bekalan kalsium yang mencukupi menjadikan tulang dan gigi terbina kukuh, tumpat dan tidak mudah retak, dan gigi tidak mudah rosak.
Sejak dilahirkan sehingga berusia kira-kira 20 tahun, pembinaan dan pembentukan tulang-belulang sangat aktif. Pada peringkat ini, perkembangan saiz, panjang, lebar, dan ketumpatan tulang dan gigi ketara dilihat. Di usia 30an, tulang-belulang dan gigi akan mencapai puncak pembentukan dan ketumpatan atau disebut 'BMD' (bone mineral density).
Selepas usia 30an, tulang-belulang akan sentiasa mengalami proses hakisan dan bina-semula. Keadaan ini disebut ‘remodeling’. Tulang yang sudah terbina akan terhakis; lapisan demi lapisan tulang yang baru akan mengambil tempat tulang yang terhakis. Proses hakisan dan bina-semula berjalan serentak. Lebih kurang 5% tulang-belulang dalam tubuh akan sentiasa melalui proses hakisan dan bina-semula. Bermula di usia 40 tahun ke atas, hakisan lebih aktif dari pembinaan, menjadikan tubuh lebih mudah kekurangan kalsium. Ada bahagian tulang yang lebih cepat terhakis, dan ada bahagian yang lebih lambat terhakis. Faktor-faktor genetik, zat makanan harian, hormon, dan alam sekitar juga turut mempengaruhi proses hakisan dan bina-semula tulang.
Justru, permakanan yang mengandungi kalsium yang mencukupi perlu dititik-beratkan dari sejak kecil lagi, di usia kanak-kanak sedang membesar hingga ke usia remaja, agar tumbesaran tubuh menjadi sempurna dan kesihatan tulang dan gigi kurang bermasalah apabila berusia kelak. Kekurangan kalsium pada jangkamasa yang lama dan berlarutan boleh menyebabkan simpanan kalsium di dalam tulang-tulang dan gigi-gigi semakin terhakis, menipis, mudah retak, kurang tumpat, tidak kukuh. Merupakan punca utama kepada perkembangan ‘osteopenia’ dan seterusnya ‘osteoporosis’, dan juga gejala-gejala lain.
Rentak denyut jantung bergantung kepada kesinambungan fungsi dua (2) zat gizi ini. Sekiranya salah satu dari 2 zat ini bertambah atau berkurangan, tubuh mempunyai mekanisma bagi mengimbangi keduanya kembali ke tahap normal. Fungsi-fungsi dalaman tubuh yang lain akan berusaha mengimbangi nisbah antara keduanya sehingga kesinambungan kembali ke tahap normal. Namun, sekiranya kekurangan salah satu atau kedua-dua zat gizi ini berlarutan, masalah kesihatan akan timbul, terutamanya jantung.
Penguncupan otot di kawal oleh kesinambungan kadar kalsium yang tersimpan dalam struktur sel 'sarcoplasmic reticulum' (SR). Kalsium dialirkan keluar dari SR untuk masuk ke dalam badan sel 'cytosol' hasil dari tindak-balas kepada desakan yang menyelenggara denyut jantung. Lalu meransang sel-sel untuk menguncup. Selepas menguncup, kalsium mengalir dari cytosol kembali ke dalam SR melalui pam molekeul kalsium iaitu protein ‘SERCA2a’.
Fungsi jantung akan terjejas, apabila kurang kalsium yang mengalir kembali ke dalam SR. Kekurangan kalsium dalam SR akan menjejaskan sel-sel otot untuk memberi tindak-balas dengan sempurna kepada desakan dari denyut jantung. Kesinambungan menjadi lemah. Sel-sel otot menguncup dengan lemah, jantung juga mengepam darah dengan lemah, denyut nadi berkurangan.
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kuncupan jantung tidak selari, denyut jantung tidak menentu kerana kekacauan pengaliran electrolyte dalam tubuh, tekanan darah meninggi.
Sebaliknya, lebihan kalsium juga akan menyebabkan denyut jantung tidak menentu dan merendahkan tekanan darah.
Justru, kalsium bersama dengan magnesium adalah zat-zat gizi yang sangat penting bagi memelihara fungsi jantung dan keseluruhan otot, mengelak risiko penyakit jantung.
3 Ca | Fungsi Otak dan Saraf. Kalsium membantu penghantaran isyarat/transmisi saraf, dan memacu pengeluaran bahan kimia 'neurotransmitter' daripada sel presynaptic neuron yang bertugas memberi isyarat kepada sel-sel berdekatan untuk menguncup.
Mulanya maklumat diterima dalam otak dalam bentuk gelombang letrik, dihantar melalui proses saraf. Gelombang tersebut disampaikan dari satu neuron ke neuron hingga ke otak. Gelombang letrik ini kemudian ditukar kepada isyarat tindakan kimia. Saraf yang tersambung pada otot bahagian tulang menerima gelombang isyarat dari otak untuk menguncup. Gelombang tersebut disampaikan dari satu neuron ke neuron seterusnya yang akhirnya menghasilkan pengeluaran neurotransmitter dari sel-sel neuron.
Diperingkat saraf, saluran khusus terbuka membenarkan sedikit kadar sodium memasuki kedalam sel menjadikan sel lebih positif dan seterusnya menyebabkan lebih banyak saluran sodium terbuka. Arus sodium melintasi sepanjang saraf sehingga kepenghujung saraf, dimana terletaknya neurotransmitter. Saluran kalsium pula lalu terbuka dan arus kalsium kemudiannya memasuki saraf. Protein yang terikat didalam sel memberi tindak-balas kepada kalsium dihujung sel, lalu mengeluarkan neurotransmitter, yang memberi isyarat kepada otot untuk menguncup.
Justru, zat kalsium penting bagi memacu pertukaran daripada isyarat tindak letrik kepada tindakan kimia iaitu dalam bentuk pelepasan neurotransmitter.
4 Ca | Penyeliaan Hormon. Aktiviti kalsium dan hormon saling berkaitan. Bila sedikit kalsium diserap dari permakanan, aktiviti hormon tidak aktif. Bila banyak kalsium diserap, hormon-kalsium menjadi aktif, aktiviti kalsium didalam tubuh semakin rancak, dan lebih banyak kalsium juga turut dikeluarkan dari tubuh.
Hormon Parathyroid (PTH). Hormon PTH dihasilkan oleh kelenjar ‘parathyroid’, iaitu 4 kelenjar kecil yang terletak dileher, disisi belakang kelenjar ‘thyroid’. PTH dilepaskan oleh kelenjar apabila kalsium berkurangan dalam darah (hypocalcemia). PTH bertindak melalui 3 cara: (1) ia menggalak saluran penghadaman menyerap kalsium dari bahan makanan, (2) ia menyebabkan tulang melepaskan sebahagian dari kalsium yang tersimpan dalam tulang, dan (3) ia menyebabkan ginjal melepaskan lebih banyak fosforus, secara tidak lansung meningkatkan lagi kadar kalsium dalam darah.
Vitamin D. Vitamin D bekerjasama dengan PTH. Vitamin D Calcitriol meningkat penyerapan kalsium melalui usus, meningkatkan lagi kadar kalsium dalam darah.
Terlalu banyak calcitriol/vitamin D boleh menyebabkan hypercalcemia/terlalu banyak kalsium dalam darah. Hypercalcemia boleh menjejaskan kesihatan saluran darah arteri, tisu-tisu lembut dipenuhi dengan kalsium dan menjadi keras, sendi tulang dan ligamen dipenuhi kalsium, cramp otot dan fibromyalgia. Bila keadaan ini berlarutan boleh mengakibatkan arteriosclerosis, dan penyakit jantung.
Sebaliknya, kurang vitamin D akan menjejaskan tindak-balas PTH dalam penyerapan kalsium. Maka, kekurangan vitamin D secara tidak lansung akan mengakibatkan penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa, keadaan yang memperlihatkan kecacatan pembentukan tulang.
Hormon Calcitonin. Hormon calcitonin (atau thyrocalcitonine), hormon yang dilepaskan oleh kelenjar thyroid, parathyroid, dan thymus, bertindak menghalang hakisan kalsium dari tulang, meningkatkan lagi pengkalsiuman dalam tulang, dengan demikian mengurangkan kadar kalsium dalam darah.
Hormon Estrogen. Estrogen adalah hormon pelbagai fungsi. Salah satu fungsinya ialah berkaitan dengan tulang. Hormon-kalsium PTH, calcitriol, dan calcitonin menjadi penggalak kepada peredaran kalsium, dari darah kedalam tulang dan sebaliknya, mengepam kalsium keseluruh tubuh. Estrogen menghentikan sistem tersebut, mengurangkan hakisan kalsium.
Estrogen mencegah aktiviti osteoblast/pembinaan tulang, mencegah pemacuan kalsium kedalam tulang, dan juga mencegah hakisan kalsium dari tulang. Risiko osteoporosis lebih tinggi pada wanita dari lelaki, adalah disebabkan oleh turun naik kadar estrogen dan PTH setiap bulan. Kadar estrogen menjadi sangat rendah ketika kedatangan haid. Kadar PTH pula menjadi tinggi, bermakna menambah pengeluaran kalsium dari tulang, pada masa yang sama menambah penggunaan kalsium dalam tulang. Justru, berlarutan pada jangkamasa lama menjadikan risiko osteoporosis lebih tinggi pada wanita.
Hormon Fibroblast Growth Factors (FGF) dan Insulin-Like Growth Factor-1 (IGF-1). Kalsium juga terlibat dengan pengawalan hormon FGF yang berperanan penting dalam tumbesaran tulang. Hormon ini mempengaruhi metabolisma tulang melalui beberapa perantara, seperti faktor tumbesaran 'Insulin-Like Growth Factor-1 (IGF-1)'.

- Osteopenia dan Osteoporosis. Osteopenia adalah ketumpatan tulang di bawah kadar normal. Ia merupakan gejala awal kepada osteoporosis. Kebanyakan orang mencapai BMD pada usia 30an. Jika tulang tebal ketika itu, maka kurang risiko mengalami osteopenia atau osteoporosis di usia tua. Selepas pertengahan usia, sel-sel tulang yang sedia ada selalu di serap kembali oleh tubuh, lebih cepat dari tulang baru yang di bina. Apabila keadaan ini berlaku, zat-zat galian di dalam tulang semakin hilang, semakin kurang ketumpatan, semakin lemah struktur, semakin menuju kepada orteopenia atau osteoporosis.
Osteoporosis pula, apabila kalsium, fosforus dan zat-zat galian lain di dalam tulang-tulang sudah banyak hilang dan terhakis. Tulang menjadi lemah, rapuh dan mudah retak, sehingga sedikit tekanan seperti membongkok atau mengangkat benda berat yang biasa atau terbatuk boleh menyebabkan retak tulang. Kuku juga rapuh dan mudah patah.
Wanita lebih mudah mengalami osteopenia dan osteoporosis dari lelaki. Apabila menopaus, wanita akan kehilangan banyak kalsium, kerana hormon estrogen sudah berkurangan. Dan BMD wanita lebih rendah dari lelaki, bererti tulang-tulang wanita kurang tumpat dari lelaki. - Rickets. Rickets adalah tulang yang lemah dan lembut pada kanak-kanak. Terjadi disebabkan kekurangan vitamin D yang berlarutan. Kurang vitamin D bererti kurang penyerapan kalsium. Vitamin D juga membantu tubuh mengawal kadar kalsium dan fosforus didalam tulang; jika berkurangan didalam darah, tubuh akan mengeluarkan hormon-hormon yang menyebabkan kalsium dan fosforus dikeluarkan dari tulang, ini menjadikan tulang semakin lemah dan lembut.
- Masalah Gigi, Gusi dan Rahang. Penyerapan kalsium yang baik memastikan kesihatan pada gigi dan gusi. Kalsium yang mencukupi dapat memelihara tulang, rahang dan gigi menjadi kuat dan sihat. Seseorang boleh mengekalkan keteguhan gigi-giginya sepanjang hayat sekiranya kalsium yang mencukupi dapat diserap ke dalam tubuh sejak awal tumbesaran. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan pembinaan gigi tidak sempurna, gigi longgar, dan gusi mengecut.
Rentak denyut jantung bergantung kepada kesinambungan fungsi dua (2) zat gizi ini. Sekiranya salah satu dari 2 zat ini bertambah atau berkurangan, tubuh mempunyai mekanisma bagi mengimbangi keduanya kembali ke tahap normal. Fungsi-fungsi dalaman tubuh yang lain akan berusaha mengimbangi nisbah antara keduanya sehingga kesinambungan kembali ke tahap normal. Namun, sekiranya kekurangan salah satu atau kedua-dua zat gizi ini berlarutan, masalah kesihatan akan timbul, terutamanya jantung.
Penguncupan otot di kawal oleh kesinambungan kadar kalsium yang tersimpan dalam struktur sel 'sarcoplasmic reticulum' (SR). Kalsium dialirkan keluar dari SR untuk masuk ke dalam badan sel 'cytosol' hasil dari tindak-balas kepada desakan yang menyelenggara denyut jantung. Lalu meransang sel-sel untuk menguncup. Selepas menguncup, kalsium mengalir dari cytosol kembali ke dalam SR melalui pam molekeul kalsium iaitu protein ‘SERCA2a’.
Fungsi jantung akan terjejas, apabila kurang kalsium yang mengalir kembali ke dalam SR. Kekurangan kalsium dalam SR akan menjejaskan sel-sel otot untuk memberi tindak-balas dengan sempurna kepada desakan dari denyut jantung. Kesinambungan menjadi lemah. Sel-sel otot menguncup dengan lemah, jantung juga mengepam darah dengan lemah, denyut nadi berkurangan.
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kuncupan jantung tidak selari, denyut jantung tidak menentu kerana kekacauan pengaliran electrolyte dalam tubuh, tekanan darah meninggi.
Sebaliknya, lebihan kalsium juga akan menyebabkan denyut jantung tidak menentu dan merendahkan tekanan darah.
Justru, kalsium bersama dengan magnesium adalah zat-zat gizi yang sangat penting bagi memelihara fungsi jantung dan keseluruhan otot, mengelak risiko penyakit jantung.
3 Ca | Fungsi Otak dan Saraf. Kalsium membantu penghantaran isyarat/transmisi saraf, dan memacu pengeluaran bahan kimia 'neurotransmitter' daripada sel presynaptic neuron yang bertugas memberi isyarat kepada sel-sel berdekatan untuk menguncup.
Mulanya maklumat diterima dalam otak dalam bentuk gelombang letrik, dihantar melalui proses saraf. Gelombang tersebut disampaikan dari satu neuron ke neuron hingga ke otak. Gelombang letrik ini kemudian ditukar kepada isyarat tindakan kimia. Saraf yang tersambung pada otot bahagian tulang menerima gelombang isyarat dari otak untuk menguncup. Gelombang tersebut disampaikan dari satu neuron ke neuron seterusnya yang akhirnya menghasilkan pengeluaran neurotransmitter dari sel-sel neuron.
Diperingkat saraf, saluran khusus terbuka membenarkan sedikit kadar sodium memasuki kedalam sel menjadikan sel lebih positif dan seterusnya menyebabkan lebih banyak saluran sodium terbuka. Arus sodium melintasi sepanjang saraf sehingga kepenghujung saraf, dimana terletaknya neurotransmitter. Saluran kalsium pula lalu terbuka dan arus kalsium kemudiannya memasuki saraf. Protein yang terikat didalam sel memberi tindak-balas kepada kalsium dihujung sel, lalu mengeluarkan neurotransmitter, yang memberi isyarat kepada otot untuk menguncup.
Justru, zat kalsium penting bagi memacu pertukaran daripada isyarat tindak letrik kepada tindakan kimia iaitu dalam bentuk pelepasan neurotransmitter.
4 Ca | Penyeliaan Hormon. Aktiviti kalsium dan hormon saling berkaitan. Bila sedikit kalsium diserap dari permakanan, aktiviti hormon tidak aktif. Bila banyak kalsium diserap, hormon-kalsium menjadi aktif, aktiviti kalsium didalam tubuh semakin rancak, dan lebih banyak kalsium juga turut dikeluarkan dari tubuh.
Hormon Parathyroid (PTH). Hormon PTH dihasilkan oleh kelenjar ‘parathyroid’, iaitu 4 kelenjar kecil yang terletak dileher, disisi belakang kelenjar ‘thyroid’. PTH dilepaskan oleh kelenjar apabila kalsium berkurangan dalam darah (hypocalcemia). PTH bertindak melalui 3 cara: (1) ia menggalak saluran penghadaman menyerap kalsium dari bahan makanan, (2) ia menyebabkan tulang melepaskan sebahagian dari kalsium yang tersimpan dalam tulang, dan (3) ia menyebabkan ginjal melepaskan lebih banyak fosforus, secara tidak lansung meningkatkan lagi kadar kalsium dalam darah.
Vitamin D. Vitamin D bekerjasama dengan PTH. Vitamin D Calcitriol meningkat penyerapan kalsium melalui usus, meningkatkan lagi kadar kalsium dalam darah.
Terlalu banyak calcitriol/vitamin D boleh menyebabkan hypercalcemia/terlalu banyak kalsium dalam darah. Hypercalcemia boleh menjejaskan kesihatan saluran darah arteri, tisu-tisu lembut dipenuhi dengan kalsium dan menjadi keras, sendi tulang dan ligamen dipenuhi kalsium, cramp otot dan fibromyalgia. Bila keadaan ini berlarutan boleh mengakibatkan arteriosclerosis, dan penyakit jantung.
Sebaliknya, kurang vitamin D akan menjejaskan tindak-balas PTH dalam penyerapan kalsium. Maka, kekurangan vitamin D secara tidak lansung akan mengakibatkan penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa, keadaan yang memperlihatkan kecacatan pembentukan tulang.
Hormon Calcitonin. Hormon calcitonin (atau thyrocalcitonine), hormon yang dilepaskan oleh kelenjar thyroid, parathyroid, dan thymus, bertindak menghalang hakisan kalsium dari tulang, meningkatkan lagi pengkalsiuman dalam tulang, dengan demikian mengurangkan kadar kalsium dalam darah.
Hormon Estrogen. Estrogen adalah hormon pelbagai fungsi. Salah satu fungsinya ialah berkaitan dengan tulang. Hormon-kalsium PTH, calcitriol, dan calcitonin menjadi penggalak kepada peredaran kalsium, dari darah kedalam tulang dan sebaliknya, mengepam kalsium keseluruh tubuh. Estrogen menghentikan sistem tersebut, mengurangkan hakisan kalsium.
Estrogen mencegah aktiviti osteoblast/pembinaan tulang, mencegah pemacuan kalsium kedalam tulang, dan juga mencegah hakisan kalsium dari tulang. Risiko osteoporosis lebih tinggi pada wanita dari lelaki, adalah disebabkan oleh turun naik kadar estrogen dan PTH setiap bulan. Kadar estrogen menjadi sangat rendah ketika kedatangan haid. Kadar PTH pula menjadi tinggi, bermakna menambah pengeluaran kalsium dari tulang, pada masa yang sama menambah penggunaan kalsium dalam tulang. Justru, berlarutan pada jangkamasa lama menjadikan risiko osteoporosis lebih tinggi pada wanita.
Hormon Fibroblast Growth Factors (FGF) dan Insulin-Like Growth Factor-1 (IGF-1). Kalsium juga terlibat dengan pengawalan hormon FGF yang berperanan penting dalam tumbesaran tulang. Hormon ini mempengaruhi metabolisma tulang melalui beberapa perantara, seperti faktor tumbesaran 'Insulin-Like Growth Factor-1 (IGF-1)'.
Kadar/Dos Saranan Kalsium
Kadar/Dos saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti rajah sebelah. Namun, tidak terdapat data tentang kadar/dos maksima yang dikira masih selamat. Oleh yang demikian, rujukan dibuat kepada data dari IOM (Institute of Medicine), National Academics.
Punca Kekurangan Kalsium. Kekurangan kalsium dalam darah disebut 'hypocalcemia', boleh berlaku dalam 3 keadaan:
1 Permakanan Kurang Kalsium.Permakanan yang saimbang membantu penyerapan kalsium yang mencukupi, bagi memenuhi keperluan tubuh. Kalsium di serap di sepanjang penjalanan makanan melalui usus kecil. Bagi memastikan penyerapan yang mencukupi, perlu menambah bahan makanan yang kaya atau di perkaya dengan zat kalsium.
Kadar penyerapan kalsium pada anak kecil melebihi kira-kira 60% dari orang dewasa. Penyerapan semakin berkurangan apabila semakin meningkat usia. Justru, permakanan yang benar-benar mengandungi kalsium perlu dititik-beratkan, juga bagi warga yang berusia.
Makanan yang tinggi sodium (garam) boleh menyebabkan pengeluaran kalsium dari tubuh melalui ginjal. Justru, lebih baik hindar pengambilan sodium yang berlebihan.
2 Masalah Penyerapan Kalsium. Kekurangan kalsium pada jangkamasa singkat tidak terlalu mempengaruhi 'hypocalcemia'. Hypocalcemia terjadi apabila kekurangan kalsium berlarutan pada jangkamasa panjang disebabkan masalah kurang penyerapan kalsium, akibat dari beberapa faktor seperti, usia, jantina, penyakit tubuh, kurang vitamin D, magnesium dll.
Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. Kurang vitamin D didalam tubuh akan menyebabkan kurang kadar kalsium yang dapat diserap ke dalam tubuh. Vitamin D penting sebab ia bertukar menjadi hormon di dalam tubuh, yang kemudiannya mempengaruhi penghasilan protein dalam usus yang bertanggungjawab menyerap kalsium. Magnesium juga penting pada kalsium, kerana magnesium membawa kalsium kepada sel-sel tubuh. Justru, supplemen kalsium sangat baik di ambil bersama dengan supplemen vitamin D dan magnesium.
3 Alahan Pada Lactose. Ada individu yang mengidap kekurangan enzim 'lactase' didalam usus. Enzim lactase perlu untuk metabolisma gula 'lactose' dalam susu atau produk tenusu. Akibatnya, lactose tidak banyak yang mampu diserap oleh tubuh. Individu tersebut dikatakan mengalami alahan pada lactose. Individu yang mengalami alahan pada lactose, disaran meminum/memakan susu atau produk tenusu secara sedikit demi sedikit. Cara lain ialah meminum susu atau produk tenusu bersama dengan pil lactase. Setengah produk tenusu dipasaran sudah sedia ditambah lactase didalamnya.
Apabila tubuh mengalami hypocalcemia, kesan-kesan sampingan awal pada tubuh akan timbul, dan lebih kurang sama dengan kesan awal lebihan kalsium. Petanda awalan hypocalcemia, antaranya:
Kemungkinan punca hypercalcemia:
Lebihan pengambilan supplemen kalsium atau lebihan penyerapan kalsium dahulunya dianggap antara punca terbinanya batu karang di dalam ginjal. Ini disebabkan batu karang dalam ginjal terbina dari lebihan calcium oxalate, dan dos saranan USA (RDI) untuk kalsium sebenarnya berdasarkan pada kawalan agar batu karang tidak terbina dalam ginjal. Akan tetapi, kajian terbaru menunjukkan bahawa kalsium tidak menyebabkan terbina batu karang ginjal.
Ada juga sumber yang menyatakan terdapat perkaitan antara pengambilan kalsium pada dos yang tinggi (2,000 mg/hari, atau lebih dari 2 kali ganda dos saranan, bersamaan 6 gelas lebih minuman susu setiap hari) dengan kanser prostat.
Apabila tubuh mengalami hypercalcemia, kesan-kesan sampingan awal pada tubuh akan timbul, antaranya:
Sumber Alami. Sebenarnya, terlalu banyak bahan-bahan makanan harian di sekeliling kita harini yang kaya dengan kandungan kalsium. Antaranya:
Supplemen Kalsium. Supplemen kalsium menjadi perlu sekiranya kalsium dari bahan makanan harian dikhuatiri tidak mencukupi. Supplemen kalsium sekadar mengimbangi kekurangan. Oleh itu, kadar pengambilan supplemen kalsium bergantung kepada berapa kadar kalsium yang selalu kurang diperolehi dari bahan makanan harian. Jika kalsium dari permakanan harian mencukupi maka supplemen kalsium tidak perlu.
Kadar penyerapan kalsium, samada dari bahan makanan alami atau dari supplemen, adalah hampir sama. Kecuali bagi mereka yang mengalami penyakit perut dan usus, semua jenis utama supplemen kalsium dapat diserap apabila diiringi dengan makanan harian, dan penyerapan lebih baik jika supplemen diambil dalam dos yang rendah tetapi beberapa kali dalam sehari.
Pejabat Supplemen Permakanan ‘Office of Dietary Supplements (National Institutes of Health)’, USA menyarankan:

- Cepat marah-marah atau baran, jiwa mudah tertekan, fikiran mudah terganggu, keliru, asyik mengantuk, lebih banyak tidur.
- Tubuh lemah dan kelesuan, sering berlaku kekejangan pada otot ‘cramp’, kebas dan getaran pada jari kaki dan tangan, otot mata bergetar dan mata mudah berair.
- Pening-pening, loya, muntah dan cirit-birit, hilang selera makan, kerap buang air dan sembelit.
- Wanita mengalami PMS yang perit sewaktu kedatangan haid.
Kemungkinan punca hypercalcemia:
- Kegagalan ginjal dan juga kelenjar ginjal kurang mampu mengeluarkan kalsium berlebihan dari tubuh melalui ginjal (air kencing).
- Faktor genetik, diwarisi dari keturunan di mana tubuh kurang mampu mengawal kalsium.
- Terbaring di tempat tidur, tidak mampu bergerak atau beraktiviti pada jangkamasa yang lama.
- Tumor kanser seperti kanser paru-paru, kanser payudara.
- Lebihan Vitamin D (hypervitaminosis D) dari permakanan atau disebabkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan keradangan.
- Pengambilan ubat-ubatan seperti lithium dan thiazide diuretics.
- hyperthyroidism/kelenjar parathyroid mengeluarkan PTH berlebihan, disebabkan salah satu atau lebih kelenjar parathyroid membengkak atau membesar.
- Sindrom susu-alkali.
Lebihan pengambilan supplemen kalsium atau lebihan penyerapan kalsium dahulunya dianggap antara punca terbinanya batu karang di dalam ginjal. Ini disebabkan batu karang dalam ginjal terbina dari lebihan calcium oxalate, dan dos saranan USA (RDI) untuk kalsium sebenarnya berdasarkan pada kawalan agar batu karang tidak terbina dalam ginjal. Akan tetapi, kajian terbaru menunjukkan bahawa kalsium tidak menyebabkan terbina batu karang ginjal.
Ada juga sumber yang menyatakan terdapat perkaitan antara pengambilan kalsium pada dos yang tinggi (2,000 mg/hari, atau lebih dari 2 kali ganda dos saranan, bersamaan 6 gelas lebih minuman susu setiap hari) dengan kanser prostat.
Apabila tubuh mengalami hypercalcemia, kesan-kesan sampingan awal pada tubuh akan timbul, antaranya:
- rasa mengantuk keterlaluan, pening, loya, groggy, muntah, lemah otot dan tak bermaya, cirit-birit, kerap kencing, sengal-sengal sendi atau sembelit.
- allergi dalam bentuk gatal-gatal kulit, bengkak kerongkong, mulut, bibir, demam, banyak berpeluh, dan sakit pada bahagian perut.
- Terlalu lebih kalsium boleh menjejaskan fungsi otak melibatkan kekeliruan fikiran, kekejangan, pitam atau pengsan.
- boleh menjejaskan fungsi ginjal dan boleh mengurangkan penyerapam zat-zat galian lain seperti besi, zinc, manganese.
Sumber Alami. Sebenarnya, terlalu banyak bahan-bahan makanan harian di sekeliling kita harini yang kaya dengan kandungan kalsium. Antaranya:
*Susu dan Produk Tenusu | * Yogurt menduduki tangga teratas makanan yang sarat kalsium. Yogurt buah-buahan juga agak tinggi kandungan kalsium. * Susu segar juga sarat kalsium bagi tubuh yang mampu menyerapnya; susu rendah atau tanpa lemak, susu skim, dadih/dadiah juga tinggi kandungan kalsium. * Berbagai jenis jus yang diperkaya dengan kalsium. * Keju, ais krem dll. |
*Makanan Laut | * Ikan (dalam tin atau dimasak): sardines, salmon, bilis, tongkol/tuna, kembung dll. * Cengkerang: siput, kerang, kepah, lokan, ketam, udang/epok-epok dll. |
*Sayuran Hijau | * Brokoli, bayam, kale, bendi, bak choy, kobis cina/kobis panjang, lobak cina (turnip), collard hijau, dandelion hijau, rumpai laut. * Setengah sayuran juga mungkin mengandungi asid oksalik (oxalic acid) yang membuat kalsium terlekat padanya, mengurangkan penyerapan kalsium. |
*Bijiran dan Kekacang: *Herba Kering | * Buah tin/ara kering, almond/badam, kacang hazel, kacang tanah, pistachio, bijiran bijan, bijiran flax/linseed, bijiran bunga matahari, kuaci labu. * Berbagai herba kering temasuk kaskas,juga mengandungi banyak kalsium. Bijiran oat, bijiran yang diperkaya kalsium dll. |
Supplemen Kalsium. Supplemen kalsium menjadi perlu sekiranya kalsium dari bahan makanan harian dikhuatiri tidak mencukupi. Supplemen kalsium sekadar mengimbangi kekurangan. Oleh itu, kadar pengambilan supplemen kalsium bergantung kepada berapa kadar kalsium yang selalu kurang diperolehi dari bahan makanan harian. Jika kalsium dari permakanan harian mencukupi maka supplemen kalsium tidak perlu.
Kadar penyerapan kalsium, samada dari bahan makanan alami atau dari supplemen, adalah hampir sama. Kecuali bagi mereka yang mengalami penyakit perut dan usus, semua jenis utama supplemen kalsium dapat diserap apabila diiringi dengan makanan harian, dan penyerapan lebih baik jika supplemen diambil dalam dos yang rendah tetapi beberapa kali dalam sehari.
Pejabat Supplemen Permakanan ‘Office of Dietary Supplements (National Institutes of Health)’, USA menyarankan:
- supplemen diambil tidak melebihi 600 mg, kerana peratusan penyerapan kalsium akan berkurangan apabila kalsium dari supplemen bertambah.
- dos supplemen untuk orang dewasa, antara 1000 - 1300 mg /hari.
- supplemen kalsium mungkin ada kesan sampingan seperti sendawa dan sembelit pada setengah orang. Maka, supplemen perlu di ambil bersama dengan bahan makanan lain bagi menanggani masalah ini.
- Calcium carbonate, adalah supplemen yang sering di jual di pasaran. Ia antara yang termurah. Harus di makan bersama dengan bahan makanan lain. Setengah tubuh individu menyerapnya dengan baik, ada pula yang kurang seraksi, usus tidak selesa atau banyak gas/angin. Calcium carbonate adalah 40% berunsurkan kalsium; bererti mengambil 1,000mg akan memperoleh 400mg kalsium.
- Calcium citrate, boleh di ambil tanpa diiringi bahan makanan lain. Pilihan pada pengidap 'achlorhydria' atau yang sedang mengambil 'histamine-2 blockers' atau 'proton-pump inhibitors'. Calcium citrate mengandungi kira-kira 21% unsur kalsium; 1,000mg akan memperoleh 210mg kalsium. Lebih mahal dari calcium carbonate, dan lebih banyak perlu di ambil bagi mendapatkan jumlah kalsium yang diperlukan oleh tubuh.
- Calcium phosphate, lebih mahal dari calcium carbonate, tetapi lebih murah dari calcium citrate.
- Microcrystalline Hydroxyapatite (MH), MH kira-kira 40% berunsur kalsium.
- Antacids, kerapkali mengandungi calcium carbonate, sering menjadi pilihan kerana harganya tidak mahal.
- Coral calcium, adalah garam kalsium yang di perdapat dari fosil batu karang. Kalsium batu karang terdiri dari calcium carbonate bersama zat-zat gizi kelumit yang lain.
- Calcium lactate dan calcium gluconate, mempunyai penyerapan yang hampir sama dengan calcium carbonate, tetapi lebih mahal. Calcium lactate dan calcium gluconate adalah jenis yang kurang pekat dan kurang sesuai dijadikan supplemen.
- Calcium chelates, adalah kalsium sintetik, yang disebatikan dengan molekeul organik seperti malate, aspartate, atau fumarate. Kalsium jenis ini mungkin lebih penyerapan sewaktu perut kosong, "chelate" meniru tindak-tanduk makanan alami dengan cara sentiasa larut dalam usus.
No comments:
Post a Comment