0

Monday, November 11, 2013

Istighfar & Taubat

Istighfar dan Taubat adalah amalan para nabi dan rasul, para ariffinbillah, para solihin, pejuang dan pencari ilmuNya, dan orang-orang yang jiwanya ber-tuhan. Semakin tinggi ilmu, semakin mendalam makrifah seorang hamba kepada Allah, semakin luluh hatinya, semakin kecil keberadaanya di sisi Allah.

Menganggap diri sempurna, memandang rendah pada orang lain, menganggap kehidupan di dunia akan selama-lamanya, itulah sifat keangkuhan dan ria'. Semakin menjauh diri dari Allah, semakin hati menjadi keras, tegar, dan tidak peka pada melakukan kesilapan dan dosa. Kerana hidup penuh kebarangkalian, setiap langkah ke hadapan, belum tahu lagi apa nasibnya, apakah akan menemui ajal? Boleh saja kemungkinan itu berlaku !     

"To err is human" melakukan kesilapan itu memang sifat manusia. Untuk itu, Baginda SAW menasihati supaya membiasakan diri melafazkan istighfar dan taubat andai tersedar diri dari melakukan sebarang kesilapan atau dosa.

Istighfar dan Taubat, di baca ketika tersedar perbuatan atau perkataan boleh memusnahkan amalan. Mulakan dengan yang ringkas dan mudah.


" aku mohon ampun kepada Allah Maha Agung, yang tiada lain berhak di sembah melainkan hanya Dia Maha Hidup lagi Maha Berdiri Dengan Sendirinya, dan aku bertaubat padaNya,  aku mohon taubat dan maghfirohNya (keampunanNya), sesungguhnya Dia Penerima Taubat dan Maha Penyayang."

________________________________________  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...