JOM TANAM POKOK MANGGA !!!
BAHAGIAN 1 : CARA MUDAH & CEPAT MENYEMAI BIJI-BIJI MANGGA UNTUK DIJADIKAN POHON PENANTI ...
Kaedah menyemai biji-biji mangga, hampir sama dengan kaedah menyemai biji-biji durian.
Biji-biji benih di semai dengan menggunakan kertas tisu. Mudah, cepat, berhasil dan tidak mengeciwakan !!!
1 MEMILIH BIJI-BIJI MANGGA UNTUK DI SEMAI
Pilih biji-biji yang sihat, matang, dan tidak kesit/lisut.
Tidak sulit memilih biji-biji mangga untuk di semai. Sekian banyak buah mangga yang di jual di pasaran, mall, pasar malam, supermarket, atau gerai-gerai di tepi jalan. Mangga tempatan mahu pun dari India atau Thailand, boleh saja. Mangga-mangga dari negara ini mempunyai iklim yang lebih kurang sama dengan iklim di Malaysia.
2 PENYEDIAAN BIJI-BIJI UNTUK SEMAIAN. Ini penting !
Biji mangga terdiri dari 2 bahagian:
Yang perlu disemai ialah biji benih yang berada di dalam endocarp itu. Jika menyemai biji benih beserta endocarpnya, proses percambahan biji benih menjadi lambat sehingga 2 - 5 minggu dan berisiko tinggi di serang kulat, bakteria dll. Akibatnya, risiko biji-biji gagal mencambah !
Oleh itu, untuk memperoleh hasil yang tidak mengeciwakan, biji benih di dalam endicarp perlu dikeluarkan.
Cara mudah mengeluarkan biji benih:
Gunting endocarp di bahagian hujung yang kosong berongga. Ada beberapa varieti mangga, bahagian kosong berongganya terletak di pangkal, ada pula di hujung, maka bahagian pangkal atau hujung yang berongga itulah yang di gunting.
Kemudian, tekan sedikit di kedua-dua penyambung endocarpnya. Akan tampak biji benih didalamnya.
Kemudian, kelupaskan dengan jari-jari pada bahagian perutnya. Bahagian perut endocarp lebih mudah di kelupas. Keluarkan biji benih mangga didalamnya.
Setelah biji benih dikeluarkan, biji-biji benih perlu dibersihkan dengan air dari sebarang kotoran. Jika kulit kepada biji-biji tersebut sudah mengelembong mudah di tanggal, maka tanggalkan kulit biji tersebut. Jika kulit biji masih utuh melekat pada biji, jangan memaksa menanggalkan kulitnya.
Biji benih inilah yang akan disemai !
3 BIJI-BIJI DI SEMAI BERALASKAN KERTAS TISU
Selanjutnya, biji-biji di semai dalam bekas plastik berpenutup, beralaskan kertas tisu. Tiap-tiap biji di susun rapi. Kemudian, tisu dibasahi/disembur dengan air bersih/mineral. Sekadar membasah, tidak terlalu berlebihan air sehingga menakung atau lencun.
Kemudian, bekas plastik di tutup rapat dan di simpan di tempat yang terlindung dari sinaran matahari. Tujuan menutup bekas plastik ialah menghalang pengwapan air, menjadikan kertas tisu cepat kering.
Dari waktu ke waktu, periksa perkembangan biji-biji benih.
Dalamasa 1-2 minggu seterusnya, biji benih selalunya akan mula mencambah.
Tandanya bila keluar akar-akar dahulu. Disusuli dengan calon daun
pemula.
Jika akarnya kelihatan teguh dan batang pemula sudah mula menegak, di waktu ini penutup kepada bekas boleh di buka, tak perlu lagi di tutup bagi membolehkan tunas batang melonjak ka atas tanpa halangan. Bila penutup bekas di buka, perlu di beri perhatian kepada kelembapan kertas tisu, kerana akan cepat kering.
Atau pilihan lain, benih-benih tersebut sudah selamat dipindahkan ke media dalam polybag.
* Media
Sebaiknya gunakan media organik. Media organik banyak jenama, mana-mana pilihan pun boleh di beli dari nursery pertanian.
Media lain juga boleh digunakan asalkan gambut, supaya akar-akar pemula mudah menjalar ke dalam media dan batang pemula cepat tumbuh.
* Penyiraman
Lakukan penyiraman di waktu pagi 1 kali dan di waktu petang 1 kali, untuk menjaga kelembapan media tanaman.
4 BIJI-BIJI BERTUNAS DI DALAM POLIBAG
Buat sementara waktu, letak polybag yang berisi calon anak pokok tersebut di tempat yang redup dan terlindung dari sinaran
matahari. Biarkan akar-akarnya menunjang ke dalam media dan daunnya terus tumbuh berwarna coklat.
Dalamasa 1-2 minggu kemudian, jika daun akan terbentuk sempurna dan sihat dan bertukar warna dari coklat kepada kehijauan, bolehlah pindahkan tanaman muda tersebut ke tempat yang terdedah penuh kepada sinaran matahari agar dapat tumbuh secara normal.
5 BAJA PERTUMBUHAN
Buat permulaan, cuba elak dari menggunakan baja kimia. Baja kimia terlalu panas, boleh mematikan anak pokok. Guna baja organik.
Saya menggunakan baja organik Easygrow. Baja organik juga banyak jenama, di jual di nursery pertanian. Setiap minggu 1 kali anak-anak pokok di sembur dengan baja organik tersebut.
6 ANAK-ANAK POKOK SEBAGAI POHON PENANTI
Bila anak pokok mangga telah tumbuh membesar dengan ketinggian mencapai 2-2.5 kaki anak pokok mangga tersebut selamat dijadikan sebagai pohon penanti untuk proses cantuman mangga klon yang menjadi pilihan selanjutnya.
Muga bermanfaat !
SALAM PERTANIAN !!!
BAHAGIAN 1 : CARA MUDAH & CEPAT MENYEMAI BIJI-BIJI MANGGA UNTUK DIJADIKAN POHON PENANTI ...
Kaedah menyemai biji-biji mangga, hampir sama dengan kaedah menyemai biji-biji durian.
Biji-biji benih di semai dengan menggunakan kertas tisu. Mudah, cepat, berhasil dan tidak mengeciwakan !!!
1 MEMILIH BIJI-BIJI MANGGA UNTUK DI SEMAI
Pilih biji-biji yang sihat, matang, dan tidak kesit/lisut.
Tidak sulit memilih biji-biji mangga untuk di semai. Sekian banyak buah mangga yang di jual di pasaran, mall, pasar malam, supermarket, atau gerai-gerai di tepi jalan. Mangga tempatan mahu pun dari India atau Thailand, boleh saja. Mangga-mangga dari negara ini mempunyai iklim yang lebih kurang sama dengan iklim di Malaysia.
2 PENYEDIAAN BIJI-BIJI UNTUK SEMAIAN. Ini penting !
- Kulit biji @ endocarp, iaitu lapisan kulit keras yang melindungi biji benih yang lembut didalamnya; dan
- Biji benih, yang berada di dalam endocarp.
Yang perlu disemai ialah biji benih yang berada di dalam endocarp itu. Jika menyemai biji benih beserta endocarpnya, proses percambahan biji benih menjadi lambat sehingga 2 - 5 minggu dan berisiko tinggi di serang kulat, bakteria dll. Akibatnya, risiko biji-biji gagal mencambah !
Oleh itu, untuk memperoleh hasil yang tidak mengeciwakan, biji benih di dalam endicarp perlu dikeluarkan.
Cara mudah mengeluarkan biji benih:
Gunting endocarp di bahagian hujung yang kosong berongga. Ada beberapa varieti mangga, bahagian kosong berongganya terletak di pangkal, ada pula di hujung, maka bahagian pangkal atau hujung yang berongga itulah yang di gunting.
Kemudian, tekan sedikit di kedua-dua penyambung endocarpnya. Akan tampak biji benih didalamnya.
Kemudian, kelupaskan dengan jari-jari pada bahagian perutnya. Bahagian perut endocarp lebih mudah di kelupas. Keluarkan biji benih mangga didalamnya.
Setelah biji benih dikeluarkan, biji-biji benih perlu dibersihkan dengan air dari sebarang kotoran. Jika kulit kepada biji-biji tersebut sudah mengelembong mudah di tanggal, maka tanggalkan kulit biji tersebut. Jika kulit biji masih utuh melekat pada biji, jangan memaksa menanggalkan kulitnya.
Biji benih inilah yang akan disemai !
3 BIJI-BIJI DI SEMAI BERALASKAN KERTAS TISU
Kemudian, bekas plastik di tutup rapat dan di simpan di tempat yang terlindung dari sinaran matahari. Tujuan menutup bekas plastik ialah menghalang pengwapan air, menjadikan kertas tisu cepat kering.
Dari waktu ke waktu, periksa perkembangan biji-biji benih.
- Jika nampak berkulat warna kehitaman, ambil biji tersebut dan bersihkan dengan air.
- Jika biji separuhnya mula membusuk bererti biji tersebut masih muda dan belum cukup syarat untuk mencambah, perlu di buang.
- Jika kulit yang membaluti biji benih sudah lekang maka perlahan-lahan cuba tanggalkan sehingga tinggal biji benih yang bersih.
- Jika kertas tisu agak kering, di sembur atau di tambah air biar kertas tisu sentiasa basah.
Jika akarnya kelihatan teguh dan batang pemula sudah mula menegak, di waktu ini penutup kepada bekas boleh di buka, tak perlu lagi di tutup bagi membolehkan tunas batang melonjak ka atas tanpa halangan. Bila penutup bekas di buka, perlu di beri perhatian kepada kelembapan kertas tisu, kerana akan cepat kering.
Atau pilihan lain, benih-benih tersebut sudah selamat dipindahkan ke media dalam polybag.
* Media
Sebaiknya gunakan media organik. Media organik banyak jenama, mana-mana pilihan pun boleh di beli dari nursery pertanian.
Media lain juga boleh digunakan asalkan gambut, supaya akar-akar pemula mudah menjalar ke dalam media dan batang pemula cepat tumbuh.
* Penyiraman
Lakukan penyiraman di waktu pagi 1 kali dan di waktu petang 1 kali, untuk menjaga kelembapan media tanaman.
4 BIJI-BIJI BERTUNAS DI DALAM POLIBAG
|
|
Dalamasa 1-2 minggu kemudian, jika daun akan terbentuk sempurna dan sihat dan bertukar warna dari coklat kepada kehijauan, bolehlah pindahkan tanaman muda tersebut ke tempat yang terdedah penuh kepada sinaran matahari agar dapat tumbuh secara normal.
5 BAJA PERTUMBUHAN
Usia 4 bulan akan jadi begini |