Apakah Katarat ?"If God didn’t make it, don’t eat it.
Following this advice will do more to prevent and treat illness than anything else."
- Dr. Robert J. Rowen
Katarat adalah kekeruhan berupa kabus berselaput yang berkembang menyelubungi lensa mata, sedikit demi sedikit menyekat ketembusan cahaya ke lensa, menyebabkan penglihatan semakin kabur. Katarat apabila parah boleh mengakibatkan buta.
Katarat bermula secara perlahan tanpa disedari. Biasanya katarat menjejaskan kedua belah mata, meskipun pada awalnya bermula dengan sebelah mata.
Pada awal serangan, penderita katarat merasa gatal-gatal pada mata. Mata berair. Penglihatan terganggu. Silau pandangan pada sinar lampu di waktu malam. Setelah berkembang 3-5 tahun, daya penglihatan semakin terjejas. Selanjutnya, selaput berupa kabus keruh mula muncul di lensa mata. Semakin hari semakin merebak dan menebal menyelubungi lensa mata. Ditahap ini, katarat dianggap parah.
Jenis-Jenis Katarat
Secara amnya, terdapat 5 jenis katarat:
- Katarat Kongenital - terjadi disebabkan faktor genetik, bermula sejak kelahiran, jenis ini sangat jarang berlaku.
- Katarat Traumatik - terjadi disebabkan kecederaan pada mata.
- Katarat Sekondari - disebabkan pengambilan ubat steroid seperti prednisone dan kortikosteroid yang sering diberikan kepada pesakit Kencing Manis.
- Katarat Radiasi - disebabkan terdedah kepada beberapa jenis radiasi.
- Katarat Usia - berkaitan dengan usia, sering melanda warga berusia.
Katarat berkaitan usia terbahagi kepada 3 jenis utama. Seseorang individu yang meningkat boleh mengalami salah satu atau lebih dari 3 jenis utama ini:
- Katarat Nuclear Sclerotic - Katarat jenis ini paling sering dihidapi. Berupa lensa yang keras berwarna kekuningan. Apabila merebak, mata kurang mampu memfokus, penglihatan jarak dekat semakin baik tetapi bersifat sementara. Katarat nuclear sclerotic lambat berkembang, mengambil masa beberapa tahun sebelum menjejaskan penglihatan dan mata.
- Katarat Cortical - "Cortical" merujuk kepada kabus putih yang berkembang pada cortex lensa, iaitu bahagian sekeliling lensa. Perubahan kandungan cecair pada serat lensa mencipta rekahan/fissures, yang dilihat seperti jari-jari roda. Rekahan-rekahan ini menyebabkan cahaya yang memasuki mata jadi berselerak, mengakibatkan kabur penglihatan, bersilau, pengamatan kurang tepat pada jarak dan beza warna. Pesakit Kencing Manis lebih berisiko kepada katarat cortical.
- Katarat Posterior Subcapsular - Katarat jenis ini bermula dengan kabus kecil yang menggeruhi bahagian belakang permukaan lensa. Disebut "subcapsular" kerana terbentuk dibawah kapsul lensa berupa selaput yang menutup lensa dan melekap disitu. Pembacaan terganggu, penglihatan penuh silau sekeliling cahaya. Mereka yang pengambil ubat steroid, atau pesakit Kencing Manis akan mengalami penglihatan sangat dekat, dan/atau mengidap ‘retinitis pigmentosa.’ Katarat Subcapsular berkembang dengan cepat dan gejalanya boleh timbul hanya dalam beberapa bulan sahaja.
Kebanyakan doktor berpendapat katarat tidak boleh disembuhkan; pembedahan mata adalah perlu atau gejalanya dirawat dengan ubat-ubatan. Sebaliknya, ada kalangan ahli perubatan yang mengatakan bahawa katarat boleh disembuhkan sepenuhnya dengan kaedah rawatan alami.
DMSO dan Penyakit Mata. DMSO dianggap cecair yang ajaib. Terlalu banyak lapuran, hasil dari ujikaji klinikal dan amalan perawatan, yang menyatakan DMSO sangat berkesan merawat dan menyembuhkan berbagai masalah mata dan penglihtana termasuk macular degeneration, retinitis pigmentosa, glaucoma dan katarat.
Apa Sebenarnya DMSO ? Pine Sol, singkatan kepada pine solvent, adalah sejenis cecair pelarut yang diekstrek melalui proses pengwapan daripada bahagian-bahagian pokok pine sewaktu pembuatan kertas. Cecair ini agak berminyak, selalu dijadikan bahan dalam produk pencuci Clorox. Cecair pine sol mentah disebut 'turpentine', digunakan sebagai pencair cat dan pencuci mesin. Apabila ditapis dimurnikan menjadi pekat dikenali sebagai di-methyl sulfoxide atau DMSO. Turp adalah istilah medikal, DMSO dalam istilah rawatan penyakit kurang membimbangkan!
1 Kaedah Dr Robert Rowen. Dr Robert Rowen, bergelar "The Father of Medical Freedom", penyunting 'Second Opinion', telah mencipta formula untuk dititis ke organ mata sebanyak 3 kali setiap hari bagi merawat dan menyembuhkan katarat tanpa perlu pembedahan. Formula tersebut boleh diolah dengan bantuan ahli farmasi.
- DMSO - 6.25% (sebagai pembawa nutrien lain melintasi kulit, lapisan selaput dan meningkat keberkesanan nutrien yang dibawa).
- Vitamin C - 1.25% (sclera mata yang sihat bergantung kepada vitamin C, kajian mendapati katarat mula berlaku apabila vitamin C berkurangan).
- Glutathione - 1.25% (kekurangan glutathione lebih terdedah kepada katarat dan kemerosotan organ mata, hanya 10-20% kadar glutathione terkandung dalam lensa bermasalah berbanding lensa sihat).
2 Kaedah Dr. Stanley Jacobs. Dr. Stanley Jacobs, pengarang buku 'The Miracle of MSM', menyarankan formula dibawah, 2 titis 2 kali setiap hari kepada organ mata:
- 50% DMSO : 50% air saline.
- setitis DMSO tulin (gred medical/farmasi 99.9% ketulinan) lansung kemata, untuk katarat.
- DMSO 5mg : saline 1 cc dititis ke dalam bola mata untuk masalah-masalah mata yang lain.
- setitis DMSO tulin (kira-kira 25 mg) : superoxide dismutase (SOD) 2 cc; 2/3kali dalam sehari dapat menyembuh katarat dan glaucoma.
- titisan DMSO sahaja sudah mencukupi untuk macular degeneration.
- atau campuran 5mg (2 cc DMSO) dengan 5mg (2 cc SOD ) untuk 4 cc cecair.
- Formula DMSO (gred medical/farmasi 99.9% ketulinan). Satu titis DMSO tulin kedalam mata, akan menyerap bahan-bahan sisa dan tompokan gizi dalam sel yang bertompok dalam lensa kristal organ mata. DMSO juga merawat masalah kemerosotan mata yang lain. Jika tompokan gizi tidak begitu banyak dalam lensa, tubuh akan menyerap gizi-gizi yang dileraikan dan membawanya keluar melalui sistem perkumuhan. Beberapa ujikaji dan amalan rawatan, penggunaan DMSO tulin menghasilkan kesembuhan yang sangat memuaskan. TETAPI perlu diketahui bahawa DMSO memberi rasa pedih sepertimana cili, dan kebas. Saluran-saluran air mata dan setiap ruang dalam kelopak mata menjadi kering. Beza antara cili dan DMSO, DMSO tidak memberi kesan radang sehingga terpaksa digonyoh/tenyeh dengan tangan. Namun, DMSO bukan bahan merbahaya atau merosakkan organ mata.
- Formula campuran 50% DMSO : 50% air saline. Air saline boleh dibeli dikedai farmasi. Air saline mengurangkan rasa tidak selesa kesan dari kekeringan airmata kerana DMSO menyerap air.
- Formula campuran 25-30% DMSO : 75-70% air saline. Titisan 2 kali dalam sehari, dari Robert V. Hill Department of Surgery University of Oregon Medical School Portland, Oregon.
- Formula campuran antara 10-50% DMSO : 90-50%% air saline. Jika organ mata jenis terlalu sensitif kepada formula 50 : 50, boleh diubah kepada:
- 30% DMSO : 70% air saline,
- 25% DMSO : 75% air saline,
- 20% DMSO : 80% air saline,
- 10% DMSO : 90% air saline dlll.
-
DMSO - Langkah Keselamatan. Ciri istimewa DMSO ialah ia bahan penyerap dan penembus kulit memasuki ketempat terdalam dalam tubuh. Bila DMSO disapu pada kulit, ia akan terus meresap kedalam tubuh melintasi kulit, lapisan selaput, tisu, hingga ketulang membawa bersama apa jua yang terkandung atau tercampur padanya. Berbagai nutrien (vitamin, zat gizi, zat-zat lain) boleh ditambah padanya. Seperkara lagi, DMSO sebagai pembawa, dan tidak merubah atom-atom dan molekeul-molekeul, mengekalkan keaslian nutrein tersebut.
Kemampuan DMSO sebagai pembawa juga boleh mendatangkan kemudharatan. Jika tidak berhati-hati, ia boleh membawa bersama bahan-bahan yang bermudharat kepada kesihatan. Umpamnya, jika DMSO disapu pada kulit, kemudian dibalut dengan kain berwarna, ia akan menyerap sebahagian dye dari kain pembalut tersebut dan membawa bersama memasuki kulit. Atas sebab ini, apabila menyapu DMSO, tidak perlu menggunakan apa jua jenis pembalut. Biarkan kering sendiri. Jangan sekali-kali menitis DMSO sekiranya masih ada 'eyeliner' atau 'mascara' dikelopak mata. DMSO boleh membawa bersama kimia-kimia 'make-up' melintasi lapisan bawah kulit dan memasuki kedalam aliran darah. Justru, jauhi dari krim, losyen, atau apa jua bahan kimia lain sebelum DMSO disapu atau dititis kedalam mata.
[*Perhatian - penulis bukan doktor pakar. Artikel ini hasil dari kajian dan penelitian peribadi dari beberapa nafkah medikal dan farmasi. Apa yang disarankan dalam artikel ini bukan sebagai preskripsi, cuma garis panduan. Penulis tidak bertanggunjawab sekiranya masalah luar jangka berlaku hasil dari penulisan dalam artikel ini].
No comments:
Post a Comment