Herba Kunyit
Kunyit adalah sejenis rempah, tergolong dalam keluarga herba ber-rhizom atau Zingiberaseae, dari genus Curcuma. Nama sains: Curcuma longa.
Herba ini berasal dari persekitaran gunung-ganang banjaran sub-Himalaya. Oleh kerana ia mempunyai nilai komersial, kini di tanam di serata kawasan tropika dan sub-tropika.
Tinggi pohonnya sekitar semeter. Herba kunyit lebih merujuk kepada rumpunan rhizomnya, bersama akar rhizom-rhizom merebak di dalam tanah.
Kulit pada rhizom kunyit berwarna coklat pekat. Isi didalamnya berwarna oren pekat. Daun, tunas-tunas rhizom kunyit mengeluarkan keharuman yang unik. Rasanya agak pedas seakan-akan lada bercampur halia dan sedikit pahit. Apabila di tuai, rhizom kunyit selalunya di masak, di kering, dan di buat serbuk. Serbuk kunyit berwarna kuning, oren, atau coklat pekat mengikut spesis yang sedikit berbeda menurut tempat atau kawasan ia tumbuh.
Kunyit tidak mengeluarkan biji-bijian. Tumbuh semula melalui tunas-tunas rhizom yang tumbuh berumpun di dalam tanah.