0

Thursday, February 13, 2014

Payudara Wanita dan Kopi

Payudara Wanita, Kenapa Membesar ?


Payudara, ‎salah satu daya tarikan sensual dan seksual wanita pada lelaki.‎ Saiz dan bentuknya berbagai. Saiz juga merujuk kepada ukuran ‎cup bra, dari 28-44, berbentuk AAA, AA, A atau B dll. Saiz 28 AA boleh dianggap payudara kecil. Dan 38 ‎KKK seperti milik model Brazil, Sheyla Hershey, sudah dianggap sangat besar.‎ Apatah lagi saiz 102 ZZZ milik Annie Hawkins-Turner (Georgia, USA), yang menjadi pemegang rekod payudara terbesar yang tercatit dalam Guinness World Record.

Payudara Besar Seksi
Secara alami, apabila menginjak akil baligh, ovari wanita mula menghasilkan hormon seks wanita, iaitu estrogen. Estrogen menjadi punca utama tubuh wanita berubah sewaktu akil baligh. Hormon ini meransang pembesaran payudara; menyebab lemak bertambah dan terkumpul didalam payudara. Kelenjar-kelenjar susu didalam payudara juga turut membesar, membuatnya menonjol, terus berkembang sepenuhnya.

Pertalian antara pertambahan kadar estrogen dan payudara membesar sangat jelas sehingga supplemen untuk pembesaran payudara seperti kapsul 'Perfect C Breast Enhancer' (mengandungi bahan-bahan seperti bijian fennel dan fenugreek, yang tinggi nilai-nilai estrogen) dijual dipasaran. Perkara sebegini tidak berlaku pada remaja lelaki kerana kadar hormon seks lelaki, iaitu testosterone, adalah lebih tinggi pada lelaki. 

Sewaktu kehamilan, payudara wanita melalui proses tindak-balas yang kompleks kepada beberapa jenis hormon seperti estrogen, progesterone dan prolactin, mengembangkan lagi tisu payudara bagi tujuan menghasilkan susu. Kelenjar-kelenjar susu dalam payudara wanita adalah sebagai persediaan alami bagi wanita yang bakal menyusui anak-anak mereka apabila dilahirkan kelak. Fasa kehamilan dan sesudah melahirkan anak adalah fasa-fasa payudara wanita membesar, dimana kelenjar susu berkembang pesat dan susu dihasilkan. Apabila penyusuan bayi dihentikan, payudara beransur kembali menyusut kepada saiz sebelum hamil atau mungkin mengecil sedikit dari sebelumnya.

Di lewat usia wanita, kelenjar-kelenjar susu mula mengecil atau mengecut, manakala lemak pula mula bertambah. Sebahagian wanita berusia, payudara mereka didapati semakin besar. Akan tetapi, ada juga wanita yang payudaranya tidak mengumpul banyak lemak sebelumnya, maka payudara susut mengecil. 

Pengambilan pil perancang keluarga juga boleh menyumbang kepada payudara membesar kerana pil-pil tersebut mengandungi hormon-hormon yang memberi kesan tiruan seolah-olah sedang hamil. Kesan sampingan air yang berlebihan dalam tubuh juga menyumbang kepada pembesaran payudara.

Payudara Besar dan Kanser


Wanita berpayudara besar lebih banyak mengidap kanser payudara berbanding mereka yang berpayudara sederhana. Ini disebabkan terdapat lebih banyak tisu baru tumbuh dan/atau kadar estrogen lebih tinggi. Demikian menurut kajian yang dijalankan keatas kira-kira 760,000 wanita berusia antara 40 - 70, yang mana dari jumlah tersebut, 55,000 wanita memiliki payudara besar. Kajian tersebut dari Universiti Western Australia dan BreastScreen WA, disiarkan dalam jurnal *The Breast ('The Breast' adalah jurnal resmi dari Breast Centres Network, penyumbangnya dari Australasian Society for Breast Disease bergabung dengan pakar-pakar dari European Society of Breast Cancer). 

Kanser Yang Mengancam Nyawa
Menurut kajian makmal dari 'UC Berkeley dan Lawrence Berkeley National Laboratory', bahawa dengan meramas payudara boleh mengurangkan risiko kanser. Tekanan fizikal pada otot-otot ketika meramas payudara boleh menghentikan perkembangan kanser dan menghalang sel-sel yang tidak terkawal dari berubah menjadi sel-sel kanser.

Walaupun begitu, para pengkaji juga mendapati bahawa beberapa faktor gayahidup lain juga turut menyumbang kepada kanser; seperti usia sewaktu putus haid, kurang senaman/olahraga, berat badan berlebihan, kurang celek kesihatan, dan sejarah genetik dari keturunan yang mengidap kanser payudara.

Kopi Anti Kanser Payudara


Kopi dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kopi mengandungi kafein, yang boleh merencat perkembangan sel-sel kanser. Bergantung kepada jenis gene tertentu yang dimiliki oleh seseorang wanita, meminum kopi sekurang-kurangnya 2-3 cawan sehari boleh mengurang risiko kanser payudara atau melambatkan pertumbuhan kanser. Demikian menurut kajian terbaru dari Universiti Lund ‎dan Universiti Malmö dari Sweden yang disiarkan dalam jurnal 'Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention.'

Kajian dijalankan keatas 460 wanita pengidap kanser payudara yang bertabiat meminum kopi. Hasil kajian menunjukkan kesan kopi berbeza menurut jenis gene milik wanita dikenali sebagai CYP1A2, yang mengkodkan enzim untuk metabolisma estrogen dan juga kopi. Separuh dari pesakit tersebut memiliki jenis gene A/A, manakala yang lainya memiliki samada A/C atau C/C.‎ Kajian mendapati wanita yang memiliki jenis gene A/A, dengan meminum sekurang-kurangnya 2-3 cawan kopi setiap hari, risiko hanya 2/3 dari jenis C. Wanita yang memiliki salah satu dari jenis C, lebih risiko dihidapi kanser payudara dari wanita yang memiliki jenis A/A dengan kadar minuman yang sama.

Kajian juga mendapati ramai pesakit mempunyai estrogen-sensitive (mesra estrogen), dengan demikian sel-sel tumor lebih mudah dirawati. Hampir 15% dari pesakit tersebut mempunyai tumor ER-negative (estrogen-insensitive/mangli tindakbalas estrogen), suatu keadaan yang tidak mudah dirawati. Dari data-data tersebut, kopi didapati memberi kesan perlindungan dari kanser payudara ER-negative.

Namun demikian, beberapa kajian lain mendapati kesan kopi terhadap kanser payudara masih berbeza. Keadaan ini mungkin disebabkan kaedah kopi yang disediakan atau jenis kopi itu sendiri. Justru, meskipun terbukti kopi bermanfaat melindungi kanser payudara bagi wanita yang mempunyai ER- negative, namun mekanisma bagaimana dan unsur-unsur kandungan kopi yang terlibat masih belum jelas, dan tidak semua jenis kopi memberi kesan positif. Kajian tersebut masih diperingkat awal, dan garis panduan minuman kopi bagi melindungi dari kanser payudara tidak dapat ditetapkan secara muktamad. Kajian lebih terperinci perlu dilaksanakan seterusnya. 

Kopi Mengecilkan Saiz Payudara


Payudara Kecil, Mengkal & Kencang
Mungkin lelaki meminati payudara yang menggunung besar, kelihatan mantap, menghairahkan, dan meransang nafsu. Dikalangan wanita, ada yang memiliki payudara besar, tetapi kenyal, lembek, kendur kebawah atau melebari dada. Namun, ada juga kalangan lelaki yang lebih meminati payudara bersaiz kecil atau sederhana, kelihatan padat dan mengkal.

Memiliki payudara besar, tetapi kenyal, lembek, kendur kebawah atau melebari dada, mungkin tidak kelihatan sensual atau seksi. Kopi, minuman berkafein, sebenarnya boleh menyebabkan payudara mengecut, mengecil dan mekal dan padat. Kajian dari Universiti Lund, Sweden mendapati meminum 3 cawan kopi setiap hari boleh membantu mengecut dan mengurangkan saiz payudara. Kajian dilakukan keatas 300 wanita. Semuanya peminat kopi. Para pengkaji mendapati kaitan yang jelas antara minuman kopi dengan payudara mengecil atau mengecut. Namun begitu, peminum kopi tidak perlu bimbang, payudara mereka tidak akan menghilang mengecut atau mendatar secara tiba-tiba atau semalaman. Demikian hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal ‘British Journal of Cancer.’

Kafein Dalam Kopi


Kopi, sudah termaklum, sebahagian besarnya megandungi kafein. Kesan kafein kepada kesihatan sudah banyak dikaji. Kesan-kesan positif dan negatif dapat diumuskan seperti berikut:

Kesan Positif Kafein:
  1. Kafein boleh mengurangkan risiko atau memperlambat timbul kanser, juga mengurangkan beberapa jenis kanser hati.
  2. Kafein juga merupakan sumber aktiviti anti-oksidan yang menyihatkan.
  3. Pengambilan jangkamasa lama dikaitkan dengan rendah risiko penyakit jantung dan kencing manis (terutama Jenis 2). Kajian juga cenderung menunjukkan kafein mengurangkan kemerosotan daya pengecaman yang berkait dengan usia, termasuk mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan juga Parkinson.
  4. Kafein meningkatkan lagi tahap neurotransmitter seperti norepinephrine, acetylcholine, dopamine, serotonin, epinephrine dan glutamate. 'Acetylcholine' dikaitkan dengan daya perhatian, pemusatan, pemahaman, dan ingatan; tetapi kajian belum terbukti jelas. 
  5. Kafein didapati mempertingkat kadar metabolisma. Kafein juga boleh menambah keberkesanan penyerapan ubat-ubatan tahan sakit, terutama pesakit yang mengidap migrain dan sakit kepala. 
  6. Dos rendah kafein menambah kepekaan dan mengurangkan kelesuan.    
Kesan Negatif Kafein:
  1. Kafein memberi ketagihan; apabila dikurangkan, akan menyebabkan sakit kepala, kelesuan, dan kurang kepekaan.
  2. Kafein boleh meninggikan tekanan darah tinggi bagi mereka yang tidak bertabiat meminum bahan berkafein. Tekanan darah tinggi dikaitkan dengan risiko strok, masalah saluran darah keotak yang membawa kepada risiko nyanyuk.  
  3. Kafein mengurangkan daya keanjalan bagi pergerakan tubuh. 
  4. Kafein meningkatkan lagi pelepasan 'cortisol'; hormon yang dilepaskan oleh kelenjar adrenal bagi menanggani masalah stres, keradangan dll.
  5. Kafein menyumbang kepada kemurungan dan sukar tidur. 
  6. Dos kafein yang tinggi (300 mg keatas) boleh menyebabkan keresahan, lebih terdorong kepada  halusinasi pendengaran, dan mempercepat hakisan tulang belakang bagi wanita yang putus haid. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...