0

Friday, December 27, 2013

Katarat dan Penawar DMSO

"If God didn’t make it, don’t eat it.
Following this advice will do more to prevent and treat illness than anything else."
- Dr. Robert J. Rowen
Apakah Katarat   ?


Katarat adalah kekeruhan berupa kabus berselaput yang berkembang menyelubungi lensa mata, sedikit demi sedikit menyekat ketembusan cahaya ke lensa, menyebabkan penglihatan semakin kabur. Katarat apabila parah boleh mengakibatkan buta.

Katarat bermula secara perlahan tanpa disedari. Biasanya katarat menjejaskan kedua belah mata, meskipun pada awalnya bermula dengan sebelah mata.
Pada awal serangan, penderita katarat merasa gatal-gatal pada mata. Mata berair. Penglihatan terganggu. Silau pandangan pada sinar lampu di waktu malam. Setelah berkembang 3-5 tahun, daya penglihatan semakin terjejas. Selanjutnya, selaput berupa kabus keruh mula muncul di lensa mata. Semakin hari semakin merebak dan menebal menyelubungi lensa mata. Ditahap ini, katarat dianggap parah.

0

Thursday, December 26, 2013

DMSO (DIMETHYL SULFOXIDE)

Apakah DMSO   ?


Nama-nama lain: Dimethyl sulfoxide, Dimethyl sulphoxide, Diméthyl sulfoxyde, Dimethylis sulfoxidum, Dimetil sulfóxido, Methyl sulphoxide, Sulfoxyde de diméthyl, Sulphinybismethane, C2H6OS, NSC-763, SQ-9453.

DMSO adalah sejenis cecair yang terhasil dari industri perkayuan, terutama sewaktu batang pokok dihancurkan dalam pemprosesan kayu untuk dibuat kertas. DMSO sebenarnya adalah 'lignin' iaitu bahan yang melekatkan struktur pokok.

DMSO banyak terdapat di alam semulajadi, tetapi masih sedikit yang boleh diperdapat dari bahan-bahan makanan. Terkandung juga dalam sayuran pudina, asparagus, barli dan malta, susu lembu (terhasil dari metabolisma dalam badan lembu), dan air dari alam semulajadi (terhasil dari metabolisma rumpai/algae).

DMSO sering digunakan sebagai bahan pelarut industri untuk pembuatan racun pokok/herba, racun serangga, racun kulat, anti-biotik, dan hormon pokok. Kini DMSO semakin muncul digunakan sebagai bahan farmasi yang didapati berkesan mencegah, merawat, dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit.

0

Saturday, December 21, 2013

Ada Apa Pada Cempedak ?

Cempedak. Salah satu dari kalangan buah-buahan eksotik yang terdapat di Asia Tenggara.

Nama botani Artocarpus champeden spreng/Artocarpus integer/Artocarpus champeden (Thunb.) Merr./Artocarpus polyphema Pers, dari pepohonan Moraceae, tergolong dalam keluarga Nangka dan Sukun.

Cempedak berasal dari kepulauan Melayu, melingkari nusantara Indonesia sehingga ke New Guinea, bercambah diseluruh Asia Tenggara, dan telah diperkenalkan ke Australia, Queensland. Cempedak juga tumbuh di India, terutama diwilayah Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala.

Cempedak terkenal dengan berbagai nama. Baroh (Kepulauan Lingga dan Johor), nangka beurit (Sunda), nongko cino (Jawa), cubadak hutan (Minangkabau) tiwadak (Banjar). Thai : campada. Vietnam : mit to nu. India (Hindi) : kathar (sama dengan nangka), kekadang dipanggil juga campada. Tamil : pilaul. Banyak lagi nama-namanya mengikut daerah dan wilayah

0

Thursday, December 19, 2013

Zat Gizi Zinc

Apakah Zinc?


Zinc (Zn). Zinc adalah zat gizi kelumit yang sangat penting bagi memelihara kesihatan tubuh. Meskipun hanya sekelumit, Zn merupakan zat yang perlu ada dalam setiap bahagian tubuh. Zn berperanan dalam pelbagai fungsi biologi dalaman tubuh. Semua bahagian tubuh memerlukan Zn untuk kekal berfungsi secara normal.

Di dalam tubuh, Zn adalah zat gizi kelumit ke-2 terbanyak, selepas zat besi. Otot dan tulang mengandungi kira-kira 90% dari keseluruhan Zn dalam tubuh. Paling pekat dalam kelenjar ‎prostat dan mata. Sangat pekat dalam otak, pancreas, ‎hati, kelenjar ginjal, dan air mani lelaki.‎ Tubuh memerlukan antara 2-4 gm setiap masa, 6.2-6.7 mg setiap hari. Tubuh tidak mempunyai sistem khusus bagi menyimpan Zn. Justru, bekalan Zn setiap hari adalah mustahak bagi memelihara kesihatan.

Fungsi Zinc


Hanya Zn, zat gizi yang berada dalam semua jenis enzim. Ia menjadi komponen utama kepada lebih ‎dari 100 jenis enzim (ada sumber mengatakan 300 jenis). Ia juga menjadi penggalak ‎kepada aktiviti enzim-enzim. Semua enzim-enzim tersebut bergantung kepada Zn untuk mampu memberi bertindak-balas kimia untuk menyihatkan tubuh, antara lain:
  • pembinaan dan ‎kembang-biak sel-sel.
  • penghasilan protein dan DNA yang sempurna, kembang-biak gene.
  • metabolisma karbohaidrat dan tenaga.
  • kesembuhan dari luka, jangkitan dan penyakit.
  • pengurusan penghasilan dan kadar ‎hormon dalam tubuh.
  • penghasilan enzim anti-oksidan ‎‎‘superoxide dismutase’ (SOD).
  • membantu penghasilan asid perut dan enzim-enzim penghadaman dalam pancreas.
  • tumbesaran normal, sejak perkembangan janin, kanak-kanak, dan keremajaan.
  • fungsi deria rasa, bau, selera makan, juga pengaruh kepada syahwat.
  • fungsi kekebalan tubuh.
0

Tuesday, December 17, 2013

Ada Apa Pada Bran Beras ?

Apakah Bran Beras    ?


Padi, apabila dituai, perlu melalui proses pengilangan untuk dijadikan beras. Dikilang, penggilingan padi dilakukan banyak kali. Penggilingan dilakukan untuk menghasilkan beras putih. Beberapa produk sampingan turut terhasil: 
  1. Sekam dan Beras Perang. Butiran padi digiling beberapa kali untuk mengupas dan memisahkan kulit paling luar (sekam) dari padi, sehingga tinggal hanya beras. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan - sekam padi dan beras perang
  2. Dedak. Seterusnya penggilingan diteruskan beberapa kali lagi. Sekam bertambah lumat menjadi dedak.‎ Dedak adalah campuran sekam yang tergiling lumat dan bran yang masih kasar, beserta butiran beras hancur. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan - dedak dan beras perang.
  3. Bran Beras. Bran beras adalah selaput pada butiran beras terdalam disebut 'endosperma' (termasuk aleurone, perikarp, palea dan ‎tegmen serta sebahagian kecil embryo), terletak diantara sekam dan butiran beras (endosperm). Melalui proses penggilingan seterusnya, bran akan digilap dan dipisahkan sehingga semua butiran beras menjadi putih. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan bran dari dan beras putih.
  4. Beras Putih. Produk terakhir dari padi, setelah dikupas dan digilap sekam dan juga bran sehingga tinggal hanya endosperma berwarna putih bersih, yang menjadi makanan asasi kini. 
Resmi warga kini memakan nasi dari beras putih, bersih, menyerlah. Rasanya lebih enak. Aromanya lebih harum. Nasi lebih empuk. Beras yang kurang putih, beras perang, kalau ‎dimasak kurang menyerap air. Nasi agak kental. Rasa berkacangan. Warna sebam kurang menyerlah. Juga kurang enak dibandingkan dengan beras putih. Akan tetapi, resmi memakan nasi putih, tanpa disedari, telah menyisihkan banyak nutrien yang bernilai tinggi pada kesihatan. 

Apakah Nutrien Yang Bernilai Tinggi Terkandung Dalam Bran Beras   ?


Beras Putih vs Beras Perang.  Bila padi dikupas sekam sahaja, tanpa ditosoh brannya, maka jadilah beras perang. Apabila beras perang ditosoh bran seterusnya, maka jadilah beras putih. Proses penyosohan telah memisahkan kandungan nutrien yang berada dalam bran.

Dari setiap butiran padi, bran terdiri dari 2-4 %. Didalam bran terdapat kira-kira 67% vitamin B3, 80% vitamin B1, 90% vitamin B6, 60% ‎besi, 50% manganese, 50% fosforus, minyak12%-13% (mengandungi vitamin E, gamma-oryzanol dan ‎beta-sitosterol sangat bermanfaat untuk kesihatan), serat dan asid lemak. Kajian dari Kansas State University mengesahkan bran memang sarat serat (beta-glucan, pectin dan gum), vitamin B, zat gizi 50- ‎80%, dan zat-zat phyto yang menyihatkan. Bran sangat rendah kolesterol dan sodium.

Semua ini tiada lagi dalam beras putih. Tetapi, semua ini tetap ada pada 'Beras Perang' kerana bran kekal pada beras perang. Beras perang, dan bukannya beras putih, sepatutnya menjadi pilihan makanan asasi untuk kesihatan.

0

Thursday, December 12, 2013

Perihal Zat Gizi

Zat-zat gizi adalah pemacu kepada vitamin-vitamin dan beribu jenis enzim untuk mampu memberi tindak-balas bio-kimia dalam tubuh. Tiada pemacu, vitamin tidak berguna, aktiviti enzim tidak berdaya, bekalan kalori tidak bermakna, dan begitu juga dengan protein, lemak, dan karbohaidrat. Fungsi dan organ dalaman tubuh merana. Kekurangan sesuatu zat gizi, bila berlarutan, akan mengakibatkan penyakit. Dan begitu pun dengan kadar yang berlebihan....
Nutrisi 


Nutrisi adalah zat-zat makanan yang dimakan dan diminum, diperdapat dari bahan makanan dan minuman, untuk keperluan kehidupan dan kesihatan tubuh. Terdapat 6 kumpulan nutrisi: ‎
  1. Air
  2. Vitamin
  3. Zat Gizi/Galian
  4. Lemak
  5. Protein
  6. Karbohaidrat
Semua kumpulan tersebut adalah perlu untuk kesempurnaan fungsi tubuh manusia. Dan zat gizi/galian adalah salah satu dari kumpulan nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia.

Zat Gizi (Zat Galian)


Tubuh memerlukan zat galian, bahan bukan organik yang disebut 'unsur' (element), bagi menjana fungsi-fungsi penting dalam tubuh; antaranya penghantaran maklumat dari saraf, penguncupan otot, dan penghasilan hormon. Pakar-pakar permakanan menggunakan istilah 'zat gizi makro' bagi menunjukkan bahawa zat-zat gizi tersebut diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang banyak, sepertimana kalsium dan magnesium. Dan zat-zat gizi yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit/terlalu sedikit, secara amnya kurang dari 20 mg setiap hari, diistilahkan sebagai 'zat gizi kelumit'.

0

Sunday, December 8, 2013

Ada Apa Pada Nangka ?

Buah Nangka

Nangka, nama botani Artocarpus ‎heterophyllus), dari pepohonan mulberi (Moraceae). Berasal dari Asia Tenggara dan Selatan.

Pohon Nangka banyak tumbuh dinegara-negara tropika seperti India terutama daerah Kerala, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, ‎Vietnam, Burma, Kemboja, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Juga terdapat diAfrika, seperti Cameroon, Uganda, Tanzania, dan Mauritius, melewati Brazil dan negara-negara Caribbean seperti Jamaica.

Malaysia dan Indonesia mengenalinya sebagai 'Nangka'. Indonesia juga memiliki beberapa nama daerah kepada buah nangka, antara lain langge, anane, lumasa/malasa, nanal, krour, kapiak, nangka (sunda). Dikalangan dunia Barat mengenalinya sebagai jackfruit. 'Ka-noon' pada Thailand. 'Katahal' pada Hindi, 'Pala-pazham' Tamil, 'Panasa' Telugu, 'kathal' Bangladesh, 'peignai' Burma, 'khnor' Kemboja, 'mak mi' 'may mi' 'mimiz' 'miiz hnang' Laos, 'mit' Vietnam, 'Liangka' Filipina.

Pohon nangka meninggi antara 9-21 meter, dan agak merimbun. Semua bahagian pohon mengandungi getah. Buah nangka adalah buah yang besar sekitar 20-90 sm, amnya lonjong dan 15-50 sm lebar, dan beratnya antara 4.5-20 kg bahkan ada varieti yang melebihi 50 kg.

0

Wednesday, December 4, 2013

SAY "NO" TO CELCOM, Pencuri Wang Rakyat !!!

CELCOM, salah sebuah syarikat gergasi dibidang telekomunikasi diMalaysia. Mungkin terlalu lama berada dalam zon empuk, sehingga leka atau mungkin terlena, semakin hilang daya saing, sudah tumpul kreativiti pemasaran, lebih mirip kepada jabatan kerajaan (terkecuali Imigresen), slow and steady. Kehadiran Celcom dalam industri telekomunikasi kini semakin sudah suam-suam kuku, ada pun tak apa, tak ada pun tak apa!

Service? jawabannya "Lousy! Lousy! Lousy!" Jauh dari kebanggaan.

Celcom  'postpaid'

Pakej 'postpaid', tak ada apa sangat. Tapi jauh lebih baik dibandingkan dengan Maxis, si penyamun wang rakyat. Maxis memang penyamun ganas, tapi daya pemasarannya hebat. Cajnya macam-macam....Sampai bil, menyakitkan jiwa dan raga! I said big 'NO' to maxis long ago....     

Celcom  'prepaid'

Pengalaman menggunakan pre-paid Celcom, Xpax - ini yang mengejutkan. Mungkin menyingkap rahsia kemalasan atau kreativiti pemasaran yang unik dari Celcom.

Top-up RM10, hantar mms 4 kali tapi gagal kerana jaringan bermasalah. Bila semak baki, sudah dipotong RM4. Kirim sms ke luar negara jiran, beberapa kali gagal. Semak baki, tinggal RM1. Besok top-up lagi RM10, entah apa-apa tiba-tiba baki tinggal sedikit.

Inilah kreativiti Celcom, cara mudah mencuri wang rakyat. Mahu komplain? Alahai jumlah wang yang dicuri terlalu sedikit bagi seorang individu. Akan tetapi bila dilihat bilangan pengguna-pengguna Celcom diseluruh Malaysia, that's a huge pile of million ringgit easily stolen every month, more than enough to cover overhead cost...Senang-lenang benar Celcom buat niaga macam ni...

Celcom  'Broadband'

Sangat menyakitkan hati. Jaringan bermasalah. Bil bulan 1-4 bulan, okey seperti dalam pakej. Tiba-tiba bulan 5 keatas entah apa-apa bil meningkat 50% extra. Kenapa ha?   

Yah, pencuri tetap pencuri. Apa saja, dimana saja penjuru, pencuri akan mencuri. Patutlah Celcom berada dalam zon yang empuk. Tak perlu fikir banyak-banyak bagaiman nak beri service yang lebih baik untuk menggamit pelanggan yang lebih ramai. Mencuri lebih mudah, cepat kaya, cepat selesai masalah overhead bla, bla, bla.

Inilah Celcom bagi pandangan saya sebagai pengguna setia selama ini. Hasil dari pengalaman peribadi - Now, i run for my life from Celcom. I won't want any of my brothers, sisters, sons and daughters, to use Celcom. I'll by all means discourage them from using Celcom.  Celcom is "Lousy! Lousy! Lousy!"


U-Mobile Prepaid

Ini baru standard! Bukan niat mempromosi U-mobile, tapi pengalaman pribadi service U-mobile lebih standard!. Setelah menukar kepada U-mobile, sangat mengejutkan. Sejauh ini, U-mobile sangat mengembirakan, memberansangkan penggunaan. Inilah kreativiti pemasaran yang lebih gentleman, tidak unsur-unsur mencuri. Bahkan, sentiasa ada bonus dll.  

Belum tahu bagaimana pula servicenya dalam "Broadband", maka tidak ada komen yang boleh diberikan.

Setiap wang yang dibelanjakan untuk top-up U-mobile, mendapat kepuasan penggunaan, dan tidak mengecewakan. Celcom perlu belajar dari U-mobile. Moron-moron, idiot-idiot, culprit-culprit yang menerajui atau menguasai sistem pemasaran Celcom perlu banyak belajar dari U-mobile. Mencuri bukan jalan yang berkah, bukan kerja yang diredzai Allah, dan bukan business. Learn how to do honest business.....or else 'Go To Hell With Celcom' !!!  
‎________________________________________
0

Perihal Vitamin

Vitamin


Vitamin adalah zat ‎makanan atau nutrien dari bahan kimia organik yang diperlukan oleh organisma, termasuk manusia, dalam kadar yang terhad.

Suatu atau sekumpulan bahan kimia organik disebut vitamin apabila ia tidak boleh dihasilkan oleh organisma atau tubuh manusia dalam kadar yang mencukupi. Ia perlu diperdapat melalui bahan makanan. Justru, istilah vitamin tertakluk kepada keadaan dan sesuatu organisma. Sebagai contoh, vitamin C adalah vitamin untuk manusia, tidak ‎pada kebanyakan binatang kerana kebanyakan badan binatang mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Dan biotin (vitamin H) dan vitamin D diperlukan dalam permakanan ‎manusia hanya dalam keadaan tertentu.

‎Dewasa ini, hanya 13 jenis vitamin dikenali dan diiktiraf oleh badan dunia sebagai berkepentingan kepada kesihatan tubuh manusia. Istilah vitamin tidak termasuk ‎nutrien lain yang juga turut mustahak; seperti zat-zat gizi, asid lemak mustahak, atau asid amino mustahak (diperlukan oleh tubuh dalam kadar yang lebih banyak dari vitamin), tidak juga tergolong ‎dari berbagai jenis nutrien yang menyihatkan tubuh tetapi keperluannya tidak termesti selalu dibekalkan sepertimana ‎vitamin-vitamin. ‎

0

Monday, December 2, 2013

Vitamin K

Apakah Vitamin K ?‎



Vitamin K ialah sekumpulan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk proses mengubah-suai protein ‎tertentu bagi tujuan pembekuan darah dan memberi tindak-balas metabolisma dalam sel-sel tulang dan ‎tisu-tisu. Kumpulan vitamin K diperdapat dari kalangan 2-methyl-1, 4-naphthoquinone (3-), termasuk ‎vitamer: vitamin K1 dan vitamin K2. Justru, ringkasnya vitamin K merujuk kepada vitamin K1 and vitamin ‎K2.‎
  • Vitamin K1 - dikenali sebagai phylloquinone atau phytomenadione (phytonadione).
  • Vitamin K2 - banyak jenis, termasuk menaquinone dan menatetrenone.
Vitamin K1 dan K2 bersumber dari alam semulajadi, dan larut lemak. Ia tersimpan dalam organ hati ‎meskipun tidak begitu banyak, dan juga dalam tisu-tisu lemak sepertimana vitamin A,D, dan E. 

Vitamin K1.   Vitamin K1 - phylloquinone atau phytomenadione (phytonadione) - dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Banyak sekali terdapat dalam sayur-sayuran hijau yang terdedah secara lansung kepada 'photosynthesis'. Agak kurang dalam tisu pohon (akar, buah dll). Vitamin K1 diserap dalam kolon (usus ‎besar bahagian atas). Penyerapannya memerlukan lemak dan garam hempedu. ‎

Vitamin K2.   Vitamin K2 - termasuk menaquinone dan menatetrenone - banyak terdapat dalam binatang. K2 mempunyai beberapa jenis rumpun dibawahnya. ‎Selalunya K2 dalam istilah singkat MK-n; M untuk menaquinone, K ‎untuk vitamin K, dan n untuk jumlah sisa isoprene (definasi jenis-jenis K2). Jenis-jenis vitamin K2 yang sering dikaji dan dianggap bermanfaat untuk kesihatan tubuh ialah - MK-4 dianggap paling penting, dan MK-7. Jenis-jenis vitamin K2 yang lain juga wujud – MK-5, MK-6, MK-8, MK-9, MK-10, MK-11, MK-12, MK-13, dan MK-14.

Bakteria dalam kolon boleh ‎menukar K1 menjadi vitamin K2. Banyak jenis bakteria, seperti Escherichia coli, terdapat dalam kolon, menghasilkan vitamin K2, dari ‎MK-7 sehingga MK-11. Semua jenis K2, melainkan MK-4, boleh dihasilkan oleh bakteria dalam kolon tersebut. ‎

0

Ada Apa Pada Nattō ?

Nattō



Nattō adalah makanan tradisi Jepun. Wujudnya sejak zaman silam peradaban Jepun. Dibuat dari kacang soya/kedelai ‎yang diperam dengan bakteria Bacillus subtilis.

Bau dan rasa Nattō menyengat, agak berkrim dan melekit. ‎Perlu terbiasa memakannya. Kebanyakan warga Jepun sudah terbiasa memakan Nattō. Paling popular pada warga Timur Jepun; Kantō, ‎Tōhoku, dan Hokkaido. Kerana bau dan rasanya, ada juga dikalangan warga Jepun yang tidak begitu menyukainya. Ramai warga bukan Jepun yang sukar menerimanya, tetapi ada juga yang sukakanya.

Pembuatan Nattō



Masyaraakat Jepun dahulu kala membuat Nattō, dengan mengukus kacang soya, lalu diperam/diragi dalam jerami padi untuk beberapa lama. Jerami padi mengandungi bakteria B. subtilis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...