0

Tuesday, October 25, 2011

Kurma Makanan Pilihan, Berkhasiat Tinggi Untuk ‎Kesihatan

Pengenalan Kurma

Kurma, sebutan di kalangan warga nusantara. Tamar, sebutan di kalangan bangsa Arab. Date, ‎sebutan Inggeris. ‎

Kurma adalah buah dari sejenis tumbuhan palma. Nama saintifiknya “Phoenix Dactylifera”. Tergolong dari ‎spesis Arecaceae (Phoenix); sepertimana kelapa sawit, enau (kabung, kawung, eret, peluluk), ‎salak (snake fruit), kelapa laut (palmyra) dan beberapa banyak lagi.

Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara. Pembekal ‎terbesar dunia didahului oleh Mesir, Iran, Arab Saudi, Amerika, Algeria, Iraq, Sudan, ‎Oman, Libya, Tunisia, Cina, Morocco, Yamen, Nigeria, Turkey, Qatar, Mauritania, dan Chad. Israel juga tidak ketinggalan. ‎

Jangka hayat sepohon kurma dari 60 tahum hingga ke 200 tahun.

Dewasa ini, pokok-pokok kurma semakin giat di tanam secara komersial/dibudidaya besar-besaran di serata pelusuk dunia; ‎seperti Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Argentina, Afrika Selatan, Australia, Namibia, Sepanyol ‎dan Itali.‎
1

Sunday, October 16, 2011

BAHAYA KACANG SOYA...


Kacang Soya Bahaya Pada Kesihatan ‎!!!

Kacang soya, sebutan di Malaysia. Kedelai, di Indonesia. Soybeans, Inggeris. ‎


Seringkali dipromosikan, memertabatkan kacang soya dan makanan yang berasaskan kacang soya, sebagai makanan yang ‎berkhasiat tinggi untuk kesihatan. Kesaktian yang dipromosikan; kaya protein, mengurangi kadar kolestrol, melindungi dari ‎serangan kanser dan jantung, mengurangi kedatangan menopause, menghindari dari osteoporosis (kerapuhan tulang) dan ‎berbagai kemujaraban lagi.‎

Bahaya-bahayanya, yang memudaratkan kesihatan, jarang dibicarakan, tidak ada amaran kepada masyarakat awam. ‎
‎ ‎
Kacang soya telah dikaji secara terperinci. Mudarat-mudaratnya sudah banyak tertulis di dalam risalah-risalah kajian ‎sains. Namun, aneh bin ajaib - para peniaga, penasihat kesihatan, agen-agen produk kesihatan, mall dan supermarket dan ‎kedai-kedai tetap leluasa mempromosikan kacang soya sebagai makanan yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan. ‎
‎ ‎

Kemudaratan Kacang Soya

Kacang soya, beserta beberapa makanan yang berasaskan kacang soya, mengandungi banyak racun/toxin semulajadi/alami ‎‎(disebut "antinutrients"). Antinutrient bermaksud musuh kepada zat-zat makanan yang perlu diserap oleh tubuh. ‎

1- Asid Phytic.

Kacang soya mengandungi kadar asid “phytic” yang sangat tinggi. Makanan yang mempunyai paras ‎asid phytic yang tinggi akan membahayakan kesihatan tubuh. Perlu diketahui, meskipun kacang soya di rendam, di ‎cambah seperti tauge, atau di masak dengan api yang kecil dan lama, proses seperti ini masih tidak mampu ‎menyirna asid phytic yang terkandung didalam kacang soya. ‎

Asid phytic bertindak seperti gam pelekat. Zat-zat galian terpenting yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium, ‎magnesium, copper, besi, dan zinc akan melekat pada asid phytic. Apabila zat-zat galian ini terlekat pada asid ‎phytic, semua zat-zat ini tidak dapat diserap oleh usus. Akibatnya, sel-sel tubuh tidak dapat menerima zat-zat ‎galian tersebut. Dan tubuh akan mengalami kekurangan zat-zat galian tersebut. ‎

2- Trypsin dan Trypsin Inhibitor. 

Akibat Kencing Manis
Kacang soya mengandungi kadar trypsin inhibitors yang sangat tinggi. “Trypsin” ‎adalah enzim yang bertindak memecahkan protein yang dimakan. Dengan demikian, trypsin membantu sistem ‎penghadaman makanan didalam tubuh. Manakala “trypsin inhibitor” adalah suatu bahan yang menyekat enzim ‎trypsin dari bertindak memecahkan protein. Trypsin inhibitor juga berkuasa melemahkan tindakan trypsin. Justru, ‎sistem penghadaman didalam usus jadi terhalang atau tidak lancar. Dengan adanya kandungan trypsin inhibitor ‎yang tinggi didalam kacang soya, protein dari makanan tidak sepenuhnya dapat dipecahkan oleh trypsin. ‎Akibatnya, usus tidak dapat menyerap protein makanan untuk keperluan tubuh. ‎

Kekurangan protein pada tubuh akan membantut tumbesaran, terutama kepada kanak-kanak. Ujikaji sains yang ‎dijalankan kepada tikus, dengan memberi makan trypsin inhibitors dari kacang soya menunjukkan kadar ‎tumbesaran pada tikus menjadi terbantut. Juga, menyebabkan bengak atau kanser pada pancreas. Apabila sistem ‎pancreas terjejas, akan menimbulkan penyakit kencing manis/diabetes.

3- Estrogen dan Phyto-estrogen.

Aduiii..Gimana nih kalau dipotong???‎
Estrogen banyak terkandung didalam kacang soya. Estrogen adalah sejenis ‎hormon yang khusus diperlukan oleh tubuh wanita untuk perkembangan sistem peranakan. Hormon estrogen ini ‎juga terlibat dalam membentuk kesihatan pada tulang dan jantung wanita. Namun, kajian sains menunjukkan ‎apabila tubuh wanita terdedah kepada estrogen secara berlebihan dalam jangkamasa lama, menjadi penyebab ‎kepada kanser payudara. ‎

‎“Phyto-estrogen” juga banyak terkandung didalam kacang soya. Phytoestrogen adalah gerombolan kimia yang ‎cuba bertindak sebagai hormon estrogen. Tindakan phytoestrogen ini mengganggu sistem “endocrine”. Sistem ‎endocrine adalah sistem yang mengendalikan fungsi kelenjir-kelenjir mengeluarkan hormon kedalam saluran ‎darah, berfungsi memelihara perjalanan darah keseluruh organ-organ didalam tubuh. Apabila sistem endocrine terjejas, boleh menyebabkan kemandulan. Juga menjadi penyebab kepada kanser payudara pada wanita. ‎

Phyto-estrogen juga boleh menyebabkan kanser “Hypothyroidism”. Kanser hypothyroidism adalah keadaan dimana ‎kelenjer thyroid menjadi lemah. Apabila kelenjer thyroid lemah, akan gagal mengeluarkan hormon thyroid yang ‎mencukupi untuk pengendalian metabolisma didalam tubuh. Kekurangan hormon thyroid akan menyebabkan ‎stress/tekanan perasaan, badan menjadi lemah lesu, tidak bersemangat dan tidak bertenaga. ‎

Hypothyroidism yang kronik pada bayi akan menyebabkan tumbesarannya terbantut. Justru, phytoestrogens ‎disebut sebagai anti-thyroid. ‎

4- Haemagglutinin. 

Kacang soya juga mengandungi “haemagglutinin”. Haemagglutinin adalah bahan yang ‎menyebabkan sel-sel darah membeku dan bertompok. Jika keadaan ini berlarutan akan menyebabkan stroke atau ‎serangan jantung. ‎

5- Aluminium.

Kacang soya mengandungi kadar aluminium yang tinggi. Kesannya tidak baik kepada sistem saraf ‎tubuh, buah pinggang/ginjal, dan dkaitkan juga pada perkembangan penyakit Alzheimer/nyanyuk, juga disebut ‎penyakit “old-timer”. ‎

6- Racun lysinoalanine dan carcinogenic nitrosamines.

Sewaktu memproses kacang soya, protein kacang soya ‎terdedah pada suhu yang tinggi. Proses ini mengakibatkan pembentukan racun “lysinoalanine” dan “carcinogenic ‎nitrosamines” yang tinggi. Racun lysinoalanine ini boleh mengganggu fungsi ginjal. Racun carcinogenic ‎nitrosamines pula adalah penyebab kepada kanser saluran makanan (oesophagus), kanser usus dan kanser ‎saluran pernafasan (nasopharynx). ‎

7- Formula Susu Kacang Soya Untuk Bayi... ‎

Come on baby boy, 4-5 pills/day baby!!!
1)  Kesan Negatif Pada Bayi

Umpama Memberi 4-5 Pil Perancang Keluarga Kepada Bayi Setiap Hari.‎..

4-5 Pil Perancang Keluarga/Keluarga Berencana (KB) Untuk Bayi Setiap Hari. Kajian menunjukkan bahawa ‎bayi-bayi yang diberi minum formula susu kacang soya mempunyai dos 13,000 ke 22,000 kali ganda lebihan ‎estrogen dari bayi-bayi yang diberi minum formula susu lembu. Bererti, umpama memberi 4 - 5 pil perancang ‎keluarga kepada bayi tersebut! ‎



2) Kesan Negatif Pada Anak Perempuan

aduiii neng, gede bangett, seksi dan seksa....


Seperti dimaklumkan, estrogen adalah hormon khusus untuk perkembangan wanita. Justru, sekiranya formula ‎susu kacang soya diberi kepada bayi perempuan, estrogen yang berlebihan terkandung didalamnya pasti akan ‎memberi kesan negatif kepada bayi tersebut.

Kajian menunjukkan bayi perempuan itu akan cepat membesar, ‎akan mencapai akil baligh lebih cepat dari kadar biasa, payudaranya akan cepat membesar, bulu kemaluannya ‎akan cepat tumbuh sebelum mencapai usia 8 tahun, ada juga kes sebelum mencapai usia 3 tahun.‎




3) Kesan Negatif Pada Anak Lelaki

Peraduan lady boys (pondan/bencong) di Thailand! 
Bukan salah ibu mengandung, hakikatnya salah permakanan!!!‎
Awas, jangan salah jatuh cinta ya!!!‎

Sifat Pondan/Bencong. Sekiranya formula susu kacang soya diberi kepada bayi lelaki, kandungan estrogen yang ‎terlalu banyak didalamnya, akan menghakis sifat kelaki-lakian bayi tersebut.

Kerana estrogen adalah hormon ‎untuk wanita, estrogen yang terlalu banyak kepada bayi lelaki akan membentuk sifatnya cenderung kepada sifat ‎kewanitaan. Semakin membesar ia akan mengalami kekeliruan pada perasaan, fikiran dan naluri seks. Kesan yang ‎lain, alat kelamin anak lelaki tersebut kecil dari biasa. ‎

Kadar tumbesaran anak-anak lelaki akan menjadi lambat, bentuk tubuh lebih lembut mulus mirip ‎pondan/bencong. Hormon yang diperlukan untuk lelaki bukannya estrogen, tetapi testosteron.‎


4)  Penyakit Autoimmune Thyroid/Leukemia. 

Lebih menakutkan lagi, ada petunjuk dari kajian sains bahawa ‎kandungan estrogen didalam formula susu soya bayi mempunyai kaitan dengan penyakit “autoimmune ‎thyroid”/leukemia yang semakin meningkat dikalangan kanak-kanak. ‎

*  Rujukan. Berikut adalah rujukan selanjutnya [Irvine, C. et al., "The Potential Adverse Effects of Soybean ‎Phytoestrogens in Infant Feeding", New Zealand Medical Journal May 24, 1995, p. 318.] Sebaliknya, formula susu ‎biasa untuk bayi tidak lansung mengandungi “phytoestrogens”. Begitu juga dengan susu ibu, meskipun siibu ‎meminum atau memakan produk kacang soya (Sally Fallon & Mary G. Enig, Ph.D).‎

Proses Fermentasi...‎

Hanya kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses fermentasi/pentapaian selamat ‎dimakan!!!

*   Memang tidak dinafikan bahawa makanan kacang soya sudah menjadi makanan orang-orang timur, terutama ‎kaum Cina. Penemuan arkeologi menunjukkan bukti-bukti bahawa di Negara Cina, diwaktu pemerintahan Dinasti ‎Chou (1134 – 246 sebelum masihi), kacang soya mula menjadi makanan asasi rakyat cina. Kacang soya ditanam ‎dan diproses melalui fermentasi/pemerapan, lalu menjadi makanan utama warga cina. ‎

Hanya kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya yang diproses fermentasi selamat dimakan. Fermentasi ‎kacang soya akan menyirna antinutrient seperti trypsin inhibitor, asid phytic, haemagglutinin yang terkandung ‎didalam kacang soya. Umpamanya; miso, tempe, natto, shoyu, tamari dan kicap. Tempe yang berasal dari ‎Indonesia, dari kacang soya yang telah dimasak lalu difermentasi. Kicap, dari kacang soya difementasi, digunakan ‎sebagai bahan perasa pada makanan. Miso adalah perasa wajib bagi warga Jepun, dari kacang soya yang telah ‎difermentasi.‎

*  Tetapi, tofu (tauhu) dan taufu fa tidak melalui proses fermentasi. Justru, tergolong dalam kategori makanan ‎merbahaya. Antinutrients, trypsin inhibitors, Asid Phytic, Haemagglutinin, tidak terhapus sepenuhnya dengan ‎hanya melalui proses rendaman. Justru, tauhu, taufu fa, air segar kacang soya tidak selamat untuk kesihatan ‎tubuh.‎

Tofu (tauhu), enaknya tauhu goreng...
Taufu Fah, hmm enaknya racun ni....‎














*   Kebanyakan makanan kacang soya sekarang berbentuk serbuk kaya protein (SPI). Serbuk SPI dihasilkan dari bahan ‎sisa kacang soya, setelah kacang soya diproses untuk mendapatkan minyaknya. Inilah cara industi kacang soya ‎Amerika Syarkat mengaut keuntungan dari bahan sisa kacang soya!!! ‎

Serbuk SPI, hmmm lagi enaknya racun ini....‎
Serbuk SPI, hmmm lagi enaknya racun ini....‎
Meskipun serbuk SPI di adun dengan berbagai bahan makanan lain, tetapi ia belum boleh disahkan berstatus ‎GRAS (Generally Recognized as Safe/Disahkan Sebagai Selamat). Kerana semasa memproses sisa kacang soya, ‎banyak bahan-bahan yang beracun terhasil; seperti nitrate (carcinogens) dan lysinoalanine. Kerana adanya ‎lysinoalanine didalam serbuk SPI, FDA tidak boleh mengesahkan status GRAS pada SPI. FDA hanya mengesahkan ‎serbuk SPI sesuai digunakan sebagai kotak pembungkus. FDA ialah Badan Kerajaan Amerika Syarikat yang ‎mengesahkan qualiti bahan makanan atau minuman samada selamat atau tidak selamat untuk dimakan atau ‎diminum. ‎

Meskipun terdapat bahaya-bahaya tersebut diatas, serbuk SPI masih juga menjadi bahan asas kepada formula ‎susu bayi kacang soya. Sungguh hebat kuasa promosi Amerika Syarikat!!! ‎

Petikan dari Weston Price Foundation, USA ‎

Kajian Sains membuktikan bahaya dan kesan sampingan dari makanan Kacang Soya atau berasaskan kacang soya. Weston ‎Price Foundation menyimpan daftar kajian-kajian yang telah dilakukan dari tahun 1971 – 2003 menunjukkan bahaya-bahaya ‎dan kesan-kesan sampingan yang memudharatkan. ‎

Bahaya Kacang Soya:‎
  • Asma/Lelah ‎
  • Letih Lesu ‎
  • Tekanan Perasaan ‎
  • Kencing Manis/Diabetes ‎
  • Heart Arrhythmia/Degupan Jantung Tidak Seimbang ‎
  • Komplikasi Jantung dan Hati ‎
  • Kemandulan/Masalah Peranakan ‎
  • Radang Usus Besar ‎
  • Lemah Daya Pemikiran/ADD/ADHD ‎
  • Komplikasi Pancreas ‎
  • Cepat Akil Baligh pada Anak Gadis/Lambat Akil Baligh pada Anak Lelaki ‎
  • Rheumatoid Arthritis/Penyakit Sendi Tulang ‎
  • Komplikasi Kelenjer Thyroid ‎
  • Kanser Pundi Kencing ‎
  • Gemuk/Buncit/Boroi‎
Tanda-tanda Komplikasi Disebabkan Kacang Soya:‎
  • Tubuh Selalu Merasa Seram Sejuk ‎
  • Anemia/Kekurangan Darah ‎
  • Perangai Bermasaalah ‎
  • Kuku Tipis dan Mudah Pecah ‎
  • Eczema/Alahan Kulit ‎
  • Rambut Gugur/Rontok ‎
  • Aktif Keterlaluan pada Kanak-Kanak ‎
  • Rasa Lemah dan Mengantuk atau Tekanan Darah Rendah ‎
  • Sengal-sengal Tulang dan Sendi ‎
  • Mata Berair atau Membengkak
Apakah Bahaya-bahaya Kacang Soya Diperbesarkan? ‎

Terlalu banyak tentang bahaya atau mudharat kacang soya. Fikiran waras mengatakan “lebih baik menghindar sebelum ‎terlambat!” ‎

Amerika Syarikat merupakan negara terbesar dunia yang mengeluarkan kacang soya. Syarikat-syarikat gergasi Amerika ‎Syarikat memiliki jaringan perkebunan dibeberapa negara seperti Brazil, Argentina dan beberapa negara Latin Amerika ‎yang lain. Mereka menjual kacang soya mentah untuk warga seluruh dunia. Mereka juga memproses minyak kacang soya. ‎Sisa-sisa kacang soya tidak dibuang begitu saja. Sisa-sisa ini juga diproses kembali untuk dijadikan serbuk SPI, bahan ‎utama Formula Susu Bayi!!! ‎

Promosi kacang soya dibuat besar-besaran sehingga ke Bursa Komoditi. Promosi ini telah menjanjikan pulangan yang ‎lumayan, mengaut keuntungan berbillion dollar. Mereka mahu warga dunia percaya tanpa keraguan bahawa kacang soya ‎berkhasiat sangat tinggi, sehingga kemudharatannya tertanam sepi. ‎

Kita tidak perlu pertikai strategi pemasaran ini. Strategi pemasaran mana-mana produk harus hebat dan menjadi. Memang ‎kerja orang berniaga tidak mahu rugi, meskipun banyak warga yang bakal menderita kerana percaya!!! Hebat dan kejam!!! ‎

Seandainya masih juga mahu mengambil risiko, tanggung sendiri!!! ‎
‎ ‎
________________________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...